Sunday, February 28, 2010

Tangan Wafiy Bengkak

Salam semua..

Lama dah tak post. Rindu betul dengan komen kengkawan. Maaf ye...lama x update.

OK, straight to the topic!! Hahah..

Hari jumaat aritu, kami sekeluarga pegi jb. Ambik brg brg wahidah kat rumah sewa dia. Maklumlah, 7 bulan nak pegi course.. :-(...

Sebelum tu, singgah skudai. Pegi rumah Musa... (dua pupu penulis).. Bagus dia nie, usahawan berjaya..

Tgh lepak lepak, baru terperasan, tgn wafiy bengkak gila. Dia kata kena gigit semut besar hari sebelumnya. Panik laa jugak kitorang. Terus pegi klinik berdekatan. Kena RM40. (boleh claim ke ha kat UTHM??) Mujur doktor kata takde bisa yg mengalir...

Ni gambo gambo tgn wafiy...
Tgn wafiy dari dekat
Wafiy kepenatan. Mungkin bisa agaknya... Syian wafiy...

Thursday, February 11, 2010

Ada Apa Dengan Uncle Adan?

Salam semua...

Amacam tajuk?? Garing tak?? Heheh.. Uncle Adan nie adik abah. Umah dia area istana budaya. Arituh pegi umah dia.. Penulis 1st time pegi. Diorang nie agak berada orangnya.. Eh.. bukan agak berada. Tapi sangat berada laahh..

Jom tgk apa ada kat umah uncle adan..


Bali style... Penulis dan isteri (especially) memang minat gile design Bali nie. Ada kolam, pastu leh jalan atas air.. Dekat dinding plak, ada air keluar. Pergh.. memang idaman..


Nie kira ambik berkat. Semoga penulis dapat buat mcm nie kat umah sendiri.
Pengkomen-pengkomen semua.... doakan ye!! Nanti penulis jemput dtg umah bila dah siap. Heheh

Uncle Adan minat kucing. Nie salah seekor daripadanya. Apa??? Tak cukup beso??
Tgk gambar seterusnya...

Shahirah tgh dukung kucing tu. Dia kata lebih berat daripada hadrami.. Mmg beso gile ahh

Bila didirikan mcm nie.. dah mcm baby manusia plak.. Heheh

Kucing beso tgh melepak... Kembangnya ekor...

Kat umah uncle adan ada satelit sendiri...

Nie studio milik uncle adan. Lihatlah kebesaran speakernya. Mau pecah gegendang telinga..

Dan ini drum yang biasanya dimainkan oleh anak perempuan uncle adan. Jamming kat umah jek laa...

Emm tu jek laa cerita pasal Uncle Adan.. SANGAT KUGAM (lebih hebat dari kagum) dengan dia. Mari ramai ramai berusaha mengukuhkan ekonomi diri, supaya org melayu lebih UP!! Heheh..


Tuesday, February 9, 2010

3 J (Jalan Jalan Jumpa....)

Salam semua....

Apa khabar? Lama betul tak update blog. Rindu nak baca comment dari pengkomen pengkomen blog. Hahaha...

Ok.. seperti dijanjikan. Penulis arituh pegi Sabah, ada promotion "Jom Masuk U". Masa tu penulis demam teruk. Mungkin sejuk terkena angin di bawah bayu. Hahah...

Sewaktu hari pertama disana, penulis dengan agak terkejutnya telah berjumpa en shamsudin mudzamil. Bebudak manster mesti kenal dia nie. Zubaile UTHM pun pasti kenal... Hai.. sudin sudin. dah berubah dia sekarang. Cakap pun dah gaya ustaz ustaz. Dia sekarang keje di UiTM Sabah. Nie gambo beliau..

Bebudak manster, ingat lagi tak dia??

Lepas jumpa beliau, masa tengahari tu, penulis keluo makan dengan beliau. Jumpa bas nie..

Hahaha.. Kelako ek? BAS BERHENTI-HENTI... Agak berterus terang owner sykt bas nie.

Esoknya, pegi plak ke pasar pagi ahad. Beli laa souvenir utk kengkawan. Pastu jumpa satu kedai jual kayu kayu. Kayu taz ada, tongkat ali ada, kayu resdung ada.. Emm macam macam lagilah... Emm nie gambo kayu kayu tersebut...

Yang melintang dua tu la kayu taz. Yang hitam tu taz jantan, yang ada sisik putih, taz betina. Kayu ni bagus letak kat umah. InsyaAllah, binatang buas tak masuk.... Penulis ingat nak beli satu yg panjang, boleh buat tongkat untuk pegi masjid subuh subuh. Gelap gelap lagi tu, ngeri jugak kat binatang berbisa...

Petangnya, PM Siti Fauzeyah belanja penulis dan seorang kerani beliau makan seafood. Best wooo.. Harga murah gile. Dan yg paling best.. FRESH!! Just imagine, kami makan jenahak, udang beso jugak utk 3 org, air kelapa, milo ais, sayur, etc... Semuanya RM 30 jek....

Nie gambonya... bagi korang tgk jek. Ambik bau pun jangan...

Dan inilah dia yang ditunggu tunggu. Penulis akhirnya berjumpa dengan mantan penolong pendaftar, unit pengambilan dan kemasukan pelajar, PPA, En Abdullah Mukhti. Wah, sudah semakin gebu nampaknya beliau nie. Heheh.. Beliau adalah orang sebelum penulis yg memegang jawatan penulis di UTHM kini. Terima kasih encik abdullah yang kirim hadiah kepada penulis dan kawan kawan office. Nanti sesenang, kita jumpa lagi..

OK semua, jumpa lagi.