Friday, March 25, 2011

Sebelas Kosong Tiga

Salam semua,

Sorri lama tak update blog. Nie pun kejap jek. Just nak share gambo adik bertunang masa 11.03.11 arituh. Untuk makluman, 11 Mac juga merupakan birthday beliau. Dijangkakan majlis nanti akan dibuat pada 11.11.11......

Jom layan gambo...

Ini gambo pelamin. Eh.. mcm dah hari bersanding plak ada pelamin pelamin. Kelihatan brg hantaran dibawah..


Selamat bertunang Shahirah....


Besoknya, adik lagi sorang plak bertunang. Sharifah Fadzilah. Tapi penulis takde ditempat kejadian. Hahaha.. Sorry laa dil. Takde gambo. Tu lah... Ko tak nak tag gambo ko kat facebook aku... Sape suruh.. Haha...

Apapun, selamat bertunang jugak untuk Sharifah Fadzilah

Friday, March 18, 2011

Karnival Sukan Staf

Salam semua... Bertemu kembali..

Sekarang nie UTHM tgh sibuk dengan Karnival Sukan Staf. Penulis jugak tidak terkecuali... Tahun lepas penulis hanya masuk dua sukan, iaitu bolasepak dan futsal. Nampaknya, tahun nie, sama laa jugak.

Tahun lepas, Futsal (penulis adalah pengurus merangkap pemain..), team penulis JUARA. Final mengalahkan team PPH. Tapi penulis tak main pun masa final tu, sebab kena gantung. Hahah.. Kena kad merah masa semi final... Bolasepak plak, team penulis no 3. Kalah di separuh akhir dengan team Juara..

Tahun nie, sewaktu artikel ini ditype, acara bolasepak belum dimulakan lagi. Futsal sudah... Tapi, tahun nie, team penulis gagal mempertahankan gelaran juara. Hanya sekadar Naib Juara. Tapi, mcm tahun lepas jugak. Team pegi final, kalah dengan PTM. Masa semi final, kena kad merah lagi.. Tapi bukan penulis... Heheh.. Saudara Izar yang kena kad merah. Keh keh keh...

Jom layan gambo futsal...

Gambo team masuk final... Ehem ehem... Patutlaa kalah, team lawan pakai jersey. Moral team penulis dah down dah.. Hahahah

Nie gambo pengurus tengah ambik hadiah. No 2 pun jadik la...TQ geng,.. Tahun depan kita rampas balik title juara tuh.... Heheh

Thursday, March 3, 2011

Sabah Oh Sabah...


Salam semua...

Bertemu kembali.. Lama betul tak update blog rasanya.. Apa khabar pembaca semua.. Pergh.. Mcm ramai peminat jek.. Hahah..

OK... Just nak kongsi cerita. Penulis sejak dua menjak nie memang bz. Sibuk buat promosi UTHM kat Karnival Pengajian Tinggi Negara "Jom Masuk U". Setiap zon, penulis kena pegi. Tapi sebab tak larat, penulis wakilkan laa pada sesapa yang boleh pegi.

Pada 26 dan 27 Februari arituh, penulis kena pegi pameran zon sabah. Mcm biasalah, pegi pameran nie, takde apa yang pelik pun. Tapi kali nie, kat sabah, ada story skit. Heheh...

Jom layan ...

Memula sampai, dah nampak silap kat booth UTHM. Hahah... Sejak bila laa plak nama Universiti ku ini telah tukar dari Hussein jadik Hussin dan UTHM jadik UIHM.. Hahha...

Harituh, booth kitorang grand tau.. (walau ada byk cacat cela...) Prof Dr Rujhan dari KPT pun datang tgk booth kitorang....


Tapi biasakla... Mcm yang penulis cakap tadi... banyak cacat celanya.. Masalah salah ejaan tak payah cakap laa.. Tapi yang bawah nie.. rasanya bukan typing error, tapi memang error nie.. Hahah...

Master in Electrical Engineering with Honest... Hahahhah.. Honest eh instead of Honours. Memang sape ambik course nie, mesti diterapkan dengan nilai nilai murni. Hahah..


Dah petang sikit, barulah vendor datang nak betulkan papantanda...


Biasaklah, dah dtg sabah, mesti jumpa stacy, linda, marsha... Heheh.. Tapi yang datang booth kitorang, dia nie jek. Hahah.. Bagus dia nie.. friendly. Wa caya lu FELIX....


Eh, tu apasal ramai ramai tu, blah laaa. Aku nak tgk Felix jek... Heheh...
OK.. OK.. Nie gambo felix solo di booth UTHM...


OK.. bye..