Tuesday, May 31, 2011

Nostalgia - Kereta

Salam semua....

Selak punya selak folder lama, ada plak gambo nie. So, post kali nie khas untuk mengingati kereta yang pernah menjadi milik penulis dulu. Kini ia telah dijual kepada seorang sahabat. Kereta BMW nie, isteri penulis memang minat. Nie E34. Tapi yang dia minat sebenarnya E36. Penulis plak sebenarnya minat pada E46. Tapi masih tak berkemampuan lagi. Heheh..

Nie laa BMW kitorang. Dulu masa bercinta dan bercita cita nak pakai BMW, siap namakan akronim BMW tu sebagai Bakal Milik Wahida. Hahah..

Nie hari terakhir pakai kereta nie. Waktu nie kat umah, nak keluar pegi hantar kereta nie kepada pemilik baru... (Apakah Wafiy sedih kereta ini akan dijual??) Haha..

Lokasi tempat penyerahan kereta kepada En Khairul.

Nie gambo penulis bersama bakal pemilik baru kereta ini. Hahah..

Gambo terakhir penulis bersama isteri dengan kereta ini..

Gambar terkini kereta ini bersama pemilik baru. Menurut en khairul, kereta ini masih menggunakan sport rim AC SCHNITZER yang penulis beli. Dia hanya tambah skirting AC SCHNITZER satu set dan bagi lowered skit. Pastu nampaknya, beliau tinted dah cermin kereta ini. Hmm cun ek??

Bubye JGC......

Wednesday, May 25, 2011

Jom Lawat Blog Dia Pulak

Salam semua,

Hmm dua tiga hari nie, penulis ada 1 lagi blog yang sering penulis lawati. Dia nie kira pendatang baru dalam dunia blogging nie. Kemain rajin mengupdate blog. Harap harap diteruskan. Cara penulisan memang baik. Maklumlah, ambik masscom. Heheh.. Tapi serious, cara penyampaian dia bagus. Ada unsur lawak dan kait mengait antara satu cerita dan cerita lain.

Syabas... Moga terus maju. Mana laa tau leh jadik mcm red mummy. Heheh...

So, kepada pembaca arenawafiy, rerajin laa drop by jugak ke blog isteri penulis iaitu http://hadramiah.blogspot.com/. Semoga dengan kehadiran dia, bakal menyemarakkan lagi industri blog tanahair...

Emm, nama apasal mcm tiru jek nie?? Penulis pakai wafiy, isteri pakai hadrami plak. Kang anak ke 3, sape nak manage blog nye?? Hahah..


Nie muka depan blog isteri penulis. Nampak 2 orang putera kami sedang terlentok. Haha..

OK, tu jek. Bubye.

Monday, May 23, 2011

Pasangan Ideal di Metro Ahad

Salam semua,

Bertemu kembali. Rasanya dah lama tak update blog. Beberapa minggu nie, blogger dot com macam ada problem nampaknya. Ada comment comment yang telah dipost, tapi hilang. Namun, alhamdulillah, nampaknya mcm dah ada balik. Hmm, mcm mcm... Biasa lah tu. Dalam dunia nie mana ada perkara yang takde masalah.

So, untuk post kali nie, just nak share satu cover metro yang memaparkan satu pasangan di Kluang. Hahah...

Gambo penulis bersama isteri ini diambil di Kluang pada ketika sambutan 20 tahun Harian Metro iaitu dari 1991 hingga 2011. Ada banyak latarbelakang yang boleh dipilih, namun penulis dan isteri memilih latarbelakang ini kerana moment DR M nak letak jawatan itu begitu TERBAEK...

Ok, enjoy the picture.


Happy Birthday Harian Metro..

Wednesday, May 11, 2011

Mana Satu??

Salam semua...

Lama dah tak update blog nie. Apa cerita pembaca pembaca seantero dunia? Heheh... Ayat tak hingat...

Tak tau laa nak buat topik apa. Tapi tetiba dapat idea bila tengok gambo gambo kat bawah..

Kalau pembaca semua hebat, sila teka, yang mana satu Wafiy, yang mana satu Hadrami??

Comel tak??

Ngeh ngeh ngeh..

Siapa dapat jawab betol, akan menerima hadiah daripada arenawafiy. Tetapi, peraduan ini hanya terbuka kepada yang bukan ahli keluarga penulis sahaja. Heheh..

OK, selamat meneka..

Friday, May 6, 2011

Jalan Firus

Salam semua..

Bertemu lagi. Lama nya tak update blog. Sorry laa. Penulis bz sgt. Sampai cuti ganti 1 May pun penulis keje. Heheh..

Baru jap nie tadi, selongkar selongkar file lama. Terjumpa laa gambo nie. Rasa mcm tak upload lagi... Heheh...


Jalan nie terletak kat Seksyen 7 Shah Alam. Berangan laa nak beli umah kat sini. Tapi mahal giler. Hahha.. Isteri penulis plak memang suke nombor 7. So, kira mcm terbaik laa... seksyen 7 plak tu...

Hmm bagi yang pernah datang sini, ada jugak Jalan Firus 1, Jalan Firus 2, Jalan Firus 3 dan Jalan Firus 4. Hehhee.. Musykil jugak, nape sampai 4 ek?? Hahaha... Kena beli satu tanah kat setiap jalan nie. Heheh..

OK tu jek. Bye..