Friday, May 14, 2010

C.U.T.I.

Salam semua,

Penulis ingin memberi maklum kepada semua, bahawa blog arenawafiy akan bercuti daripada update sehingga akhir bulan ini. Ini adalah berikutan, penulis yang terpaksa menghadiri kursus sehingga 27 hb May...

Kursus plak kat pedalaman. WiFi takde. Broadband plak, penulis yg takde.. Hehehe..

Apapun, doakan penulis selamat pergi dan selamat pulang dengan membawa segulung ijazah.. (eh, dah merapu dah..) Heheh.. OK, semoga jumpa lagi. Doakan kesihatan penulis agar kita dapat bersua lagi dalam "ARENAWAFIY"..

Bubye and Wassalam..

Wednesday, May 12, 2010

Jom Tgk YouTube Secara Offline

Salam semua,

Bertemu kembali....

Post kali ini akan cuba membantu rakan-rakan yang addicted gila dengan youtube. Kira kalau boleh, setiap masa nak ngadap youtube. Tapi, ada masalah sebab kat umah takde internet. Hanya boleh surfing time keje jek.. Hehehe...

Jangan bimbang. ARENAWAFIY ada solutionnya... Kini, dengan teknologi terkini (apalaa.. dah 2 kali "kini" dalam 1 ayat).., para pembaca dan pengkomen, boleh melihat youtube secara offline. Yee... secara offline. Diulangi, OFFLINE... Sila teruskan membaca untuk mengetahui teknik tersebut... Enjoy....




The pictures speak louder than words...

Monday, May 10, 2010

Jackie Chan..

Hello semua,

Bertemu kembali...

Baru sebentar tadi, penulis dapat email daris eorang rakan. Sila lah baca....

Look, it’s ‘Jackie’ selling fish in Singapore

A FISHMONGER in Singapore has been enjoying good business because he looks like popular actor Jackie Chan, reported China Press .
Zhang Sui Xing, 48, who has been selling fish at a market in Empress Road for more than 20 years, has women coming to his stall because he resembles the actor.
“Many customers call me Jackie Chan and also refer others to buy from me.
My stall has also ended up being called the ‘Jackie Chan’ stall,” he said.

A customer said many people knew Zhang because he had 90% of Chan’s looks, with his big nose, hairstyle and muscles.
Zhang said he had not met Chan in person but had watched all of his movies.

He had also acted in the Singaporean movie, I not stupid , playing the role of Chan.
“Many people have also asked for my autograph. When I said I am not Chan, they ask whether I am Chan’s brother and insist on my autograph,” he said.

Zhang also enjoys discounts because of his looks and sales assistants allow him to cut queues in order to take a closer look at him.



Nampak.... Siap ada mintak autograph tu... Dahsyat.. Dan yang lebih dahsyat, siap boleh dapat discount kalau shopping, dan jugak dapat potong queue bila beratur. Kira tak yah laa menempuh barisan yang panjang. Dapat layanan VIP tuh.. Hehehe..

Apapun, tu lah dunia.. Dan itu juga rezeki beliau. Rezeki kita?? Hanya Allah yang tahu...

Wassalam...

Friday, May 7, 2010

Jom Belajar Berenang

Salam semua,

Hari nie penulis nak ber story tentang swimming. Telah diketahui, berenang nie bagus untuk kesihatan. Semua anggota badan kita akan digunakan ketika berenang. Ia secara tidak langsung membuatkan kita seolah olah berenang secara total.

Selain itu, kita juga belajar cara menahan nafas dalam air. Tu pun bagus gak tu. Hehehe..

Berenang atau swimming nie perlu diterapkan sejak kecil. Sepatutnya, kita takkan tenggelam bila dalam air, kerana badan kita lebih ringan daripada air. Hanya individu yang panik sahaja yang akan tenggelam. Oleh itu, ajarlah anak-anak anda berenang seawal umur 1 tahun. Hehhe..

Emm... Tak tau nak anto anak kat mana?? Emm jom hantor anak kat pusat belajar berenang kat bawah nie.. Enjoy....


video

Selamat Berenang...

(Video ihsan daripada email rakan sepejabat penulis.
Terima kasih ye..)


Monday, May 3, 2010

Nak Buat Apa Dengan Penjara Pudu?

Salam semua....

Apa khabar? Post kali ini, penulis ingin meminta jasa baik rakan-rakan pembaca untuk membantu memberi idea dalam assignment penulis. Ada satu assignment berkenaan dengan pembangunan tapak penjara pudu. So, penulis perlu memberi idea atau cadangan tapak itu perlu dijadikan tempat apa... Contohnya, bangunkan jadik hotel. Atau mungkin shopping complex.. Atau mungkin biar saje jadik muzium sejarah... Hmm apa saje lah, asalkan bukan menjadi taman tema atau gelanggang futsal. Tu la syarat dalam tajuk assignment tu..

So, minta jasa baik semua untuk memberi idea.. Apa pun, TQ in advance pada yang sudi memberi cadangan... Berikut adalah gambar penjara pudu. Manala tau, bila dah tgk gambo, dapat idea plak nak buat apa kan.. Heheh...


Pintu Masuk Penjara Pudu

Pandangan dari udara

Dinding luar yang dilukis oleh banduan banduan lama. Bangunan dibelakang yang tinggi itu adalah Berjaya Times Square

Penjara Pudu dari pandangan semasa penulis menaiki belon air panas.

Sedikit info tentang penjara pudu... (ihsan wikipedia)

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.

Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.