Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran..

Salam semua,

Rasanya, ramai yang dah cuti minggu depan. Maklumlah, semua dah sibuk nak berhari raya. Penulis juga tidak terkecuali untuk bercuti.

Jadi, dikesempatan ini, penulis menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca andai ada tulisan di blog ini mahupun diluar yang menyinggung hati para pembaca sekelian.

Pada yang kenal dan tahu rumah penulis, jemputla datang rumah raya nie. Penulis akan mula bekerja semula pada 7 September 2011, iaitu hari pendaftaran pelajar baru bagi program Degree di UTHM.

Sebelum berhenti, penulis kongsikan gambo KAD Raya office penulis seperti yang di war-war kan di post sebelum ini.

Nampaknya, gambo nie yang dipilih. Hahaha.. Pelik, rasanya ada lagi yang lebih proper untuk dijadikan Kad Raya. Namun, masing-masing ada pilihan masing-masing. Hehhe...

OK semua, penulis dah nak balik bercuti.

Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI (hehe.. saje je type eidul tu....).
Mohon maaf atas segalanya...


Wednesday, August 17, 2011

Sesi Fotografi Hari Raya

Salam semua,

Bertemu lagi. Baru baru nie, ofis penulis ada membuat satu sesi fotografi untuk dijadikan kad raya pejabat. Sehubungan dengan itu, semua warga kerja Pejabat Pengurusan Akademik, UTHM adalah diarahkan memakai baju melayu.

Penulis telah memakai baju melayu kaler hijau. (Kalau nak tau nie baju mana, Dilla, sila jelaskan. Hahaha..) Jom layan gambo gambo dibawah.

Nie gambo masa awal awal lagi. Belum ambik penuh. Hahah.. Idah (sebelah penulis) memang suka kaler hijau. Tudung dia plak boleh sama dengan Hairol, di sebelahnya.

Nie lah dia warga kerja PPA. Yang bin duduk depan, yang binti diri kat belakang. Bos penulis adalah encik misman, berbaju putih di sebelah penulis. (Baju nikah ke bos??)

Nie plak gambo kat dewan peperiksaan. Saje je ambik gambo reramai banyak kali, supaya boleh pilih yang cantik untuk dijadikan kad raya.

Nie gambo ke 3 yang ada reramai. So gambo mana eh yang sesuai dijadikan kad raya??
Any suggestion??

Nie lah gambo unit intake PPA.

Gambo budak jahat PPA.

Nie lah dia jejaka yang tinggal kat PPA selain bos. Mcm nak pupus dah warga lelaki kat PPA.

Si HIJAU masa sesi fotografi tu. Heheh.. Ramai betul yang pakai hijau. Tu yang ambik gambo khas untuk staf yang berbaju hijau. (Idah suke laa tu....)


Wednesday, August 10, 2011

Kerenah Intake

Salam semua,

Maaf sangat sangat. Lama tak update. Penulis busy tak hengat... Maklumlah, time time nak intake nie. Dengan proses surat permohonan, pastu kuarkan surat tawaran, pastu layan rayuan, dan mcm mcm lagiiiii....

OK, nie penulis nak cite. Ada ketika nya, penulis rasa, manusia nie mcm mcm kerenah. Kekadang tu, tak masuk akal pun ada. Hahaha...

Mcm sekarang nie, office penulis tengah sibuk terima panggilan telefon berkenaan rayuan pelajar. Ada yang tanya kenapa tak dapat, ada yang nak tukar course, ada yang nak tukar Universiti, ada yang nak minta kurangkan yuran dan mcm mcm lagi. Tapi ada satu panggilan yang best.. Begini kisahnya..

SITUASI 1

Caller : Encik, haritu masa check kat internet, saya dah dapat UTHM. Tapi saya tak sempat tekan butang "MENERIMA" tawaran UTHM sebab saya tgh sibuk sekarang nie, sibuk kemas-kemas rumah. Kami nak pindah rumah..

UTHM : Jadi apa masalah awak skrg??

Caller : Saya nak tau, adakah UTHM akan hantar jugak surat tawaran kepada saya??

UTHM : Ye, kami akan hantar walau awak tidak buat pengesahan. Malah kami dah pos pun surat awak guna poslaju.

Caller : Alhamdulillah, terima kasih encik. Eh, tapikan encik, saya dah pindah rumah. Mcm mana eh??

UTHM : ???

Hahah.... Kalau dah tau nak pindah, print laa siap siap dari internet.

Emm nie ada satu lagi cerita..

SITUASI 2

Caller : Encik, saya dah dapat surat tawaran dari UTHM. Dia ada suruh saya photostat mcm mcm dokumen.

UTHM : OK....

Caller : So, skrg, saya nak tau, nak kena photostat pakai kertas 70 gram ke atau 80 gram??

UTHM : ??#$%&*

Hahaha.... Tu jek laa yang penulis nak kongsi. Sebelum penulis berhenti, nie ada satu calon pelajar yang menghantar dokumen kepada UTHM. Tgk la gambo bawah...

Hahaha... Siap ada nota kecik "HARAP SGT DAPAT!!" Hmm mcm-mcm kerenah manusia....