Wednesday, June 29, 2011

Makcik Sempoi..

Salam semua,

Bertemu lagi.

Arituh bawak Wafiy dan Hadrami pegi makan KFC kat Kluang. Maklumlah, mak bapak dia asyik bz jek. Takde masa nak spend dengan anak anak. Kesian diorang...

So, masa tgh makan tu, ternampak satu family nie makan kat situ jugak. Memula rasa biasa jek. Tapi tetiba rasa macam... "Mak aii.. makcik nie.. Suke suke dia jek..." Hahaha..

Agak agak perasan tak apa yg tak kena dengan gambo ini??



Emm tak dapat ke?? Takpelah, penulis bgtau... Makcik nie suka suka jek bawak McD dan makan didalam KFC. Hahaha.. Lawak lawak. Caya lah makcik...

(Kelihatan botol air hadrami dalam gambo itu. Botol air kaler hijau di kanan bawah gambo)..

Tuesday, June 28, 2011

Biskut Paling Murah Dalam Dunia

Salam semua,

Bertemu lagi.

Haritu makan tengahari dengan Apai, Aloy, Idir dan Mizi, jumpa plak biskut nie atas meja. Biasa biasa jek. Takde apa pun. Tapi yang pelik nya adalah harga nya. Hahaha.. Giler murah.. Heheh..

Tak caye?? Jom layan gambo bawah..

Haha.. Kalau nak beli 1 jek, biskut nie harga RM0.0022.

So, utk mudah, kena laa beli 90 keping. Heheh..

OK, tu jek. Bye semua..

Thursday, June 23, 2011

Berjumpa Ex Manster Part 2

Salam semua,

Dah lama dah nak upload post nie. Tapi asyik tak tersempat jek.

Bulan lepas, encik Shahrul Azmi bin Tokimin bin Atmokaryu (betul ke ejaan aku nie..) telah datang ke Batu Pahat atas urusan kerja nya. Dia kini sekarang kerja dengan INPUMA. Apa tu INPUMA?? Hmm kalau tak silap maksudnya ialah International Institute of Public Policy and Management, Universiti Malaya. Kira dia keje dengan UM laa nie. Tapi datang Batu Pahat ada buat survey skit pasal Wilayah Pembangunan Iskandar...

Shahrul Azmi atau lebih dikenali dengan nama pintu (ejaan glamour pin2) sewaktu di ITM Pahang dulu, adalah rakan sebilik penulis sewaktu memula sampai ke Jengka Pahang. Roommate yang lain adalah Encik Zairul Hisam Ab Manan a.k.a Bob dan Encik Saflee Fahmi a.k.a Chiley.

Pin2 nie keistimewaan dia adalah speakernya. Hahaha.. Dia kalau bual memang terbaik.. Semua topik dia boleh masuk dan yang paling best volume dia. Wa caya lu pin2... Hahaha... Jom layan gambo dia masa makan makan dengan penulis sebelum dia blah balik KL..

Punya laa rancak bual, dah habis makan baru ingat nak ambik gambo.
Pin2 agak berisi kini.. Heheh..

Nie gambo kasik sharp sikit. Hahah.. Pin2 muka control siot...

Wednesday, June 22, 2011

Jersi Cardiff Ada "MALAYSIA"

Salam semua,

Malaysia mengorak satu langkah untuk memperkenalkan negara Malaysia ke mata dunia dengan menaja pasukan Cardiff City dalam Liga Inggeris. (tapi cardiff nie tak main liga perdana laa, dia divisyen 1 jek atau lebih dikenali dengan nama championship disana)

Menurut CEO Cardiff, Gethin Jenkins, pihaknya menolak banyak tawaran sponsor dari agensi lain demi untuk bekerjasama dengan Malaysia dan memperkenalkan program bolasepak diperingkat akar umbi di Malaysia dengan tertubuhnya 1Malaysia Cardiff City Grasroots Academy di Kuala Lumpur.

Jom layan jersi baru cardiff..

Mudah mudahan, ada laa nanti player malaysia yang main dengan team nie..

Apapun, bangga dengan nama malaysia tu. I LOVE MALAYSIA..

Monday, June 20, 2011

Pergh.... Dahsyat

Salam semua..

Pernah tengok cerita Tamil atau Hindustan?? Dahsyat kan diorang punya movement. Kalau bergaduh mesti siap ada dusyum dusyum punya. Heheh... Tapi tu semua lakonan.

Nie real punya. Kalah Shah Rukh Khan atau Rajinikanth. Sebab nie bukan lakonan atau camera trick. Jom layan video bawah... Terbaek..



Muka siap riak jek tu. Hahaha...

Friday, June 17, 2011

Lagi Hebat..

Salam semua...

Pada yang pernah baca entry lepas bertajuk melentur buluh dari rebung, nie ada satu video yang boleh lawan bebudak tu. Hehehe.. Pada yang tak tengok lagi video lepas, sila klik kat sini.



Haha... Last sekali siap "peace" tu.

OK Bye..

Tuesday, June 14, 2011

Yang Dicari Telah Dijumpai..

Salam semua,

Lama betul tak update. Maaf, BZ skit...

Arituh, sewaktu penulis tengah menunggu isteri di Plaza Tol Ayer Hitam, penulis telah "tanpa sengaja" terparking di sebelah kereta ini.... (Nasib bus isteri penulis sampai lambat, kalau tak, mesti tak perasan..)

Biasa jek kan?? Tu lah.. Penulis pun memula rasa biasa jek. Apelah sgt parking sebelah volkswagen touareg... Tetapi, tiba tiba, penulis baru terperasan sesuatu.... Jeng jeng jeng... Sesuatu yang memang penulis cari selama ini... Bukan sahaja penulis, malah isteri penulis, bapak penulis, mak penulis, adik penulis, pakcik penulis, makcik penulis, sepupu penulis, dan semua kaum keluarga penulis mencarik ini... Agaknya kalau Syed Ahmad J.P ada pun, dia akan carik jugak. Hehehhe.. Apa yang kami cari?? Tak berapa perasan ke kat gambo atas tu?? Hmm... OK.. Tengok gambo bawah nie plak...

.
.
.
.
.

Masih kurang jelas ke?? Kalau tak jelas jugak, jom tgk dari depan....

Ye.... JJJ 151... Mesti pembaca rasa biasa jek kan?? Untuk pengetahuan semua, family penulis fanatik dengan no plate 151 nie. Memang ramai pakai nombor nie. Masa keluar JJJ nie, kalah plak dengan tawaran orang lain. Ntah berapa ribu ntah nombor nie dia dapat. Adik penulis pun masuk tender nie, tapi kalah. Penyudahnya, dia ambik JJL 151.

Abah, Ami Ipin, Ende Yah, Dilla, Hazwani, Sila komen. Hahaha...

Friday, June 10, 2011

Melentur Buluh Dari Rebung

Salam semua,

Bertemu lagi. Baru jap nie tadi, dapat email dari abah. Ada video kat bawah nie. Pergh... Memang baek laa bebudak nie. Kecik kecik dah main gitar. Siap plucking semua. Memang dahsyat laa..



Yang lagi dahsyat, diorang semua pakai gitar yang standard size. Sampai plak jari diorang tu ek.. Panjang betol jari.. Pastu time main gitar tu, mata tengok penonton tuh. Bukan dia tengok gitar. Memang syabas lah. Apa pun, enjoy laa video tu. Muzik pun sedap...

Wednesday, June 8, 2011

Police Report Ke Ni??

Salam semua,

Arituh dapat email dari seorang blogger meningkat naik. Heheh.. Kandungan email nya ada attached file gambo laporan polis yang dibuat oleh si polan bin si polan.

Ape lah.. Mcm gini pun ada org buat report ke?? Dunia dunia....



Tak tau nak ketawa ke atau nak geleng kepala...... Pasal nak cubit perut pun sampai buat laporan polis. Hmm.. Pastu typo error lagi. Jam lebih jadik jal mebih. Heh...

OK Bye..

Monday, June 6, 2011

Kadhi ke Peguam?

Salam semua,

Bertemu kembali. Sorry, lama x update. Sangat lambat. Hahah.. Sangat BZ lah.

OK, just nak share satu gambo. Masa tu penulis jadik Kadhi Daerah... Hehe

Nie kadhi daerah ke atau peguam syariah?? Hahaha...
Apasal ada gambo mamat tu plak kat sebelah nie?? Gambo tipu nie...


Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, penulis memang pernah bekerja (praktikal sebenonya) di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Bangunan Graha Maju. Heheh.. Pernah laa jugak ikut Bahagian Penguatkuasa yang diketuai oleh Ustaz Rahimin Bani untuk pegi buat serbuan.

Ada sekali tu, buat serbuan masa bulan ramadhan, kitorang tangkap org tua tengah makan. Guess what, dia tengah makan epok epok jek. Hahah.. Rugi siot. Dah tau ponteng tu, makan laa berat berat skit. Apelah...

Apapun, semua tu kenangan praktikal dulu.

* Satu perkara best masa praktikal dulu adalah, makan di warong asap, Hahah..