Wednesday, July 27, 2011

Kenapa 151??

Salam semua,

Lanjutan daripada post JJJ151 dan jugak "ada apa dengan nombor", post kali nie, penulis ingin tunjukkan betapa family kami gile kat 151. (Klik si kuning utk baca post tersebut)

Semuanya bermula dengan Syed Ahmad J.P. Beliau adalah bapak kepada atok penulis. Beliau merupakan antara pengguna awal kereta di Batu Pahat. (mcm belajo sejarah laa plak). No plate kereta beliau adalah JA 151. Gambo?? Hmm.... takde lah. Pernah nampak gambo kereta nie kat rumah Tok Lat dalam frame.

So, selepas daripada itu, anak anak dan cucu beliau terus nak nombor yang sama. Antara yang penulis ingat adalah ami ipin, JAV 151, letak kat Nissan Sunny. Pastu abah plak. JCL 151, letak kat van delica biru. Ami Mad plak JFA 151, pasang kat Nissan Serena. Pastu mak plak pakai Kembara bernombor pendaftaran JFS 151. Pastu Dilah plak pakai ini nombor....

JJL 151. Inilah yang dia bengang sangat, nak kan JJJ 151, tapi dapat yang nie jek.. Hehehe..

Nie plak family Ami Ipin punya. Hazwani pakai JJS 151. Ami Ipin pakai JHL 151.

Nie plak Ende Yah punya. JHU 151.

So, tu lah ceritanya. Penulis dulu masa nak beli kereta, time tu tgh no plate JGN. So memang nak JGN 151. Baru laa macam JGN ISI. Hahaha... Jangan isi minyak kot. Heheh. Tapi, tender nya tak bukak lagi masa tu. Terus laa sambar BAMbee. Tapi takde plak BAMbee 151. BAMbee 150, 152, 153 sampai 159 semua ada. 151 jek takde. Hmm BAMbee 161, 171, 181 atau apa apa jek 1*1, pun takde. Akhirnya sambar laa itu 454. Takpelah, 454 pun ok. At least ada "5" kat tengah tengah.

OK bye.

Update 28 Julai 2011, 10:26 a.m
** Nie ada gambo kereta Syed Ahmad J.P yang bernombor pendaftaran JA 151. Gambar adalah ihsan daripada Hazwani yang menurut beliau, dicedok daripada facebook bapak dia. Hahah.. Arenawafi mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Apasal keretanya macam dah accident?? Yang gambo cantik kat umah Tok Lat tu takde eh?? Hahah.. Emm ada sesiapa tau, siapakah gerangan yang ada dalam gambo nie??

Rasanya from left, arwah pak mat, ende yah, syed abdul aziz (bapak penulis tu), ayah long singapore, pastu tak kenal, pastu ami mad. Sila betulkan penulis jika penulis silap.

Friday, July 22, 2011

Jom Layan Tulisan Khat

Salam semua,

BZ betol laa seminggu dua nie. Asyik dengan proses penawaran pelajar Degree. Hmm... Takpe. Nie penulis nak kongsi beberapa hasil nukilan tulisan khat yang dibuat oleh adik ipar penulis. Jom layan...

Nie antara koleksi nya. Buat sendiri tau. Bukan suruh IMAD buat. Heheh

Reti baca tak apa yang ditulis nie?? Hmm...

Cantikkan?? Indahnya seni khat. Kalau ada sesapa mau tempah nama mereka atau untuk buat hantaran pertunangan / perkahwinan dan hadiah, boleh laa hubungi penulis untuk ber bisnes. Hehehe... (Penulis tunang dan kawen pun letak satu frame khat nie untuk satu dulang. Dengar cerita, shahirah pun nak tempah jugak.)

Tuesday, July 19, 2011

Bilakah Handphone Ada Kat Malaysia?

Salam semua,

Lama tak update. Penulis bz dengan pengambilan pelajar.

Ada satu perkara yang penulis nak lontarkan. Bilakah handphone ada kat malaysia?? Hmm rasanya handphone start ada kat malaysia nie sekitar 1980an kot. Masa tu ATUR kot. Hahaha.. Yang besar gedabak tu. Kini teknologi dah makin maju. Handphone pun dah macam macam... Jom layan revolusi handphone...



Tapi apa yang penulis nak cerita kat sini, bukan pasal tu. Penulis nak bagitau, handphone dah ada kat malaysia sejak 1970 lagi. Hahahah.. Tak percaya??? Jom layan gambo bawah..


Gambo nie bukan edited atau super impose ye... Nie ori punya. Sebab bende nie depan mata penulis... Hmm so.... apa lagi, bangga laa jadik rakyat malaysia. Sebab malaysia dah maju. 1970 dah ada handphone...

Thursday, July 7, 2011

Arsenal Malaysia Tour 2011

Salam semua,

Pada Julai 2011, pasukan Arsenal akan bertandang ke Malaysia untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia. Selain Arsenal, Liverpool dan Chelsea juga akan bertandang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Siri jelajah Asia 2011 untuk pasukan Arsenal adalah kali kedua dilakukan. Sebelum ini, Arsenal pernah datang ke Malaysia pada 1999. Penulis sebagai peminat Arsenal juga ada membeli baju jelajah arsenal tersebut. Sila lihat gambar dibawah..

So, untuk tahun 2011 ini, seperti biasa, tiket tiket boleh didapati di http://www.ticketpro.com.my. untuk dibeli secara online dan juga di Nike outlet yang terpilih.

Nie la muka team yang nak datang malaysia dan lawan dengan pasukan kebangsaan kita.

Nie plak skuad harimau malaya yang kini semakin menunjukkan peningkatan.


Nie plak layout untuk venue nya nanti. Kepada pembaca yang belum dapatkan tiket, silalah beli cepat.... Bagi penulis, penulis telah membelinya bersama abah. (Syamim, jgn jealous..) Terima kasih kepada Encik Khairul Mustafa yang telah membantu membelinya di Nike KLCC.

Taddaa... Nie lah tiketnya. Dapat tiket, training pass, sticker kereta dan jugak tali tempat gantung training pass tu.

Lepas dah dapat tiket nie, penulis sekeluarga gatal plak nak pegi KLCC. So, dapat laa tgk sendiri kemeriahan outlet itu dengan promosi kedatangan Arsenal.

Nie gambo kat pintu masuk Nike KLCC

Wafiy dan Hadrami mengambil kesempatan mengabadikan kenangan disana.

Sila perhatikan papan tanda itu. arenawafiy seperti menjadi penaja. Hehehhe

Nie gambo diluar outlet itu. Mcm biasa, anak anak memang suke bergambo.

Wafiy secara solo didepan logo arsenal. Bujang laa konon...

Hadrami pun nak jugak... Hmm...

Siap dua gambar lagi tuh... Hahaha...

Last last, ambik gambo berdua sekaligus. Senang cite...

OK tu jek. Selamat menonton perlawanan Malaysia menentang Arsenal. Mana laa tahu, Muslim Ahmad dapat memikat wenger dan boleh gantikan sebastien squillaci yang agak kureng tu. Heheh....

OK... Jumpa di stadium. Bye.

Monday, July 4, 2011

Atok, Nena dan Cucu Cucunya..

Salam semua....

Berjumpa lagi. Merujuk kepada entri di blog wahidah tentang jalan-jalan, (sila klik sini untuk membacanya), jadi penulis juga terpanggil untuk bercerita tentang jalan jalan. Tapi entri nie sempoi jek. Malas nak upload gambo byk byk sebab penulis tengah sangat busy. So jom layan gambo gambo dibawah...

Atok, merujuk kepada Syed Abdul Aziz, atuk kepada cucu cucu iaitu s.m.wafiy alwee dan s.a.hadrami altamis.

Nena pula adalah panggilan untuk nenek tapi dalam bahasa scotland kot. Hahah... (Mak, correct me if I'm wrong)...

Cucu - cucu pula sudah semestinya anak anak penulis... Heheh...

Jauh sangat ke gambo nie?? Takpe nanti kita zoom lagi...


Lokasi perjalanan adalah di Putrajaya. Mereka menuju arah masjid untuk Solat Zohor.

Hahaha... Hadrami kemain berlenggang kangkung...

OK Bye...