Thursday, July 7, 2011

Arsenal Malaysia Tour 2011

Salam semua,

Pada Julai 2011, pasukan Arsenal akan bertandang ke Malaysia untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia. Selain Arsenal, Liverpool dan Chelsea juga akan bertandang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Siri jelajah Asia 2011 untuk pasukan Arsenal adalah kali kedua dilakukan. Sebelum ini, Arsenal pernah datang ke Malaysia pada 1999. Penulis sebagai peminat Arsenal juga ada membeli baju jelajah arsenal tersebut. Sila lihat gambar dibawah..

So, untuk tahun 2011 ini, seperti biasa, tiket tiket boleh didapati di http://www.ticketpro.com.my. untuk dibeli secara online dan juga di Nike outlet yang terpilih.

Nie la muka team yang nak datang malaysia dan lawan dengan pasukan kebangsaan kita.

Nie plak skuad harimau malaya yang kini semakin menunjukkan peningkatan.


Nie plak layout untuk venue nya nanti. Kepada pembaca yang belum dapatkan tiket, silalah beli cepat.... Bagi penulis, penulis telah membelinya bersama abah. (Syamim, jgn jealous..) Terima kasih kepada Encik Khairul Mustafa yang telah membantu membelinya di Nike KLCC.

Taddaa... Nie lah tiketnya. Dapat tiket, training pass, sticker kereta dan jugak tali tempat gantung training pass tu.

Lepas dah dapat tiket nie, penulis sekeluarga gatal plak nak pegi KLCC. So, dapat laa tgk sendiri kemeriahan outlet itu dengan promosi kedatangan Arsenal.

Nie gambo kat pintu masuk Nike KLCC

Wafiy dan Hadrami mengambil kesempatan mengabadikan kenangan disana.

Sila perhatikan papan tanda itu. arenawafiy seperti menjadi penaja. Hehehhe

Nie gambo diluar outlet itu. Mcm biasa, anak anak memang suke bergambo.

Wafiy secara solo didepan logo arsenal. Bujang laa konon...

Hadrami pun nak jugak... Hmm...

Siap dua gambar lagi tuh... Hahaha...

Last last, ambik gambo berdua sekaligus. Senang cite...

OK tu jek. Selamat menonton perlawanan Malaysia menentang Arsenal. Mana laa tahu, Muslim Ahmad dapat memikat wenger dan boleh gantikan sebastien squillaci yang agak kureng tu. Heheh....

OK... Jumpa di stadium. Bye.

10 comments:

miss shera said...

tengok liverpool yaw~

Fello de Caminero said...

Liverpool?? Gerrard tak dtg. Suarez tak dtg...

sPrInT sPiRiT said...

1. jeles la cmni...siot btol la x dpt nk tgk...

2. dgr cite fab ngan nasri x dtg...btol ke?..ami pin ckp la..

3. baek wenger beli aidil zafuan...free kick lawan taipei aritu berdentum mcm roberto carlos...hehe..

CikanoT said...

saya pergi! hehehehhe jumpe di saneee

Fello de Caminero said...

sPrInT sPiRiT - 1) Selamat men jeleskan diri.

2) fab mmg tak nak dtg. Nasri mungkin x dtg sbb dah transfer ke man city. Clichy confirm x dtg sbb dah jadik player city.

3) Aidil Zafuan x dpt pegi sbb rita tak bagi. Hahaha

Fello de Caminero said...

CikanoT - jumpa di sana... Abg green gate..

wahida said...

hurmmm...ok. selamat menonton semua

zool said...

Pergh baju yg 1999 tu ko ada lagi ek?? aku dah lama hilang.. rasanya time masa belajau dulu dah lenyap ditelan anai2...huhuhu.. selamat menonton.. sori tak dapat nak join.. gua tak mampu woo.

Anonymous said...

rambut panjang

Fello de Caminero said...

anon - rambut sapa yg panjang nie??