Friday, December 16, 2011

Nostalgia - Lawatan Ke ITM Pahang

Salam semua,

Baru-baru ini (takde laa baru sgt pun), penulis ada lawatan kerja ke ITM Pahang (atau nama sekarangnya UiTM Pahang). Lawatan ini ada lah bersempena dengan mesyuarat panduan di Gambang Resort City dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Gembira bukan kepalang penulis apabila dapat tahu ada lawatan ke ITM Phg. Maklumlah, penulis dulu belajar disana. Jauh tu nak pegi sana.... (Sblm nie pernah jumpa kawan ITM Phg. Rujuk entri ini.)

OK, jom layan gambo gambo

HAK ITM PHG

Ini adalah banner selamat datang yang menyambut kami. Kesemua IPTA dalam Malaysia ada datang tau. Yang disebelah penulis tu plak, Mohd Faizal Ibrahim daripada UnisZA. Beliau jugak ex-student ITM Phg. Dulu beliau course DPIM dan dikenali dengan nama NIKBAD. Budak DPIM sure kenal dia nie....

Hahah.. Dua alumni ITM Phg tengah jakun gile ambik gambo. Bus ITM Pahang pun jadik. Kat dalam bus tu plak mcm Nadia jek. Heheh..

Sape sape kat ITM Phg tak kenal dia nie, penulis tak tau lah. Kalau tak silap namanya Ustaz Naziri. Fello Kolej Muslim.


Semasa lawatan itu, kami telah dibawa melawat Taman Herba di kawasan belakang ITM Phg. Puas kitorang jalan jalan kat Awis Qarni, Library, Taman Tenet, etc. Hehehe.. Library dah beso skrg beb..

Gambi nie saje je ambik. Sebab ada logo ITM Phg.

Nie plak pokok paling popular arituh. Tgk laa nama dia. Sambung nyawa tu. Hehehe.. Kalau dah sakit, cuba try bagi pokok nie. Mana laa tau berkesan. Heheh.. Pengarah KPT pun ambik pokok nie bawak balik umah.

OK cukup sampai sini. Oh ye, menurut staf staf kat sana, Pak Guard Shahrul dah pindah ke ITM Perak. Sekian untuk makluman. Heheh...

Monday, December 12, 2011

Afdlin Shauki @ arenawafiy

Salam semua,

Bertemu kembali. Dah lama dah simpan gambo nie. Tapi tak sempat sempat nak post. Hehehe...

OK, pada suatu pagi yang hening, penulis, isteri penulis dan besan sulung kepada mak mertua isteri penulis telah pergi ke pekan ayer hitam untuk membeli sedikit barang dapur untuk dimasak. Tapi sebelum tu, penulis singgah beli minyak dulu.

Masa sampai tu, ada laa satu lepat (toyota alphard) kat depan. Pastu ada satu mamat gemok tengah ambik barang kat ruang bagasi lepat berkenaan. Menyirap jek, punya lah lama isi minyak. Jenuh menuggu. Patu mamat gemuk tu pun punya laa lama ambik barang, mcm pegi buat susu anak jek lamanya. Hahah... Tapi memang menyirap tengok itu orang. Gaya nak macam artis. Pakai kasut hi-cut, kaler hijau (supra kot). Pastu pakai baju melayu, tapi pakai topi. Songkok mana beb?? Hahaha...

Masa dia nak tutup pintu belakang lepat dia tu, tengok gaya boyot nye tu mcm afdlin laa plak. Sekali lepas dia pusing badan... Ye... MEMANG AFDLIN SHAUKI. Hahaha... Baru nak marah... dressing mcm artis. Rupanya memang artis. Hahahah.. Lawak beb. Cuma pelik, apa yang dia buat kat pekan ayer hitam??? Ahh.. tak kira, yang pasti mau ambik gambo sama dia. Idola isteri penulis tu. Heheh...

OK, turun jap. Salam salam dan ambik gambo. Nie gambonya...

Mak mertua penulis pun turut sama minat. Hehe..

Penyudahnya, gambo penulis yang takde. Heheh.. Apapun, menurut afdlin, dia balik kampung kat johor dan kluang. Tu berenti ayer hitam sebab ambik minyak dan nak terus masuk highway. Afdlin terbaek....

OK, sekarang penulis dah tau, afdlin shauki pakai minyak apa... Hehehe..

Thursday, December 8, 2011

Wafiy Belajo Ambik Gambo

Salam semua,

Lama betol tak update.

Kali nie nak cite pasal anak penulis yang baru reti ambik gambo. Namanya wafiy. Heheh..

Baru baru nie (takdelaa baru sangat pun), wafiy nie dah mula reti nak ambik gambo. Sibuk dia guna handphone isteri penulis untuk snap gambo. Macam macam jadik. Ada yang ok, dan ada jugak yang tak ok.

Antara gambo terawal yang dia ambik dan kira ok laa.... ialah gambo di bawah nie... Gambo nie ketika penulis sekeluarga baru pulang dari jemputan kahwin seorang sahabat di Pontian.

Masa nak ambik tu, kemain wafiy suruh ayah dan ibu nya posing. Heheh... Wafiy.. wafiy. OK laaa kan... Untuk standard budak budak dan bukan menggunakan dslr. Tahniah wafiy.

Hmm.. sekarang nie, hadrami pun dah sibuk nak ambik gambo jugak. Haritu, sampai penuh memory handphone ibu dia. Hahah.....

OK tu jek. Bye.

* Gambar Ihsan daripada blog isteri penulis iaitu http://hadramiah.blogspot.com/