Bertemu kembali. Dah lama rasanya tak menaip. Hmm..
OK, nie nak cerita sikit pasal anak penulis iaitu SYED AHMAD HADRAMI ALTAMIS. Dia ini sangat petah berkata-kata. Dan diakui dia memang lebih cepat bercakap berbanding abangnya. Setiap apa yang kita tanya dia, pasti dia akan jawab. Tak kiralah betul atau salah, janji dia jawab. Bak kata isteri penulis, kertas jawapan peperiksaan hadrami bila dah sekolah nanti takkan kosong. Pasti ada jawapannya... Heheh.... (dan yang paling best, dia takkan jawab "tak tahu"...)
Nie masa dia jadik ahli silap mata kat majlis perkahwinan adik - adik penulis...
(Kemain tiup buih tu...)
(Kemain tiup buih tu...)
OK, penulis nak share satu pengalaman penulis dengan hadrami... Sila teruskan membaca..
Alkisah, pada satu hari tu, penulis sedang dalam kereta dengan hadrami. Berdua jek. Demi untuk menghilangkan kebosanan, penulis pun berbual dengan hadrami...
Penulis : Sape nama awak..?
Hadrami : Syed Ahmad Hadami Altamis..
Penulis : Hadrami laa... bukan Hadami...
Hadrami : OK....
Pastu penulis tanya lagi....
Penulis : "Sapa nama abang ?"
Hadrami : "Syed Ahmad Wafiy Alwee.."
Penulis : "Salah laa... Syed Muhammad Wafiy Alwee, bukan Ahmad..."
(sambil penekanan diberi kepada perkataan Muhammad...)
Penulis : "Cuba cakap semula...."
Hadrami : "Syed Muhammad Wafiy Alwee..."
Penulis : "Pandai...."
Penulis : "Sape nama ayah ?"
Hadrami : "Syed Mohammad Firus.."
(penulis senyum bangga kerana sebutan yang sangat betul... tiada pelat. Dia sebut pun firus, bukan pirus atau pilus....)
Penulis : "Sape nama ibu ?"
Hadrami : "Syed Muhammad Wahidah..."
(heheh... penulis terus tak tanya lagi.....)
14 comments:
Yang paling best, dia tahu nama atok tanpa sape2 ajar
Haa.... Tu betul... Ntah mana dia dengo org panggil nama abah agaknya...
SYED tu template....atok Rumah ke?
wahida - ha'ah, atok rumah... Heheh
bapak borek anak rintik... tak gitu...
Hahaha, alahai.. comelnya hadrami ni.
tapi nama mak masih x tau. all uncles and aunties names, kalau x 100% ada la juga bunyi.
Anik - Ye betol... bapak borek, anak rintik....
Pida - Comel?? Heheh... Sila baca komen Anik....
mak - bukan sekarang dia dah pandai sebut ke?? Masa kat KL aritu yang dilah ajor...
terbaek la yg last tu........
zool - memang terbaek. Dia ingat semua nama kat dunia nie bermula dengan syed mohd ... bla bla bla... Hehehe..
Dan... Kalau dia dah boleh baca entry entry penulis mesti dia akan ingat kalau nak start blog mesti dengan 'dah lama rasanya x menaip' Heheh ;)
anonymous - ini lawak... Heheh.... Tapi, takde laa selalu sangat penulis mulakan post dengan mcm tu.. Cheh..
jangan nama aku dipanggil syed...
Syed Muhamad Zoolzarizi .. huhuhuhuhuhu.. cam kelako je bunyinya
Post a Comment