Monday, December 12, 2011

Afdlin Shauki @ arenawafiy

Salam semua,

Bertemu kembali. Dah lama dah simpan gambo nie. Tapi tak sempat sempat nak post. Hehehe...

OK, pada suatu pagi yang hening, penulis, isteri penulis dan besan sulung kepada mak mertua isteri penulis telah pergi ke pekan ayer hitam untuk membeli sedikit barang dapur untuk dimasak. Tapi sebelum tu, penulis singgah beli minyak dulu.

Masa sampai tu, ada laa satu lepat (toyota alphard) kat depan. Pastu ada satu mamat gemok tengah ambik barang kat ruang bagasi lepat berkenaan. Menyirap jek, punya lah lama isi minyak. Jenuh menuggu. Patu mamat gemuk tu pun punya laa lama ambik barang, mcm pegi buat susu anak jek lamanya. Hahah... Tapi memang menyirap tengok itu orang. Gaya nak macam artis. Pakai kasut hi-cut, kaler hijau (supra kot). Pastu pakai baju melayu, tapi pakai topi. Songkok mana beb?? Hahaha...

Masa dia nak tutup pintu belakang lepat dia tu, tengok gaya boyot nye tu mcm afdlin laa plak. Sekali lepas dia pusing badan... Ye... MEMANG AFDLIN SHAUKI. Hahaha... Baru nak marah... dressing mcm artis. Rupanya memang artis. Hahahah.. Lawak beb. Cuma pelik, apa yang dia buat kat pekan ayer hitam??? Ahh.. tak kira, yang pasti mau ambik gambo sama dia. Idola isteri penulis tu. Heheh...

OK, turun jap. Salam salam dan ambik gambo. Nie gambonya...

Mak mertua penulis pun turut sama minat. Hehe..

Penyudahnya, gambo penulis yang takde. Heheh.. Apapun, menurut afdlin, dia balik kampung kat johor dan kluang. Tu berenti ayer hitam sebab ambik minyak dan nak terus masuk highway. Afdlin terbaek....

OK, sekarang penulis dah tau, afdlin shauki pakai minyak apa... Hehehe..

Thursday, December 8, 2011

Wafiy Belajo Ambik Gambo

Salam semua,

Lama betol tak update.

Kali nie nak cite pasal anak penulis yang baru reti ambik gambo. Namanya wafiy. Heheh..

Baru baru nie (takdelaa baru sangat pun), wafiy nie dah mula reti nak ambik gambo. Sibuk dia guna handphone isteri penulis untuk snap gambo. Macam macam jadik. Ada yang ok, dan ada jugak yang tak ok.

Antara gambo terawal yang dia ambik dan kira ok laa.... ialah gambo di bawah nie... Gambo nie ketika penulis sekeluarga baru pulang dari jemputan kahwin seorang sahabat di Pontian.

Masa nak ambik tu, kemain wafiy suruh ayah dan ibu nya posing. Heheh... Wafiy.. wafiy. OK laaa kan... Untuk standard budak budak dan bukan menggunakan dslr. Tahniah wafiy.

Hmm.. sekarang nie, hadrami pun dah sibuk nak ambik gambo jugak. Haritu, sampai penuh memory handphone ibu dia. Hahah.....

OK tu jek. Bye.

* Gambar Ihsan daripada blog isteri penulis iaitu http://hadramiah.blogspot.com/

Friday, November 18, 2011

Kucing ada Kucing

Salam semua,

Bertemu kembali dalam entri terkini. Maaf, penulis agak sibuk dalam seminggu dua nie. Maklumlah, ada majlis kat rumah. Eh salah, kat hotel. Hahaha...

OK, citer banyak tak guna. Baru kejap nie tadi, penulis telah menerima email daripada isteri penulis. Dalam email tu, ada gambo nie. Tu yang nak share tu....

OK, apa keistimewaan kucing nie??? Jom layan gambonye...


Ye... Betol, ada kucing lagi satu kat kucing tu. Hahah.. Memang cantik dan menakjubkan. Kuasa Allah.. Tiada yang mustahil. Allahuakbar....

Wednesday, November 2, 2011

02.11.2011

Salam semua,

Hari ini, 2 November 2011 adalah merupakan hari lahir emak penulis. Sehubungan dengan itu, ingin penulis ucapkan, Happy Birthday Mak, yang ke 56.

Emm.. pembaca arenawafiy kenal tak mak penulis?? Nak tgk gambo nye?? Jom layan gambo dibawah. Hehehe....


Ini lah emak penulis....

Ini plak gambo penulis dengan emak dan abah penulis. Nostalgia gambo nie...

Ini hadiah untuk mak. Gambo memori emak dan kawan kawan dia kat Tasik Merdeka kot nie. Hahaha... Tu kawan kawan mak, nama mcm penulis dah tak ingat. Kalau tak silap, sorang tu namanya auntie mohaya. Betul ke?? Yang lagi satu, tak tau. Mak, sila betulkan. Heheh..

.
.
.

OK, selain tu, mulai dari hari ini, tinggal 11 hari lagi adik perempuan penulis iaitu Dilla dan Shahirah akan menukar status diri. Opss... silap, actually, 11.11.11 adalah hari tukar status diri. Tapi majlis nya yang lagi 11 hari. Kepada semua pembaca arenawafiy, anda adalah dijemput hadir ke majlis tersebut. Meh bagi alamat dan nama penuh. Penulis nak hanto card..

So, untuk hangatkan suasana, jom layan video dibawah....




Heheh.... Pelakon semua sporting. Bagus...

Oh ye, 11 hb 11 juga merupakan birthday rakan penulis di SDBL dahulu, Puan Firda Noorhaili binti Sapari. Happy birthday Firda. Jemputla datang sekali majlis nanti. OK tu jek. Bubye..

Thursday, October 13, 2011

Betty Banafee @ arenawafiy

Salam semua,

Arituh penulis hantor adik penulis yang bongsu, Syed Muhammad Danial pulang ke asrama dia di Mersing. Ini adalah perjalanan pertama penulis ke sekolah beliau. Penulis memang tak pernah ke sekolah beliau, tetapi memandangkan ini kali terakhir beliau kesana, penulis decided untuk pergi. (adik penulis Form 5, so lepas nie dah tak sekolah situ.)

Lepas daripada hantor dia kat sekolah tu, kami sekeluarga pergi makan kat.... Emm tak ingat laa tempat tu. Somewhere area Mersing jugak laa... Hehehe... Dan kami berjumpa........


Tadddaaa..... Betty Banafee.... Abah penulis memang sangat kenal dengan bapak Betty iaitu Sheikh Abu Bakar Banafee. Dulu masa abah penulis kerja Bank Bumiputra di Jalan Segget, abah selalu jumpa bapak dia yang berurusan di BBMB. Masa tu Betty kecik lagi. Dan menurut abah penulis, semua budak bank suke kat dia sebab dia budak kecik yang comel, berambut perang dan selalu kaki ayam. Thats why abah boleh tegur Betty selamba selamba jek kat Mersing nie..

Masa memula nampak dia tu, semua adik beradik penulis nak jumpa Betty, Tapi penulis sibuk nak jumpa adik dia, Rifkee. Kenal Rifkee?? Dia adalah penyanyi utama Kumpulan Lela yang sedikit masa dahulu popular dengan lagu Bidadari, Sampai Bila, Permintaan Terakhir dan banyak lagi.... Nak tau rupa penyanyi nya?? Layan video bawah....




So, penulis pun terus ke sebelah Rifkee...

Dah gemuk dia skrg ek?? Hahahah.. Lepas dapat tau dia penyanyi Lela, Syamim pun nak gambo jugak.....

Pastu sibuk laa berbual dengan diorang. Si betty nie bila dpt tau syamim belajo kat Mesir, terus kalam arabi dengan syamim...

Wajah orang tgh sibuk cakap arab... Heheh..


Emm rifkee nie sekarang dah tak nyanyi. Dia sibuk uruskan kedai makan Banafee depan New York Hotel kat JB manakala abang mereka iaitu Shakib menguruskan Banafee Village di depan Menara MAA. Kedua-dua kedai ini terletak di Jalan Abdullah Tahir.

OK, sampai sini jek dulu. Nanti lain kali cerita lagi..

Tuesday, October 11, 2011

Punca Kemerosotan Arsenal

Salam semua,

Bertemu lagi. Hmm nie penulis nak cerita pasal bola. Hehehe.. Kalau pembaca yang selalu follow arenawafiy, mesti dah tau bahawa penulis merupakan penyokong arsenal. Tapi, tahun nie, arsenal tak berapa menggigit. Prestasi kurang memuaskan. Main macam budak sekolah.

Kalau kat blog-blog orang lain, mesti dah cerita pasal punca kemerosotan arsenal adalah disebabkan penjualan 2 star, Cesc Fabregas dan Samir Nasri. Pastu ada jugak yang sibuk mengatakan tentang keengganan Wenger membeli player yang dah ada nama dan berpengalaman.

Tetapi, setelah diselidik, penulis mendapati, kemerosotan arsenal musim ini adalah kerana mereka tidak menurunkan pemain yang paling berbakat yang mereka ada. Hehehehe... Nak tengok player tersebut???

Sila layan video dibawah.... Sebelum tu, tgk jgk logo baru arsenal musim nie. Logo jek baru, tapi cara main tak meningkat baru...






Amacam?? Terbaik??? Skill jugak si tua nie. Heheh..

Thursday, October 6, 2011

Angry Birds

Salam semua,

Lama nye tak update blog. Maklumlah, penulis super busy. Heheh... Dah berhabuk dah arenawafiy. Syian dia.... Apa khabar semua pembaca budiman... Jangan lari dari jadi pembaca setia arenawafiy eh. Penulis berazam meningkat kan kuantiti post disamping kualiti dan isi kandungan post.

Hari nie nak cerita pasal angry bird.

Heheh... Ramai yang dah tahu pasal game nie kan?? Tapi bukan pasal game nie yang penulis nak ceritakan. Apa yang penulis nak sampaikan ialah impak game nie. Hahah.. Punye laa taksub pada game nie, sampai ada orang buat mcm nie....

Tak tau buat apa?? Hmm... Jom layan video bawah. Mesti paham......