Thursday, October 17, 2013

Gambar Arkib...


Salam semua,

Bertemu kembali. Dah lama tak membelek-belek PC. Jumpa plak gambo lama berdating dengan isteri di ibukota. Gambar adalah di Berjaya Times Square..

Cantik kan?? (kolam, bukan orang... Hahaha)

 Air pancut plak


Sayangnya tidak bermandi manda di situ kerana kekangan masa..

Gambo last sebelum balik...

Friday, May 3, 2013

Mohon Pencerahan...



Salam semua, bertemu kembali...

Tak yah cite byk... Sila Pikir, Ape masalah kat papan kenyataan bawah nie... Hehe...




Tak bape nampak?? OK, kite fokus sikit...



Saturday, December 8, 2012

Kanan ke Kiri ??


Salam semua,

Bertemu kembali. Seperti yang semua sedia maklum, minggu ini penulis ada mesyuarat di Avillion Legacy Melaka. Besar hotelnya... Heheh..

Punye laa beso sampai boleh sesat. Rasa macam naik kapal titanic. Keh keh keh...

Tapi bukan itu yang penulis ingin sampaikan. Penulis nak cerita nie...

Penulis check in pada pukul 3:50 petang, Dapat bilik no 1219. Emm level 12 tu... So, penulis terus ambik lift dan terus ke tingkat 12..... Keluar je lift terus nampak bende nie... Teng teng teng....



Macam mana nie?? Bilik penulis 1219. Kiri ke kanan nie??? Aduh..... Bengong kan??



Setelah puas pusing pusing, baru lah jumpa bilik nie.... Ternyata, KANAN adalah lebih baik dari KIRI. Benarlah dalam Islam, suruh pilih KANAN dulu. Heheh...





Secara keseluruhannya, Hotel nie memang best. Besar dan selesa... (tangan di bahu, mata keatas..) Hahah...

OK, jumpa lagi dalam post akan datang... Bubye..



Tuesday, October 30, 2012

Khairul Fahmi a.k.a Apex Pun Berlakon...

Salam semua...

Pergh.... Lama gile tak update blog. Sorry kepada "arenawafiy" kerana lama mendiamkan diri. Sorry kepada pembaca kerana lama tak antor post... Penulis agak BZ tahun ini. Memang sgt sgt BZ. Tapi, sekarang ini, dah kurang sedikit. So, hopefully dapat update blog selalu...

Baru sekejap nie tadi, penulis telah terlihat satu video yang memaparkan penjaga gol pasukan Kelantan dan Malaysia, encik Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apex dikalangan peminat bolasepak Kelantan berlakon dalam sebuah iklan. Penulis rasa, Apex nie OK laa jugak. Takde laa kaku dan ada sense of humor nye. Cuma memang nampak laa dia tu pemain bolasepak, dan bukannya seorang pelakon. Hahaha... Jom layan video nya....


Pastu ada sambungan plak... Nie part 2 nya...



So, selamat menonton...

Penulis tgk, apex nie dah macam Stephen Chow plak... Lagi lagi masa main bola tu. Macam Shaolin Soccer je.. Hahaha..Nak tgk muka Apex dolu dolu?? Nah.. Ambik nie...



Dan doakan arenawafiy terus mewarnai hidup anda...

Tuesday, April 17, 2012

Muzakkir dalam Newspaper

Salam semua,

Bertemu lagi.... Malas nak sembang panjang panjang, nanti yang empunya diri riak. Heheh.. Hanya nak kongsi satu keratan akhbar yang memaparkan adik penulis. Buat pengetahuan pembaca semua, adik penulis ini bernama Syed Muhammad Muzakkir. Beliau kini menuntut di Philippines (tunggu......), dalam Airline Pilot Training - Commercial Pilot License / MECIR and ATPL. Hmm lepas nie, boleh laa bawak kapalterbang satu balik rumah. Heheh...


Yang bestnya, bukan setakat keluar gambo jek, malah keluar nama tu.. Nie pun satu hal jugak, kalau dari kecik, org mesti salah eja nama dia. (Mohammad laa, Muhamad la, Muzakir la... etc). Tapi kali nie, betul semua, sebijik dalam IC. Heheh.. Maknanya, memang betul dia lah orgnya yang masuk suratkhabo ini, bukan pelanduk dua serupa.

OK, bye...

p/s : Teringat penulis masuk suratkhabar dulu masa kat shah alam, pasal penghantaran kad raya - masih relevan atau tidak. Masih simpan lagi suratkhabar metro itu.... Heheh..

Sunday, April 1, 2012

Penulis dan Facebook

Salam semua...

Akhirnya... setelah sekian lama,

PENULIS KINI MEMPUNYAI AKAUN FACEBOOK... Ye..... Ini adalah azam tahun 2012 dan akhirnya dapat dilaksanakan pada bulan April. Heheh... Jom nyanyi lagu "bila april...."



Sila lah add penulis cepat.

Nie akaun facebook penulis : Syed Mohammad Firus

So, kepada isteri, mak, abah, adik-adik, pakcik-pakcik, makcik-makcik, Ami, Ende, sepupu sepapat, seluruh kaum keluarga, warga Limpoon, warga TTS, kengkawan Sek Keb Angkatan Tentera Johor Bahru, kengkawan SRK Limpoon (2), kengkawan SDBL, kengkawan MANSTER Pahang, kengkawan ITM Shah Alam, kengkawan Rank Alpha, kengkawan Global EComz, kengkawan Telekom (M) Bhd, kengkawan aL-ikhsaN, kengkawan UTHM dan semua yang mengenali, sila add saya.



p/s : Agak agak, menyirap tak kalau penulis kata, ini hanya April Fool semata. Heheh...



Wednesday, March 28, 2012

Hadrami oh Hadrami

Salam semua.....

Bertemu kembali. Dah lama rasanya tak menaip. Hmm..

OK, nie nak cerita sikit pasal anak penulis iaitu SYED AHMAD HADRAMI ALTAMIS. Dia ini sangat petah berkata-kata. Dan diakui dia memang lebih cepat bercakap berbanding abangnya. Setiap apa yang kita tanya dia, pasti dia akan jawab. Tak kiralah betul atau salah, janji dia jawab. Bak kata isteri penulis, kertas jawapan peperiksaan hadrami bila dah sekolah nanti takkan kosong. Pasti ada jawapannya... Heheh.... (dan yang paling best, dia takkan jawab "tak tahu"...)

Ini lah gambo hadrami masa baru baru lahir... Masih tembam dan merah merah.

Ini plak gambo dah beso sikit.... Kat KLCC...

Nie gambo hari raya.... Baju sedondon..... Lebihan kain penulis..

Nie masa dia jadik ahli silap mata kat majlis perkahwinan adik - adik penulis...
(Kemain tiup buih tu...)

Hadrami main belon...

OK, penulis nak share satu pengalaman penulis dengan hadrami... Sila teruskan membaca..

Alkisah, pada satu hari tu, penulis sedang dalam kereta dengan hadrami. Berdua jek. Demi untuk menghilangkan kebosanan, penulis pun berbual dengan hadrami...

Penulis : Sape nama awak..?
Hadrami : Syed Ahmad Hadami Altamis..
Penulis : Hadrami laa... bukan Hadami...
Hadrami : OK....

Pastu penulis tanya lagi....

Penulis : "Sapa nama abang ?"
Hadrami : "Syed Ahmad Wafiy Alwee.."
Penulis : "Salah laa... Syed Muhammad Wafiy Alwee, bukan Ahmad..."
(sambil penekanan diberi kepada perkataan Muhammad...)
Penulis : "Cuba cakap semula...."
Hadrami : "Syed Muhammad Wafiy Alwee..."
Penulis : "Pandai...."

Penulis : "Sape nama ayah ?"
Hadrami : "Syed Mohammad Firus.."
(penulis senyum bangga kerana sebutan yang sangat betul... tiada pelat. Dia sebut pun firus, bukan pirus atau pilus....)

Penulis : "Sape nama ibu ?"
Hadrami : "Syed Muhammad Wahidah..."
(heheh... penulis terus tak tanya lagi.....)