Tuesday, January 25, 2011

Menyakat..

Salam semua..

Bertemu kembali...

Korang semua mesti pernah menyakat kan?? Best kan menyakat orang?? Heheh.. Penulis sangat percaya, korang semua mesti pernah menyakat. Lagi lagi kalau bebudak bujang yang berkumpul ramai ramai. Contoh mcm bebudak kat IPT. Mesti ada sorang kepala, yang kaki sakat kawan kawan... Tetapi, awas... Kekadang, kite yang menyakat nie yang terkena balik.

Ada satu kisah, sebuah keluarga. Menyakat seseorang yang kuat melatah dengan berpura pura menjadi hantu dengan menyelubung diri guna selimut. Sebab terperanjat punya pasal, org yg disakat tu main ambik jek brg yang tercapai dan terus pukul "hantu" tu. Malangnya, barang yang dia capai tu adalah TUKUL. Hahaha...

Dalam era cyber nie, ada plak cara menyakat yang lain. Cthnya mcm kat bawah nie.. Heheh.. Jom layan videonya....



Heheh.. Amacam?? Dahsyat tu. Siap terkencing lagi tuh. Heheheh.. Yang malangnya, tak pasal pasal kena beli monitor baru. Hehehe...

OK cukup setakat nie. Pengajaran disini, kalau nak menyakat tu, agak agak la.. Heheheh




Tuesday, January 18, 2011

Sape Tuko??

Salam semua,

Bertemu kembali.

OK jom layan beg kat bawah nie. Hehehe... Mcm mana nie ek? Mana satu nie? Superman ke Batman? Hehehe.. Keliru nie. Confuse nie...


Apakah kilang salah cop?? Atau Batman salah pakai kostume?? Dia terpakai kostume superman. Hehehe.. Atau pun, memang sengaja buat mcm gini. Supaya bebudak yang beli akan suke sebab dapat beg yang ada 2 supehero sekaligus. Heheh..

Apapun, kredit pada ohbest.blogspot.com yang dapat gambo nie.

p/s : Kesian kat bebudak, mesti kecelaruan identiti. Tak tau mana superman atau batman nanti. Kesian jugak kat mak bapak bebudak yang jenuh nak explain kat anak anak, mana satu superman atau batman... Heheh..

Wednesday, January 12, 2011

Masalah Bahasa

Salam semua..

Bertemu kembali..

Haritu tengahari, penulis ada minum minum dengan shafiq. Pastu encik Papo datang dengan muka demam nye. Heheh.. Di tangan beliau, ada 1 plastik berisi ubat ubatan. Nampaknya beliau tak sihat. Heheh...

Tapi bukan perkara itu yang penulis nak cerita. Penulis nak cakap pasal platik ubat tu. Tak perlulah penulis bagitau klinik mana. Tapi, agak memalukan bila bahasa yang digunakan agak tunggang langgang dan kesalahan ejaan yang ketara hingga mungkin boleh membawa maksud yang lain.

Nampak sangat org klinik tu tak peka, atau memang dah budaya kita yang tak rasa apa apa bila bahasa kita mcm rojak dan tak betul...

Terpulang untuk pembaca menilaikan. Sila lah layan gambo ini...



Semua yang mcm salah ejaan telah penulis gariskan... Mungkin ada lagi kesalahan nahu dan tatabahasa yang penulis pun tak pasti betul atau salah. Maklumlah, penulis pun bukan pandai sgt.. Hehhe...

Contoh disini... tempuh tu sangat jauh maknanya dengan tempoh. Tempuh tu mcm pegi menempuh peperangan, manakala tempoh tu berkaitan dengan selang masa...

Note : bila ada huruf "e" dan selepas tu diikuti dengan "u", e tu dibunyikan seperti e pepet. (mcm bunyi pronounce "Emak"). (Cth: telur, tempuh...) Tapi kalau huruf "e" dan selepas tu diikuti dengan "o", e tu dibunyikan seperti e teleng. (mcm bunyi pronounce "Elak"). (Cth: telor, tempoh..). Telor tau tak apa?? Kira mcm loghat laa...

Apapun, semoga (ada jugak yg type semuga) kita semua lebih prihatin dan menyayangi bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Salam..