Tuesday, October 13, 2009

Kereta Idaman Korang

Caldina

Evo

Ferrari Scuderia Spider

Ford Focus

Jaguar XFR

Mazda RX8

Skyline

Satria GTi
Salam semua...

Bertemu lagi. Hari nie penulis ingin bercerita tentang "Kereta Idaman". Rasanya, semua orang kat dunia nie ada kereta idaman masing masing. Tak kira lah, tua, muda, lelaki, perempuan, melayu, cina, india, bugis, arab, berharta, kurang berharta, berkeluarga, bujang etc. Semuanya ada kereta idaman masing masing.

Kereta idaman nie biasanya menjadi pujaan seseorang individu atas sebab "rupa paras" sesebuah kereta. Maknanya kat sini, kecantikan kereta tersebut. Biasanya, anak anak muda lebih cenderung kepada kereta yg sporty ini.

Selain dari "rupa paras", "fungsi" sesuatu kenderaan juga sering diambil kira sebelum sesebuah kereta itu menjadi kereta idaman. Dalam konsep nie, biasanya ia terarah kepada kereta MPV. Fungsi MPV nie biasanya adalah untuk membawa individu yg ramai. Biasanya, keluarga yang sudah besar memerlukan MPV. Contoh Avanza, Innova, Estima, Stream etc. Selain daripada MPV, kereta bersaiz kecil atau "kompak" yang membawa kepada penjimatan minyak juga sering menjadi faktor utama kepada "fungsi" kereta idaman. Kereta begini seperti kancil, viva, myvi sering menjadi idaman golongan siswazah yang baru bekerja atau mungkin golongan keluarga yang inginkan 2nd car sebagai kenderaan kepejabat. Selain, menjimatkan, kereta begini juga memudahkan pengguna untuk parking kerana saiznya yg kecil.

Bagi golongan eksekutif muda, biasanya lebih kepada kereta yang sporty tetapi "less maintenance". Cthnya, vios, city, waja etc. Kereta begini sesuai kepada mereka yang inginkan gaya tetapi mementingkan penjimatan. Selain itu, ada juga yg gemarkan kereta dua pintu. Biasanya kereta begini adalah untuk org bujang dan mungkin juga untuk kereta kedua.. Buat buat round bandar atau ke pasar... Cth kereta 2 pintu yg hot, ialah satria, putra, mayat, bullet, etc..

Bagi golongan yg dah tak tau nak buat apa dengan duit, selera mereka juga berlainan. Mungkin lebih kepada ferrari, lamborghini, jaguar, audi etc...

Kesimpulannya, setiap kereta idaman nie berbeza kepada setiap individu dan jugabergantung kepada keperluan dan fungsinya.. Apa pula kereta idaman anda?? Sila lah comment...

10 comments:

kakak said...

yg terlintas kt fikiran skg adalah caldina. bayangkan kalo sy kuar dr caldina tu dgn penuh bergaya bersama handbag lv.

perghhh.. angan2 minah sewel. hahaha

zool said...

Kereta api ...
Kereta kebal...
kereta kabel...

zool said...

tambah sikit ye..
kalau dah byk duit cam Simon Cowell selera kat buggati veyron le apa lagi...

wahida said...

viva puteh.....

syamim said...

of coz la ferrari...
ape punya soalan dah..

Jiran said...

masa belajar lu idam nak pakai wira aerobek ijau. Nasib baik dapat suami yang pakai keta tu.. hehehe... jadi tak yah beli.

shahira said...

caldina la..
eh tapi nk civic type r..
fair lady nk juga..
cane ni?
sape yg tolong bg hantaran kete di atas?hee~

Fello de Caminero said...

Jiran - wira aeroback eh?? Siap dengan kaler tuh.. Dahsyat.. Tapi syukor laa.. Sekarang dah DBE!!! Heheh

Shahira - Caldina eh?? Hmm, kalau bagi hantaran, tak dpt laa.. Tapi kalau bagi tumpang... hmm tunggu lagi 3 tahun. Nanti abg bagi...tumpang..

AZIZAN & HAFIZAH said...

dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki agar anda jadi tough dan dikagumi...

AutoSmart said...

Showroom maya, stok kereta UK & JPN spec...