Wednesday, July 27, 2011

Kenapa 151??

Salam semua,

Lanjutan daripada post JJJ151 dan jugak "ada apa dengan nombor", post kali nie, penulis ingin tunjukkan betapa family kami gile kat 151. (Klik si kuning utk baca post tersebut)

Semuanya bermula dengan Syed Ahmad J.P. Beliau adalah bapak kepada atok penulis. Beliau merupakan antara pengguna awal kereta di Batu Pahat. (mcm belajo sejarah laa plak). No plate kereta beliau adalah JA 151. Gambo?? Hmm.... takde lah. Pernah nampak gambo kereta nie kat rumah Tok Lat dalam frame.

So, selepas daripada itu, anak anak dan cucu beliau terus nak nombor yang sama. Antara yang penulis ingat adalah ami ipin, JAV 151, letak kat Nissan Sunny. Pastu abah plak. JCL 151, letak kat van delica biru. Ami Mad plak JFA 151, pasang kat Nissan Serena. Pastu mak plak pakai Kembara bernombor pendaftaran JFS 151. Pastu Dilah plak pakai ini nombor....

JJL 151. Inilah yang dia bengang sangat, nak kan JJJ 151, tapi dapat yang nie jek.. Hehehe..

Nie plak family Ami Ipin punya. Hazwani pakai JJS 151. Ami Ipin pakai JHL 151.

Nie plak Ende Yah punya. JHU 151.

So, tu lah ceritanya. Penulis dulu masa nak beli kereta, time tu tgh no plate JGN. So memang nak JGN 151. Baru laa macam JGN ISI. Hahaha... Jangan isi minyak kot. Heheh. Tapi, tender nya tak bukak lagi masa tu. Terus laa sambar BAMbee. Tapi takde plak BAMbee 151. BAMbee 150, 152, 153 sampai 159 semua ada. 151 jek takde. Hmm BAMbee 161, 171, 181 atau apa apa jek 1*1, pun takde. Akhirnya sambar laa itu 454. Takpelah, 454 pun ok. At least ada "5" kat tengah tengah.

OK bye.

Update 28 Julai 2011, 10:26 a.m
** Nie ada gambo kereta Syed Ahmad J.P yang bernombor pendaftaran JA 151. Gambar adalah ihsan daripada Hazwani yang menurut beliau, dicedok daripada facebook bapak dia. Hahah.. Arenawafi mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Apasal keretanya macam dah accident?? Yang gambo cantik kat umah Tok Lat tu takde eh?? Hahah.. Emm ada sesiapa tau, siapakah gerangan yang ada dalam gambo nie??

Rasanya from left, arwah pak mat, ende yah, syed abdul aziz (bapak penulis tu), ayah long singapore, pastu tak kenal, pastu ami mad. Sila betulkan penulis jika penulis silap.

21 comments:

miss shera said...

pergh..abes shahirah kena tukar kunci ke apa?
tunggu JPJ 151.sure susah nak dapat

sPrInT sPiRiT said...

kalo nk 151, tp huruf awal bukan start dgn 'J' bole ke bg meneruskan legasi 151?..

CikanoT said...

gambo keta JA 151 tu ade kat fb abah hehehe

ni link nyer : http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/268431_139602679450478_100002022411623_261864_236287_n.jpg

jap jap..kenape keta JJL 151 tu gambo kt umah kitorang hehehe

CikanoT said...
This comment has been removed by the author.
CikanoT said...

eh siot tak appear lak link tu..lol

babybeba said...

haha...gmbar masa g lepak umah ani la...
oit ini gmbar so deceiving! sport rim kete aku dh UP dr gmbar ni...keh3! tq kpd penulis sbb racun aku amik enkei!
ani, cermin blkng kete myvi ni da tinggal kenangan la! hehehe

mak said...

eh...bukan motor diana pun *** 151. x ingat lah huruf nye.

red_torres said...

kete aku kan JLP 151..nape xmasukkan..wakakaka

Fello de Caminero said...

sPrInT sPiRiT - Amim nak ambik plate selangor ke?? Kalau selangor, jawapannya TAK BOLEH. Kalau negeri lain takpe. Hahaha...

Fello de Caminero said...

shera - tak payah tuko, kita kekal dengan 4X4. Hehehe... Nanti boleh kawan dengan van ami pin..

mak - tak tau plak diana ada motor?? Ani / ami pin, tolong jawab.

CikanoT said...

JMP 151 ...JAMPISI

Fello de Caminero said...

CikanoT - Motor mana nie?? Yang anto ajim tu eh?? Apasal panggil moto diana?

Anyway, TQ for the gambo JA 151. Akan di upload kemudian.

Fello de Caminero said...

red_torres - keje bendahari, nombor pun tak reti. Bahaya nie. Hahaha..

wahida said...

ArenawafiY mengucapkan jutaan terima kasih

wahida said...

apsal selangor TAK BOLEH? hehehe

sPrInT sPiRiT said...

singapore bole?..igt nk letak SMS 151...hehe..

Dalisa said...

Ooo, barulah kiter paham kenapa family awak minat kat 151. Haaa kan dah nampak betapa pentingnya belajar sejarah ;)

Fello de Caminero said...

Dalisa - lama tak masuk sini?? Heheh.. Jom jumpa balik cikgu munawarah. Hehehe

Anonymous said...

nice story

-fire-

tgk2 said...

no malang ni...xda ker yg bertuah...JA151 XSIDEN..g lain cam ngikut jer

Fello de Caminero said...

tgk2 - 454 pun accident apa...