Wednesday, January 25, 2012

Serba Salah, Eat It, Kami...

Salam semua,

Bertemu kembali. Baru kejap nie, penulis melayan lagu lagu sudirman di internet. (nie semua pasal lagu Warisan lah nie.. Hahah). Tengah sibuk sibuk layan nie, jumpa satu video yang agak lama. Terima kasih kepada ramlan 1984 yang telah mengupload video ini. Jom layan. Sudirman oh sudirman.



Ada jugak video lain yang penulis rasa sgt rare dan susah dapat sekarang nie. Harap RTM dapat siarkan semula video video ini dan yang seangkatan dengannya. Jom layan plak video dibawah..



Video nie adalah lagu Eat IT, mcm lagu Michael Jackson Beat It tu... Klip video ini dipetik daripada rancangan puspawarna yang diterbitkan oleh stesen televisyen malaysia tahun 1984. Rancangan ini di hostkan oleh noorkumalasari. Selain menyampaikan lagu-lagu dari albumnya, rancangan hiburan popular ini juga turut menjemput Allahyarham Sudirman menyanyikan beberapa buah lagu. (kredit to AbgCantik kerana upload video ini).

Sudirman jugak pernah berlakon dalam Filem KAMI... Ini adalah movie pertama yang penulis tonton di panggung wayang bersama abah dan mak. Hahha.. Penulis kecik lagi. Sampai tertido tido tgk cerita nie. Abah siap kejutkan... Bagitau si Din, kawan Too Koo nak kena langgar. Heheh.. Jom layan sikit cerita KAMI.



Tetapi, Sudirman telah meninggalkan kita semua setelah menjadi Penghibur Terbaik Asia pada 1989 dan mengharumkan nama negara. Masa tu, anita sarawak represent singapore. Aanita dah popular dah masa tu, dah biasa nyanyi kat USA. Apa pun, Al-Fatihah untuk Sudirman.



Berita Kematian Sudirman....

Sebelum berhenti, penulis share kan satu gambar sudirman ketika mempromosikan air minuman SUDI. Kira, dia penyanyi malaysia pertama lah ada jenama minuman sendiri...

Sudirman... Penyanyi.... Penghibur.... Pelakon... Usahawan...

Thursday, January 12, 2012

Nazmi Faiz @ arenawafiy

Salam semua,

Baru baru ini, penulis telah pergi menonton Perlawanan Pembukaan Liga Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Sebenarnya, takde apa sangat pun, tak sokong mana mana. Saje je layan sebab tahun nie dah ada semula pemain import. Tu yang pergi tuh... (tapi player tempatan tetap dihati... Heheh)

Penulis pergi dengan adik ipar penulis dan jugak adik ipar isteri penulis. Heheh... Kami duduk di kawasan penyokong Negeri Sembilan. Tapi nampak bebeno bukan orang nogori. Cakap memang takde gaya laa, baju pun tak gaya menyokong Negeri Sembilan. Heheh..

Sewaktu rehat, kami kuo jap, cari air. Dah penat jenjalan, nak balik semula ke tempat tadi untuk tgk 2nd half. Tetiba, terjumpa Nazmi Faiz Mansor. Kenal tak dia nie? Dia player Harimau Muda B yang diserapkan ke Harimau Muda A waktu Sukan Sea tempohari. Patutnya dia amik SPM tahun 2011 arituh, tapi tangguh ambik sebab tgh kat Indonesia main sukan sea. Bagus budak ni main... Jom layan biodata beliau. (Kredit pada aizuddin.com untuk gambo ini)

Nie ada lagi gambo beliau kalau masih tak kenal...

Nampak bebeno muka budak sekolah. Hahah..


Nie pulak video jaringan beliau masa lawan Bahrain untuk kelayakan Olimpik. (penulis pegi tgk jugak game nie kat stadium)




Nie laa gambo penulis dengan dia. Eh, salah. Gambo dia dengan penulis. Penulis tengah sibuk minum air (perhatikan tangan kiri penulis yang memegang air), dia plak sibuk ajak bergambo. Layan je lah...

Nie plak adik adik penulis bergambo dengan dia dan jugak seorang budak sekolah sukan bukit jalil. Sekali pandang, dan macam muka Muzakkir plak si Nazmi Faiz nie. Heheh..


Semoga Nazmi Faiz terus maju dan mengharumkan bolasepak Malaysia. Good luck SPM nanti.
OK... Bubye... Tu jek.

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Hari Kewujudan


Salam semua,

31 December lepas adalah hari dimana penulis menginjak dewasa. Genap 33 tahun lalu, penulis dilahirkan bersamaan 1 Safar 1399.

Ramai yang kata, "Ruginye lahir hujung tahun...". Tapi, penulis tak pernah rasa rugi. Malah, rasa sangat beruntung. Cuba bayangkan, andai penulis lahir lewat 1 hari, bermakna penulis akan lewat SETAHUN untuk masuk sekolah, lewat SETAHUN untuk masuk Universiti, lewat SETAHUN untuk kerja dan semua semuanya lewat lah. Just imagine, tu semua hanya kerana lewat SATU HARI je....

Apapun, sekarang nie, penulis dapat tahu, negara kita membenarkan mana mana bayi yang lahir pada 1 Januari adalah dibenarkan mendaftar kelahirang pada 31 Disember. Tapi, untuk 1 Januari je. Kalau 2 Januari, dah tak boleh. (Betulkan penulis kalau tersalah...)

Lahir pada 31 Disember nie unik. Umur kita bergerak 3 kali dalam 3 hari.

CTH :
30 Disember 2011 - Umur penulis 32 tahun (belum 31 Disember)
31 Disember 2011 - Umur penulis 33 tahun (dah masuk 31 Disember)
01 Januari 2012 - Umur penulis 34 tahun (Dah masuk 2012)

Hahaha... Macam pernah tulis tentang nie dulu.

Apa hadiah nak bagi kat orang lahir pada 31 Disember??

Rasanya mudah. Selain daripada hadiah hadiah biasa, orang lahir time time gini, boleh diberi diary tahun berikutnya, kalendar, planner dan mcm mcm lagi. Benda benda nie tak sesuai nak bagi masa pertengahan tahun. So, memang canteekkkk bagi time time gini....

Sape lagi yang lahir 31 Disember?? Kalau yang follow blog nie, mesti dulu ada baca senarai yang diberi oleh adik penulis. Kalau dah lupa atau tak sempat baca, sila klik sini dan sini.

Emm nie ada penemuan baru. Selain Sir Alex Ferguson yang lahir 31 Disember, Chef Jo (Masterchef) juga lahir pada 31 Disember..


Nie lah gambar beliau... Lahir 31/12/1955 (sama umur mak)

Selain itu, haritu masa tengok maharaja lawak mega final, dapat tahu bahawa MAK SITI NURHALIZA jugak lahir 31 Disember. Heheh.. Happy birthday makcik....

Kawan-kawan penulis juga ada ramai yang lahir 31 Disember. Kalau 1978 ada 2. Mohd Farid Husin (BOMBA) dan jugak IJAL KELING. Kalau 1979, Azizul (Highschool).

Di kesempatan ini, penulis juga ingin mengucapkan Selamat hari Lahir kepada anakanda Syed Ahmad Hadrami Altamis yang ke 3 pada 30 December lepas. Hari tersebut juga merupakan hari lahir adik penulis, Sharifah Fadzilah. Tak lupa juga kawan se opis, Puan Lili Mariati Samut.

OK, tu jek. Moga kita ceria menempuh hari hari mendatang dan welcome 2012.