Salam semua,
31 December lepas adalah hari dimana penulis menginjak dewasa. Genap 33 tahun lalu, penulis dilahirkan bersamaan 1 Safar 1399.
Ramai yang kata, "Ruginye lahir hujung tahun...". Tapi, penulis tak pernah rasa rugi. Malah, rasa sangat beruntung. Cuba bayangkan, andai penulis lahir lewat 1 hari, bermakna penulis akan lewat SETAHUN untuk masuk sekolah, lewat SETAHUN untuk masuk Universiti, lewat SETAHUN untuk kerja dan semua semuanya lewat lah. Just imagine, tu semua hanya kerana lewat SATU HARI je....
Apapun, sekarang nie, penulis dapat tahu, negara kita membenarkan mana mana bayi yang lahir pada 1 Januari adalah dibenarkan mendaftar kelahirang pada 31 Disember. Tapi, untuk 1 Januari je. Kalau 2 Januari, dah tak boleh. (Betulkan penulis kalau tersalah...)
Lahir pada 31 Disember nie unik. Umur kita bergerak 3 kali dalam 3 hari.
CTH :
30 Disember 2011 - Umur penulis 32 tahun (belum 31 Disember)
31 Disember 2011 - Umur penulis 33 tahun (dah masuk 31 Disember)
01 Januari 2012 - Umur penulis 34 tahun (Dah masuk 2012)
Hahaha... Macam pernah tulis tentang nie dulu.
Apa hadiah nak bagi kat orang lahir pada 31 Disember??
Rasanya mudah. Selain daripada hadiah hadiah biasa, orang lahir time time gini, boleh diberi diary tahun berikutnya, kalendar, planner dan mcm mcm lagi. Benda benda nie tak sesuai nak bagi masa pertengahan tahun. So, memang canteekkkk bagi time time gini....
Sape lagi yang lahir 31 Disember?? Kalau yang follow blog nie, mesti dulu ada baca senarai yang diberi oleh adik penulis. Kalau dah lupa atau tak sempat baca, sila klik sini dan sini.
Emm nie ada penemuan baru. Selain Sir Alex Ferguson yang lahir 31 Disember, Chef Jo (Masterchef) juga lahir pada 31 Disember..
Nie lah gambar beliau... Lahir 31/12/1955 (sama umur mak)
Selain itu, haritu masa tengok maharaja lawak mega final, dapat tahu bahawa MAK SITI NURHALIZA jugak lahir 31 Disember. Heheh.. Happy birthday makcik....
Kawan-kawan penulis juga ada ramai yang lahir 31 Disember. Kalau 1978 ada 2. Mohd Farid Husin (BOMBA) dan jugak IJAL KELING. Kalau 1979, Azizul (Highschool).
Di kesempatan ini, penulis juga ingin mengucapkan Selamat hari Lahir kepada anakanda Syed Ahmad Hadrami Altamis yang ke 3 pada 30 December lepas. Hari tersebut juga merupakan hari lahir adik penulis, Sharifah Fadzilah. Tak lupa juga kawan se opis, Puan Lili Mariati Samut.
OK, tu jek. Moga kita ceria menempuh hari hari mendatang dan welcome 2012.
6 comments:
penulis sudah 33 tahun ye... dah besor ye! hihi...
mcm laa 11.11.11 arituh dia tak 33 tahun. Hahaha.....
Krim anti kedut apa awak pakai sekarang??
da tua rupanya
miss shera - commnet tu utk Pida eh?? heheh
hahaha lawak la firus ni. Oh ye, masih guna krim yang ada sebab belum abis lagi hehe...
Semoga panjang umur dalam iman dan bertambah rezeki yg halal....amin....dan bertambah serius (bkn saya kata...hehehe)
Post a Comment