Friday, October 22, 2010

Liverpool oh Liverpool

Salam semua,

Bertemu lagi. Hari ni penulis nak cerita tentang Liverpool FC. Liverpool FC nie merupakan sebuah kelab bolasepak di England yang terkenal dan merupakan kelab yang paling berjaya dalam sejarah bolasepak england. (Tak payah laa nak cerita kejayaan kelab nie. Tak cukup space nanti..)

Penulis sendiri meminati pasukan ini. Malah, pada tahun 1989, penulis telah menjejakkan kaki ke Anfield dan melihat sendiri stadium yang dibarisi ramai bintang ini. Pada masa tu, penulis darjah 5 dan amat meminati pemain pemain Liverpool seperti Ian Rush, John Barnes, John Aldridge, Bruce Grobbelaar, Peter Beardsley dan ramai lagi.

Setelah penulis menginjak dewasa (pergh ayat buku..), prestasi pasukan Liverpool mula sedikit menurun. Masa tu EPL diungguli oleh Manchester United. Keluarga penulis majoriti tak sokong Man Utd.. Hahaha.. Jadik pada zaman zaman tu, team yang boleh mencabar manchester utd hanyalah Arsenal. So, penulis pun mula menyokong Arsenal hingga kini. Namun, Liverpool tetap menjadi team yang penulis sentiasa ikuti perkembangannya...

Jom layan jersey jersey Liverpool...

Ini adalah jersey liverpool pada tahun 1979. Penaja nya adalah HITACHI, sebuah syarikat elektrik. Liverpool merupakan kelab pertama di england yang meletakkan nama penaja di hadapan jersey pemain mereka. (Bangga tak jadik penyokong Liverpool??) Heheh..

Pada 1982, Crown Paints (kampeni cat) menjadi penaja Liverpool. Sempoi jek bajunya. Jenama juga sudah bertukar daripada Umbro kepada Adidas

Nie adalah sebahagian gambo player Liverpool pakai baju crown paints. Korang kenal tak player player nie?? Heheh. Dari kiri ian rush, bruce grobbelaar (keeper paling biol), steve staunton kot pastu tak kenal. Heheh...

Nie plak tahun 1988. Penaja telah bertukar kepada candy. (pun kampeni elektrik jugak tau. Bukan kampeni cokelat.. Heheh). Tahun berikutnya, 1989, Liverpool menang double. Liga dan F.A Cup...

Pada tahun 1992, Liverpool beralih kepada Carlsberg sebagai penaja. Masa nie, ramai penyokong Liverpool kat Malaysia mula tak beli baju nie. Heheh.. Sendiri mau ingat laa kan..

Pada 1996, masih lagi kekal dengan Carlsberg. Tapi bertukar dari Adidas ke Reebok sebagai jenama jersey.

Jersey tahun 2008 masih carlsberg. Agaknya sebab nie laa Liverpool jatuh. Player semua mabuk minum carlsberg.. (Note: Dah pakai adidas balik sejak 2006..)

Nie plak jersey Liverpool kat china. Heheh.. Senang cakap, Carlsberg dalam bahasa cina laa.. Line kat bawah carlsberg tu sama siot...

Pada season 2010/2011, kontrak dengan carlsberg telah tamat. Standard Chartered menjadi panaja Liverpool plak. Masa nie, jualan jersey meningkat balik. Diharap, prestasi Liverpool juga meningkat. Maklumlah, player dah tak mabuk lagi.. Heheh..

Namun, prestasi mereka tahun nie amat menyedihkan. Liverpool kini berada di zon penyingkiran (setakat hari ni 22/10/2010). Apalah silapnya pasukan nie. Padahal player player semua ada nama. Mcm kat atas tu, carragher, gerrard, kuyt, torres (xde dlm gambo) dan ramai lagi... Kalau prestasi mereka berterusan begini, besar kemungkinan jersey Liverpool tahun depan akan menjadi seperti dibawah.....



Mmuuuaaahhahahah... Jangan marah penyokong Liverpool..!!
(Gambo kiriman En Nasir Torred)

10 comments:

Nasir Torred said...

dengan ini aku ishtiharkan perang dengan penulis blog...PERANGGGG..........!!!!!!!!!! wakakakaka

Unknown said...

kepada en nasir torred : xpe.YNWA.hahaha..perang sama abg.

Fello de Caminero said...

Kalau nak marah, pegi marah roy hodgson tu.. hahah

aku syafique said...

Dgn lafaz bismillah sy juga mengistiharkan perang dgn penulis atassindiran ini...TAKBIR!!!...

Unknown said...

eh ni perang ke x ni?

ww said...

dulu suke...skrg tak suke. tak tau pun kenapa dulu suke....

Fello de Caminero said...

ww - suka bola ke??

Anonymous said...

gambar sebelah kanan sekali tu john hunter la... sblm guna gigi palsu

Neo_matrixzz said...

xmau liverpool...dah kalah je skang nie..haha..

Fello de Caminero said...

Safie - Liverfool.. Hehehh