Monday, October 19, 2009

PAPADOM !!

Papadom!! Rasanya, majoriti masyarakat Malaysia tahu apa itu papadom. Tapi kat sini, bukan nak citer pasal papadom tu.. Nak citer pasal Movie terbaru afdlin shauki, dengan tajuk yang sama.

Hari jumaat lepas, aku pegi laa tgk dengan isteri.. Hahaha.. Serious, best beb. Pada yang tak tengok lagi, dinasihatkan tgk cepat. Sokonglah industri perfileman tanahair..

Ok.. pada yg dah tgk, mesti akan paham dengan apa yg aku nak share kat bawah nie.. So, kalau belum tgk, korang tgk dulu citer tu, baru baca kat sini bagi abess.. Heheh..

Ok, aku nak tanya korang, dialog mana paling "hot"?? Hahha... Rasanya byk dalam citer tu, tapi aku shorlistkan kat bawah nie jek. Korang sila komen pendapat korang ok..

1) Berapa ramai tukang kebun yang awak kenal??
(babak afdlin dengan vanida)

2) Jangan terlalu emosi dengan tanah..
(babak harun salim bachik dengan afdlin)

3) Baiklah... papa setuju........... Mia belajar kat rumah.
(babak afdlin dengan liyana)

4) Sana potong, situ potong, sana gaduh...
(babak harun salim bachik dengan afdlin)

5) Kalau mun hantu, mun rupa macam nie...
(babak norkhiriah dengan afdlin)

Hmm kalau ada yg korang rasa lagi hot, bagitau laa jugak...

OK... nak kuo nie.. Nak carik nasi kandar + PAPADOM !! Hehehe..

5 comments:

wahida said...

helleh...biasa makan nasi goreng kampung, telur mata, teh tarik suam...nk makan nasi kandar letak papadom konon.....heeeeeeeeee

i do like "jangan emosi dgn tanah..."

Fello de Caminero said...

hehe.. tu lain.. Nie semangat papadom...

Apapun, penulis ambik dialog nombor 3..

kimping said...

lawak la si que haidar tu. buat filem syok sendiri

shahira said...

hahaha..
semua lawak..
tapi ada part sedih gak..
eh abg, nmpk haiQal anak uncle haris x?

Fello de Caminero said...

tak nampak laa ahh.. Dia kat scene mana ek??