Thursday, January 28, 2010

Karnival Pengajian Tinggi "Jom Masuk U" 2010

Salam semua,

Maaf dah lama tak update. Penulis "super duper busy". Nie pun mencelah sekejap sebelum berangkat ke Sabah untuk menjadi petugas di pameran Jom Masuk U. Hmm, nampaknya, lambat lagi laa nak update blog.. Heheh

Apapun, doakan penulis selamat pergi dan selamat balik. InsyaAllah, penulis akan cerita kisah sabah di post akan datang.

Penulis lincah dulu. Bubye....

Tuesday, January 19, 2010

Jom Visit Masjid Al Aqsa

Salam semua,

Seperti yang kita sedia maklum, Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ke 3 terpenting selepas Masjidil Haram dan Majid Nabawi. Tetapi, agak malang kerana amat sukar untuk kita melihat Masjid Al-Aqsa akibat daripada masalah peperangan dunia. Sehubungan dengan itu, arenawafiy ada menyediakan pakej lawatan ke masjid tersebut. Kepada sesiapa yang berminat diminta menghubungi penulis...

Harga?? Emm, kerana penulis baik hati, semua perbelanjaan ditanggung penulis.. Heheh.. Tetapi... As usual, mesti ada tetapi...

"Lawatan tersebut hanyalah lawatan secara maya"...

OK, jom layan pemandangan 360 darjah Masjid Al Aqsa. Cekidaud (tiru ayat dlm inibelogsaya).

Sila klik sini untuk melancong ke sana.. Heheh..

Wednesday, January 13, 2010

Aksi Lagak Ngeri !!

Salam semua. Bertemu kembali. Post kali nie, saje je nak share video anak penulis, hadrami, masa pegi urut tempohari. Video nie biasa jek. Tapi perhatikan dari saat 0:25 hingga 0:35. Amacam?? Ada berani??




Nama makcik yang mengurut nie adalah Mak Ne. Dia nie laa mak bidan kepada isteri penulis. Dia juga merupakan fisioterapi penulis bila dah injured main bola. Hahah.. Dia urut best.. (tak caya tanya wahidah..) Hehehe...

Friday, January 8, 2010

Nostalgia - ITM Pahang

Salam semua,

Berjumpa lagi. Mulai tahun ini, sekali sekala, penulis akan post tentang kisah "Nostalgia". Tajuk ini akan menceritakan tentang kenangan masa lalu penulis. Tidak kira kisah itu sudah lama atau tidak. As long as bende tu dah berlalu, ia akan dikira sebagai nostalgia!!.. So untuk memulakan post nie, penulis cuba untuk mengimbau kenangan di ITM Pahang. Sewaktu tu, akhir tahun 1996 kot. Masa nie, penulis ambik Diploma in Computer Science. So dah penghujung semester masa tu, jakun laa skit semua tempat nak ambik gambo. Almaklumlah, nak balik kampung buat kali pertama. Excited laa nak tunjuk gambo kat family..

Gambo nie pun ihsan dari Mohd Shafiq yang kini bekerja di johor bharu. Mohd Shafiq merupakan kawan baik penulis. Kami sebilik di ITM Pahang beberapa semester jugak laa.. Maklumlah, sama sama johorean, so memang sentiasa bersama. Balik kg sama, outing hari ahad nak makan roti canai kat bandar pusat jengka pun sesama.. Heheh...

Masa kami disana, setiap batch ada nama masing masing. Memandangkan kami nie Diploma Sains Komputer, senior kami punya batch dipanggil DISKO (singkatan utk DIp Sains KOmputer). Junior kami pula menggelarkan batch mereka D'SAIKO sebagai singkatan Dip Sains Komputer.. (saiko jek bunyiknye..)... Tapi batch kami dengan kreatifnye menggelarkan nama kami dengan singkatan nama belakang. Iaitu MANSTER (singkatan diploMA saiNS kompuTER). So batch MANSTER nie memang glamour laa.. Nama pun dah kreatif.. hehehe..

Batch kami nie boleh tahan ramai. Ada 3 kelas. Presiden MITECC.C kitorang ialah Mohd Ashrie Abu Hassan a.k.a Botak. (bapak dia laa yg meninggal sebelum nie. Rujuk link "kembali ke rahmatullah). Dalam gambo nie, selain dari shafiq dan botak, ada amir, zulkifly, ashraf (acap lempiau), awie, aiman (bebola), faizal daud, mat arip dan mail. Hehehe... Cube laa teka mana satu penulis???


CLUE : Penulis kurus!!! Hahah...

Wednesday, January 6, 2010

Peristiwa di Keje Kawen !!

Salam semua,

Ari Sabtu lepas (2/1/10), penulis sekeluarga pegi ke JB untuk menghadiri keje kawen syadiyah (anak ami salleh, or better known as "salleh piji", sepupu abah)

Jumpa ramai jugak sedara mara. Majlis buat kat dewan tnb kempas. Agak grand nampaknya. Tapi ok laa.. Cost semua dalam RM29K. Imagine, pelamin, katering, sewa meja etc semua 29K. Murah beb.. Meh kita tinjau ke 'grand' an majlis tersebut.

Jalan ke pelamin. Grand giler. Tangga bertingkat tingkat.

Si pengiring pengantin

Pengantin yg diraikan...
Dulu dia kecik kecik, mcm amy mastura. Semua org panggil dia dengan nama itu..

Pengantin lelaki tengah garang sebab byk sgt tol oleh keluarga perempuan. Pengantin lelaki siap ugut nak balik plak tu. Dahsyat.... (perhatikan tangan pengantin lelaki.. agaknya dia kata "Satu kali tol jek dah cukup") Hehe..

Bagi warga johor, "tol" ini adalah perkara biasa.. Kalau sesapa nak tau lanjut, kawen laa dengan org johor.. Heheh..

Akhirnya berjalan menuju pelamin...

Tangga ke pelamin yg dahsyat..
Tepi tangga dihiasi epal betul tau..

Tanpa disengaja, terjumpa Prof. Dr. Saparudin Bin Ariffin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan).. Heheh, penulis boleh tak kenal dia... Malu jek. Tapi, dia pun tak kenal penulis.. Fair and square laa.. Yang peliknya, dia kenal plak adik penulis di PKU yang lebih kemudian masuk keje...

Bengang .. bengang...

Kerusi makan beradab yg tinggi tak hengat..

Aik?? Sazzy Falak pun datang?? Nazril mana?? Kalah sehati berdansa, terus lepak dengan family kitorang.. Heheh

Tempat potong kek...

Penulis ter jejak kaseh dengan chico harahap. Heheh.. Bukan bukan.. Nie kawan sekolah rendah dulu. Beliau adalah Iszuan Shah. Bebudak SRK Limpoon (2) mesti kenal punya...

Sekian sahaja... ...Apa?? Peristiwa?? Heheh.. Tu laa peristiwanya.. Jumpa anak uji rashid, sazzy falak dan Prof. dr saparudin... Hahha.. UTHM dimana mana...

Monday, January 4, 2010

Santa Claus Pun Bagi Ikan Makan??

Salam semua,

Selamat Tahun Baru 2010. Lagi 10 tahun akan menyambut WAWASAN 2020. Dah bersedia ke? Heheh.. Tapi sebenarnya, bukan WAWASAN yg ndak penulis ceritakan. Nie lanjutan dari kisah jenjalan kat Aquaria KLCC arituh. Sempat laa ambik video masa diorang kasi ikan makan.

Pergh, mentang mentang laa cuti krismas, santa claus pun bagi ikan makan. Enjoy the videos!!







Perhatikan saat ke 0:20 - 0:25. Selamba jek ikan tu ngap..