Wednesday, January 12, 2011

Masalah Bahasa

Salam semua..

Bertemu kembali..

Haritu tengahari, penulis ada minum minum dengan shafiq. Pastu encik Papo datang dengan muka demam nye. Heheh.. Di tangan beliau, ada 1 plastik berisi ubat ubatan. Nampaknya beliau tak sihat. Heheh...

Tapi bukan perkara itu yang penulis nak cerita. Penulis nak cakap pasal platik ubat tu. Tak perlulah penulis bagitau klinik mana. Tapi, agak memalukan bila bahasa yang digunakan agak tunggang langgang dan kesalahan ejaan yang ketara hingga mungkin boleh membawa maksud yang lain.

Nampak sangat org klinik tu tak peka, atau memang dah budaya kita yang tak rasa apa apa bila bahasa kita mcm rojak dan tak betul...

Terpulang untuk pembaca menilaikan. Sila lah layan gambo ini...



Semua yang mcm salah ejaan telah penulis gariskan... Mungkin ada lagi kesalahan nahu dan tatabahasa yang penulis pun tak pasti betul atau salah. Maklumlah, penulis pun bukan pandai sgt.. Hehhe...

Contoh disini... tempuh tu sangat jauh maknanya dengan tempoh. Tempuh tu mcm pegi menempuh peperangan, manakala tempoh tu berkaitan dengan selang masa...

Note : bila ada huruf "e" dan selepas tu diikuti dengan "u", e tu dibunyikan seperti e pepet. (mcm bunyi pronounce "Emak"). (Cth: telur, tempuh...) Tapi kalau huruf "e" dan selepas tu diikuti dengan "o", e tu dibunyikan seperti e teleng. (mcm bunyi pronounce "Elak"). (Cth: telor, tempoh..). Telor tau tak apa?? Kira mcm loghat laa...

Apapun, semoga (ada jugak yg type semuga) kita semua lebih prihatin dan menyayangi bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Salam..

8 comments:

shahirah.alshahab said...

e pepet, e teleng..da mcm belajar bahasa melayu la

shahirah.alshahab said...

eh ntah2 org yg t ulis tu dia lupa kot mcm mana nak eje.ikot penyakit nazmi raja lawak la tu..lupa!lupa!

CikanoT said...

seblum dia pos entry ni..dia google dulu e pepet e teleng tu....hahahah abg mane tau bende2 ni

Fello de Caminero said...

org terpelajar, mesti laa tau..

eh aku lupa... aku dah tau..

hahah..

sPrInT sPiRiT said...

post kali ni serius dh mcm blaja bahasa melayu...haha..

Keyboard menaip said...

Salam.

e pepet itu betul. e teleng ada ke? teleng or taleng? teleng tu maksud senget rasanya...kepala teleng... 1 persoalan kerana saya bukan pakar bahasa.

Fello de Caminero said...

alamak... kak keyboard dah bersuara..

Syyhh...!!

Anonymous said...

den tau..sbb org kt malaysia mm suka mkn rojak..x caya tgk kt warung2 mesti mesti ado yg oder..sbb x kisah bahasa camtu