Friday, December 16, 2011

Nostalgia - Lawatan Ke ITM Pahang

Salam semua,

Baru-baru ini (takde laa baru sgt pun), penulis ada lawatan kerja ke ITM Pahang (atau nama sekarangnya UiTM Pahang). Lawatan ini ada lah bersempena dengan mesyuarat panduan di Gambang Resort City dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Gembira bukan kepalang penulis apabila dapat tahu ada lawatan ke ITM Phg. Maklumlah, penulis dulu belajar disana. Jauh tu nak pegi sana.... (Sblm nie pernah jumpa kawan ITM Phg. Rujuk entri ini.)

OK, jom layan gambo gambo

HAK ITM PHG

Ini adalah banner selamat datang yang menyambut kami. Kesemua IPTA dalam Malaysia ada datang tau. Yang disebelah penulis tu plak, Mohd Faizal Ibrahim daripada UnisZA. Beliau jugak ex-student ITM Phg. Dulu beliau course DPIM dan dikenali dengan nama NIKBAD. Budak DPIM sure kenal dia nie....

Hahah.. Dua alumni ITM Phg tengah jakun gile ambik gambo. Bus ITM Pahang pun jadik. Kat dalam bus tu plak mcm Nadia jek. Heheh..

Sape sape kat ITM Phg tak kenal dia nie, penulis tak tau lah. Kalau tak silap namanya Ustaz Naziri. Fello Kolej Muslim.


Semasa lawatan itu, kami telah dibawa melawat Taman Herba di kawasan belakang ITM Phg. Puas kitorang jalan jalan kat Awis Qarni, Library, Taman Tenet, etc. Hehehe.. Library dah beso skrg beb..

Gambi nie saje je ambik. Sebab ada logo ITM Phg.

Nie plak pokok paling popular arituh. Tgk laa nama dia. Sambung nyawa tu. Hehehe.. Kalau dah sakit, cuba try bagi pokok nie. Mana laa tau berkesan. Heheh.. Pengarah KPT pun ambik pokok nie bawak balik umah.

OK cukup sampai sini. Oh ye, menurut staf staf kat sana, Pak Guard Shahrul dah pindah ke ITM Perak. Sekian untuk makluman. Heheh...

3 comments:

Pida said...

Wah, best tu kembali ke alma mater. Jumpa awek lama tak? hahahaha

Fello de Caminero said...

pida - alma meter?? Pergh.. dahsyat istilah tu. Hahah... Menurut kamus, alma meter adalah any school, college, or university at which one has studied and, usually, from which one has graduated. OK tu jek nak share.... Heheh

Fello de Caminero said...

*alma mater heheh... typo..