Wednesday, January 25, 2012

Serba Salah, Eat It, Kami...

Salam semua,

Bertemu kembali. Baru kejap nie, penulis melayan lagu lagu sudirman di internet. (nie semua pasal lagu Warisan lah nie.. Hahah). Tengah sibuk sibuk layan nie, jumpa satu video yang agak lama. Terima kasih kepada ramlan 1984 yang telah mengupload video ini. Jom layan. Sudirman oh sudirman.



Ada jugak video lain yang penulis rasa sgt rare dan susah dapat sekarang nie. Harap RTM dapat siarkan semula video video ini dan yang seangkatan dengannya. Jom layan plak video dibawah..



Video nie adalah lagu Eat IT, mcm lagu Michael Jackson Beat It tu... Klip video ini dipetik daripada rancangan puspawarna yang diterbitkan oleh stesen televisyen malaysia tahun 1984. Rancangan ini di hostkan oleh noorkumalasari. Selain menyampaikan lagu-lagu dari albumnya, rancangan hiburan popular ini juga turut menjemput Allahyarham Sudirman menyanyikan beberapa buah lagu. (kredit to AbgCantik kerana upload video ini).

Sudirman jugak pernah berlakon dalam Filem KAMI... Ini adalah movie pertama yang penulis tonton di panggung wayang bersama abah dan mak. Hahha.. Penulis kecik lagi. Sampai tertido tido tgk cerita nie. Abah siap kejutkan... Bagitau si Din, kawan Too Koo nak kena langgar. Heheh.. Jom layan sikit cerita KAMI.



Tetapi, Sudirman telah meninggalkan kita semua setelah menjadi Penghibur Terbaik Asia pada 1989 dan mengharumkan nama negara. Masa tu, anita sarawak represent singapore. Aanita dah popular dah masa tu, dah biasa nyanyi kat USA. Apa pun, Al-Fatihah untuk Sudirman.



Berita Kematian Sudirman....

Sebelum berhenti, penulis share kan satu gambar sudirman ketika mempromosikan air minuman SUDI. Kira, dia penyanyi malaysia pertama lah ada jenama minuman sendiri...

Sudirman... Penyanyi.... Penghibur.... Pelakon... Usahawan...

6 comments:

sPrInT sPiRiT said...

terbaek!

Pida said...

Dulu kitorang selalu beli air Sudi. Sayang sekarang dah tak ada lagi. Tak diwariskan perniagaan ni kan.

Fello de Caminero said...

sPrInT sPiRiT - terbaek??? Sebab lagu michael jackson ke?? Hahah.. Amim kan ke suka MJ.

Fello de Caminero said...

Pida - Hmm .. tu lah. Sayang kan?? Kalau tak silap, pakaian kanak kanak pun ada dulu. Jenama sudi. Tag line - sudi sudi kan lah... Kalau tak salah laa...

miss shera said...

xtau pun ada air jenama sudi

Fello de Caminero said...

shera - hah?? Takkan tak tau.. Aduh....