Tuesday, October 30, 2012

Khairul Fahmi a.k.a Apex Pun Berlakon...

Salam semua...

Pergh.... Lama gile tak update blog. Sorry kepada "arenawafiy" kerana lama mendiamkan diri. Sorry kepada pembaca kerana lama tak antor post... Penulis agak BZ tahun ini. Memang sgt sgt BZ. Tapi, sekarang ini, dah kurang sedikit. So, hopefully dapat update blog selalu...

Baru sekejap nie tadi, penulis telah terlihat satu video yang memaparkan penjaga gol pasukan Kelantan dan Malaysia, encik Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apex dikalangan peminat bolasepak Kelantan berlakon dalam sebuah iklan. Penulis rasa, Apex nie OK laa jugak. Takde laa kaku dan ada sense of humor nye. Cuma memang nampak laa dia tu pemain bolasepak, dan bukannya seorang pelakon. Hahaha... Jom layan video nya....


Pastu ada sambungan plak... Nie part 2 nya...



So, selamat menonton...

Penulis tgk, apex nie dah macam Stephen Chow plak... Lagi lagi masa main bola tu. Macam Shaolin Soccer je.. Hahaha..Nak tgk muka Apex dolu dolu?? Nah.. Ambik nie...



Dan doakan arenawafiy terus mewarnai hidup anda...

Tuesday, April 17, 2012

Muzakkir dalam Newspaper

Salam semua,

Bertemu lagi.... Malas nak sembang panjang panjang, nanti yang empunya diri riak. Heheh.. Hanya nak kongsi satu keratan akhbar yang memaparkan adik penulis. Buat pengetahuan pembaca semua, adik penulis ini bernama Syed Muhammad Muzakkir. Beliau kini menuntut di Philippines (tunggu......), dalam Airline Pilot Training - Commercial Pilot License / MECIR and ATPL. Hmm lepas nie, boleh laa bawak kapalterbang satu balik rumah. Heheh...


Yang bestnya, bukan setakat keluar gambo jek, malah keluar nama tu.. Nie pun satu hal jugak, kalau dari kecik, org mesti salah eja nama dia. (Mohammad laa, Muhamad la, Muzakir la... etc). Tapi kali nie, betul semua, sebijik dalam IC. Heheh.. Maknanya, memang betul dia lah orgnya yang masuk suratkhabo ini, bukan pelanduk dua serupa.

OK, bye...

p/s : Teringat penulis masuk suratkhabar dulu masa kat shah alam, pasal penghantaran kad raya - masih relevan atau tidak. Masih simpan lagi suratkhabar metro itu.... Heheh..

Sunday, April 1, 2012

Penulis dan Facebook

Salam semua...

Akhirnya... setelah sekian lama,

PENULIS KINI MEMPUNYAI AKAUN FACEBOOK... Ye..... Ini adalah azam tahun 2012 dan akhirnya dapat dilaksanakan pada bulan April. Heheh... Jom nyanyi lagu "bila april...."



Sila lah add penulis cepat.

Nie akaun facebook penulis : Syed Mohammad Firus

So, kepada isteri, mak, abah, adik-adik, pakcik-pakcik, makcik-makcik, Ami, Ende, sepupu sepapat, seluruh kaum keluarga, warga Limpoon, warga TTS, kengkawan Sek Keb Angkatan Tentera Johor Bahru, kengkawan SRK Limpoon (2), kengkawan SDBL, kengkawan MANSTER Pahang, kengkawan ITM Shah Alam, kengkawan Rank Alpha, kengkawan Global EComz, kengkawan Telekom (M) Bhd, kengkawan aL-ikhsaN, kengkawan UTHM dan semua yang mengenali, sila add saya.



p/s : Agak agak, menyirap tak kalau penulis kata, ini hanya April Fool semata. Heheh...



Wednesday, March 28, 2012

Hadrami oh Hadrami

Salam semua.....

Bertemu kembali. Dah lama rasanya tak menaip. Hmm..

OK, nie nak cerita sikit pasal anak penulis iaitu SYED AHMAD HADRAMI ALTAMIS. Dia ini sangat petah berkata-kata. Dan diakui dia memang lebih cepat bercakap berbanding abangnya. Setiap apa yang kita tanya dia, pasti dia akan jawab. Tak kiralah betul atau salah, janji dia jawab. Bak kata isteri penulis, kertas jawapan peperiksaan hadrami bila dah sekolah nanti takkan kosong. Pasti ada jawapannya... Heheh.... (dan yang paling best, dia takkan jawab "tak tahu"...)

Ini lah gambo hadrami masa baru baru lahir... Masih tembam dan merah merah.

Ini plak gambo dah beso sikit.... Kat KLCC...

Nie gambo hari raya.... Baju sedondon..... Lebihan kain penulis..

Nie masa dia jadik ahli silap mata kat majlis perkahwinan adik - adik penulis...
(Kemain tiup buih tu...)

Hadrami main belon...

OK, penulis nak share satu pengalaman penulis dengan hadrami... Sila teruskan membaca..

Alkisah, pada satu hari tu, penulis sedang dalam kereta dengan hadrami. Berdua jek. Demi untuk menghilangkan kebosanan, penulis pun berbual dengan hadrami...

Penulis : Sape nama awak..?
Hadrami : Syed Ahmad Hadami Altamis..
Penulis : Hadrami laa... bukan Hadami...
Hadrami : OK....

Pastu penulis tanya lagi....

Penulis : "Sapa nama abang ?"
Hadrami : "Syed Ahmad Wafiy Alwee.."
Penulis : "Salah laa... Syed Muhammad Wafiy Alwee, bukan Ahmad..."
(sambil penekanan diberi kepada perkataan Muhammad...)
Penulis : "Cuba cakap semula...."
Hadrami : "Syed Muhammad Wafiy Alwee..."
Penulis : "Pandai...."

Penulis : "Sape nama ayah ?"
Hadrami : "Syed Mohammad Firus.."
(penulis senyum bangga kerana sebutan yang sangat betul... tiada pelat. Dia sebut pun firus, bukan pirus atau pilus....)

Penulis : "Sape nama ibu ?"
Hadrami : "Syed Muhammad Wahidah..."
(heheh... penulis terus tak tanya lagi.....)



Tuesday, March 6, 2012

R n R Juru

Salam semua,

Ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang, penulis telah berhenti di RnR Juru. Masa nak parking, nampak ramai betul orang.... Kenapa ye??? So, penulis dengan kecoh ala ala wartawan pun menyelinap ke celah celah orang ramai tu, untuk melihat apa yang terjadi..

Nak tau apa yang terjadi?? Emm ada accident membabitkan sebuah proton wira.... Mari lihat gambo kereta...

Kereta nie hilang kawalan dari lebuhraya, terus menghentam pokok pokok area RnR tu. Nasib tak kena kat tempat orang tgh makan makan. Disudut kiri belakang gambar ini adalah pemandunya. Penulis amat simpati dengan pemandunya kerana mukanya sangat parah. Cuba bayangkan, hanya pemandu yang accident, tapi cermin yang pecah adalah sebelah co-pilot nya. Penulis tak sanggup ambil gambar pemandu yangs edang terduduk dipokok itu. Mukanya penuh dengan kaca kaca dan kulit mukanya agak terkoyak. Bibir beliau juga berdarah....


Nie gambo dari depan kereta. Tu tisu tau... Bukan cebisan daging mangsa.

Nie dari tepi. Banyak giler darah mangsa. Menurut saksi kejadian, kereta ini hilang kawalan kerana tayar kereta telah meletup. So, kepada semua pembaca arenawafiy, gunakanlah tayar yang berkualiti. Tidak kiralah anda menggunakan kereta atau motor, atau van, atau mpv atau apa sahaja kenderaan, gunakan tayar yang berkualiti. Mahal sikit takpe, yang penting keselamatan. Tayar adalah elemen penting bagi sesebuah kenderaan. Dan hanya tayarlah yang menjadi penghubung sesebuah kenderaan dengan jalanraya. Kalau tayar teruk, sendirik mau ingat lah...

Jadik, kepada semua pembaca, kalau nak beli tayar baik baik, sila hubungi penulis. Penulis tengah business tayar nie.

OK tu jek. Bye.

Wednesday, February 29, 2012

Nasi Kandar Beratur

Salam semua,

Lama betul tak update blog. Sorry kepada semua pembaca. Penulis agak bz....

Emm harini, 29 Februari 2012. Agak jarang kita dapat jumpa tarikh nie. Tapi, bukan cerita 29 Februari yang penulis nak kisahkan, nie cite lain. Kalau nak baca pasal 29 Februari, boleh pegi blog adik penulis di sini.

Haritu, penulis ada meeting di Penang. Rasanya, semua orang tahu, kalau kat penang nie, mesti pekena nasi kandar (cakap sambil kepala goyang sikit...). Hahha... Tapi, tahukah pembaca yang budiman sekelian, nasi kandar apa yang paling top kat penang?? Line Clear? Pelita? Kayu? Emm semua tu biasa biasa jek. Kalau orang penang betul, diorang akan ke .....

Ye betul..... Nasi Kandar Beratur. Hahaha.. Lawak kan nama dia?? Bukan perbuatan tau nie, tapi kata nama khas. Tapi memang serius, nama kedai menggambarkan situasi. Nak makan sini memang kena beratur. Tak caya?? Sila lihat gambo seterusnya....

Mesti ada yang tanya, kenapa pegi malam malam? Jawapannya, sebab siang penulis meeting. Hahaha... Maknanya disini, penulis tak ponteng kerja. Heheh...

Sebenonya, kedai nie hanya dibuka bermula pukul 10 malam. Ye, diulangi, 10 malam. Amacam??? Terbaik tak???

Nie laa nasik penulis. Nampak biasa jek kan?? Tapi rasa dia, memang terbaik. Sila pergi untuk rasa sendiri. Kari dia...... Pergh... Terbaek.....

Menurut rakan penulis, menu special sini ialah telur sotong. Bukan sotong digoreng dengan telur tau. Tapi memang telur sotong, iaitu sotong punya telur.

Gambo nie saje je diambil untuk menunjukkan resit kedai nie yang menggambarkan nama kedai. Hahah.. Memang terbaik nama kedai nie...

OH ye, pada yang nak pegi, kedai dia nie takdelaa beso sangat. Kedai ini terletak di Kapitan Keling, sebelah masjid. Sila lah pergi untuk merasai kenikmatan nasi kandar yang lain daripada biasa.....

OK tu jek, sekian dulu. Berjumpa lagi dalam episode "Meeting Meeting Cari Makan" yang akan datang. Heheheh..

Monday, February 13, 2012

Kalau Ramsey Score..

Salam semua,

Sebagai peminat arsenal, penulis memang mengikuti perkembangan pasukan bolasepak ini. Tetapi, semalam, penulis terima satu email dari rakan penulis. Macam agak kebetulan. Tapi, satu fakta yang boleh kita lihat dan ambik tahu. Heheh...


Kalau tak bape nampak, meh penulis ringkaskan...

Aaron Ramsey scores Vs Man Utd (01/05/11) - Bin Laden dies (02/05/11)
Aaron Ramsey scores Vs Tottenham (02/10/11) - Steve Jobs dies (05/10/11)
Aaron Ramsey scores Vs Marseille (19/10/11) - Gadaffi dies (20/10/11)
Aaron Ramsey scores Vs Sunderland (11/02/12) - Whitney Houston dies (12/02/12)

Kalau dilihat, bila ramsey score jek untuk arsenal, akan ada selebriti terkenal dunia yang meninggal. Mungkin kebetulan. Tapi, manusia pertama yang discover benda nie memang terbaek ah.... Hahahah...

Lanjutan daripada post aaron ramsey patah kaki, pada hari kejadian tu jugak, diberitakan gempa bumi bermagnitude 8.8 telah melanda Chile. Hmm... best kan fun facts nie...

OK, tu jek. Bubye.