Monday, November 9, 2009

Anak Kak Faiz !!

Salam semua,

Pada hari sabtu lepas (7/11/09), penulis sekeluarga telah ke rumah Puan Norfaizah bte Ismail, isteri kepada Encik Riziswandi bin Daldiri. Mereka telah dikurniakan cahayamata yang kedua. Baby lelaki ini lahir pada 4 November 2009, pukul 7:15 pagi seberat 3.2 kg di hospital batu pahat. Semasa kedatangan penulis, baby ini masih belum diberi nama lagi. Nampaknya, dah sepasang laa anak kak faiz..

Sebelum penulis sampai dirumah kak faiz, penulis sekeluarga telah menghadiri satu jemputan kahwin di area rumah kak faiz juga. Disitu, terserempak pula dengan cik mek. Dan yg lebih best, cik mek kenal dengan mak mertua penulis... Hehhe.. Gamat laa kejap..

OK, berbalik kepada cerita anak kak faiz. Masa kitorang datang, dia tido jek.. Biasa laa, budak kecik.. Apapun, nampak baby sihat. Mak baby pun sihat.. Siap dah jalan jalan lagi.. (maksudnya, jalan dalam rumah jek... From belakang ke depan..)

Anak penulis, (wafiy), bukan main ramah lagi. Siap berkawan dengan anak kak faiz, jiha (sorry kalau salah eja). Mereka mcm serasi jek. Siap gurau gurau sampai belakang rumah.. Wafiy sampai tumpang bilik air laa kat umah kak faiz tu...

Sedikit info untuk pembaca.. Secara kebetulan, isteri penulis merupakan kawan (adik angkat kot) kepada kak faiz masa zaman sekolah dulu. Malah, dulu dulu, isteri penulis pernah sampai kerumah kak faiz nie, dan kenal dengan kedua org tua kak faiz... (al-fatihah untuk kedua org tuanya..)

OK.. Pada yg tak sempat melawat kak faiz, dan nak tgk gambo anaknya, sila teruskan membaca... Enjoy the pictures !!




21 comments:

kimping said...

wah.. tahniah. tahniah!!

cek mek tu kalo bole sume org dia kenal. parents sy pon dia kenal. org peramah & baik mmng cam tu kan...

Fello de Caminero said...

hahaha... lawak lawak.. Statement kimping nie memang lawak..

m@ziEsak@ H@mzAh said...

ko ni.. kot iyer pun takkan gambar k faizah tgh pantang ko nak publish gak... dah mintak permission belum ni? kang tak pepasal kena saman... hehehe... :)

aku lah.. said...

wah... ni eksklusif ni..

Fello de Caminero said...

m@ziEsak@ - permission dah dpt from kak faiz. tapi dia suruh bayar royalti... Hehe..

aku lah.. - exclusive beb !

HR said...

Tahniah dpt orang baru...Jom join HR...LUMAYAN...BARU NAK MELETUP DI PASARAN!

Keyboard menaip said...

Malulah gambar dah terpublish ni... Mintak royalti dari penulislah kalau dia tak nak kena saman. Boleh runding tepi... Hehehhe... Penulis sekeluarga ni memang kelakar, semua orang dia kenal dan kait-mengait. Lebih kurang macam kes cik mek gak. Isteri penulis adik angkat masa zaman sekolah dulu, pastu lost contact. Nasib jumpa penulis, dptlah smbg sedara lg.
Terima kasih kerana datang ziarah kami sekeluarga. Terima kasih juga kpd kwn2 sekerja yg byk membantu.

hadramiah said...

isteri penulis mmg dah pening dgn penulis sebab rasanya penulis ni dah tahap makahai kat uthm...semua dia nk kait...soh kait baju tak reti plak...apapun bnyk lagi kejutan akan disampaikan dari penulis bab kait mengait ni...isteri penulis tumpang sekaki dua kaki. (info: isteri penulis pandai kait tali air)

Fello de Caminero said...

alamak... kak faiz nak saman... Bahaya nie.. Hehehe.. Kena mintak tolong pejabat bendahari nie. haha.

Anik said...

Sesuka aje penulis ni yek. Kan orang bendahari tu ada abg kak faiz..?

Fello de Caminero said...

alamak.... abg riziswandi plak... Emm camne nie... Hehhe..

Ooo ok.. Dah dpt idea.. Suruh wafiy tackle jiha.. baru boleh runding baik...

maziesaka said...

amboi-amboi.... guna taktik lain plak yerk... tak psl2 jiha jd mangsa... :D

Fello de Caminero said...

Tu bukan taktik.. Tu smart strategy.. Hehhe.. Lagipun, arituh wafiy dah mcm serasi jek kat umah kak faiz.. Tak gitu kak??

muLut bau LonGkang said...

amboi²....mentang² ada 2 hero, sumer anak pompuan staf kt opis nk d sapu nyer iyer....watch out uollss.....heheheheh

Fello de Caminero said...

sapu yg ada kepentingan jek. Ahaks..

Keyboard menaip said...

Amboi... amboi... amboi... (kait jari kelingking jangan ikut ey...)

Kena pesan baik2 ngan Jiha, jgn terpengaruh dengan sebarang pujukan. Hehehehhe...

Fello de Caminero said...

Kait jari kelingking?? Hahaha.. Lawak lawak... (sampai skrg tgh ketawa lagi nie.. )

Fello de Caminero said...

Pengumuman...

Anak Kak Faiz telah diberi nama..

Muhammad Afiq..

Sekian..

gEm0x said...

salam..bagus..simple nama..senang nk isi borang OMR masa exam terutama subjek math.hehe...apapun, penulis kene ajar anak2 cekap math utk cover isi borang OMR sbb ank2 penulis punya nama...mak ai...3kilometriko....hua..hua..

Keyboard menaip said...

Hua hua hua... lawak n kelakar gila... geli betul hati baca dialog di atas.

Fello de Caminero said...

Tu maknanya... kena tulis sampai 3 batang pen kilometrico habis dakwat.... Heheh