Tuesday, October 19, 2010

Rabbani @ UTHM

Salam semua,

Bertemu lagi.

Rasanya semua dah maklum, UTHM ada menganjurkan Pesta Konvokesyen ke 10 pada 10.10.10 tempohari. So, pada malamnya, ade laa diadakan konsert. Heheh.. Masa Sabtu malam Ahad, ada Amy Search, Hattan, Lefthanded, Ana Raffali dan Azlan & The Calculator, eh salah, Azlan & The Typewriter. Heheh..

Pada Ahad malam Isnin plak, ada konsert nasyid. Rabbani ada dtg, Nowseeheart, Imam Muda dan penceramah undangan. So, penulis pun mengambil kesempatan ini untuk berjumpa teman lama penulis sewaktu berkenalan di Jordan dahulu. Beliau adalah saudara Azadan Abdul Aziz. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid terkenal, Rabbani. Sepanjang mengenali beliau, beliau memang tidak sombong dari dulu hingga kini. Terima kasih Ustaz Azadan.


Inilah dia Azadan Rabbani tu. Kenal tak?? Heheh.. Muka familiar. Selalu diri sebelah Allahyarham Ustaz Asri sebelum nie. Dan kini, bila Ustaz Asri dah takde, Ustaz Azadan laa yang selalu jadik tukang cakap kumpulan rabbani.

Dah terlanjur lepak belakang pentas tu, apa lagi, jumpa laa dengan semua semua artis yang ada. Heheh.. Nie kumpulan nowseeheart. Beriya riya dia nak ambik gambo dengan penulis, tapi penulis kata, cukuplah ambik gambo dengan anak penulis jek. Heheh..

Salah seorang anggota kumpulan nowseeheart nie (tiada dalam gambo), merupakan pelajar UiTM Shah Alam. Dan dia adalah rakan kepada isteri penulis. Tapi malam tu, x dapat jumpa dia..

Emm, Imam Muda pun ada datang. Peserta rancangan realiti nie, penulis secara jujur mengakui tak kenal sangat. Nasib baik Azadan cakap, "Nie imam muda ada datang"... Heheh.. Penulis kenal peserta imam muda yang dua org kat final tu jek.. Heheh.. Yang dua orang nie, penulis tak kenal sapa nama dia. Sorry...

Dan ini gambo terakhir malam tu. Heheh.. Penulis nak ambik gambo mereka nie sebab mereka adalah juga anggota kumpulan rabbani. Malahan, mereka adalah anggota asal KUMPULAN NADAMURNI yang cukup terkenal sedikit masa dahulu. Muka dua orang nie dan seorang lagi yang kat belakang tu memang cukup familiar.... Terima kasih Nadamurni kerana mengenalkan irama nasyid kepada penulis..

Emm masa malam sebelum konsert nie, penulis ada di Bandar Batu Pahat, makan di BP Walk. Hehehe.. Meja sebelah penulis terdapat muka yang sangat familiar. Mereka adalah Sharifah Aleya dan adiknya, Fara Fauzana dan dua tiga orang lagi yang penulis tak kenal. Rupanya, hot.fm ada datang batu pahat buat HotFM Mini Jam 2010. Ingatkan sharifah aleya datang nak carik sedara mara golongan syed. Heheh.. Tapi penulis tak ambik gambo pun dengan mereka. Buat mcm x kenal jek. Heheh.. (bajet konon tak jakun jumpa artis..) Hahha..

13 comments:

ww said...

mcm artis tu plak yg excited nk gambo dgn wafiy......wafiy 0 emotions!!

Fello de Caminero said...

tu la pasal. Nampak mcm artis-artis tu plak yang bersungguh sungguh nak bergambo dengan wafiy. Wafiy nya muka ketat jek...

waty77 said...

hehee..wafiy tak minat artis tu kot..cuba bg bergambar ngan ct nurhaliza..mungkin dia akan senyum..hehhe...ko tak gemuk mana pun..

Fello de Caminero said...

waty - welcome to arenawafiy. Heheh.. Aku tak gemuk?? Hahaha.. Ko belum tgk kat luo.. Kat dalam gambo mmg tak nampak sgt. hahah..

Muhammad Safie said...

hi bro..lama xlepak sini..

Fello de Caminero said...

Safie.... Lama tak dengar berita. Mana menghilang??

shahie_best said...

muahahahaha..
wafiy bajet artis

Fello de Caminero said...

shahie_best - lama tak jengok sini..

mana keyboard menaip nie?? Dia pun dah lama tak singgah sini..

shahie_best said...

bz la..hehe

Fello de Caminero said...

Ye laa.. dia bz tuh. Sibuk audit..

Anonymous said...

heheheh... sowi ar... bz sket.... lama tak jengok... ibu ayah... ajar sket wafiy bergambo.. muka jgn ketat sgt...

Anonymous said...

or sbnrnya dia nk Hot fm mini jam? ayahnya bwk gi nengok nasyid lak...

Fello de Caminero said...

Islam adalah cara hidup. Heheh..