Wednesday, October 13, 2010

Town n Gown

Salam semua,

2 Oktober lepas, UTHM ada buat perarakan kat bandar Batu Pahat. Perarakan nie bertujuan untuk memberitahu warga batu pahat bahawa UTHM akan mengadakan Pesta Konvokesyen kali ke 10 pada 10.10.10.

Perarakan ini dikenali dengan "Town n Gown". Perarakan seumpama ini telah dipraktikkan di universiti luar negara yang lain tetapi UTHM menjadi IPTA pertama yang melakukan di Malaysia.

Diharap perarakan ini boleh menjadi satu daya tarikan kepada Batu Pahat dan akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar aktiviti daerah. Perarakan ini mengambil contoh perarakan besar seperti di Pasadena, California yang berjaya menarik ramai pelancong.

Perarakan ini telah disertai oleh 1,835 peserta daripada 35 kontinjen. Perarakan sejauh 2.58 kilometer ini melalui beberapa jalan utama di pusat bandar iaitu Jalan Ampuan, Jalan Mohd. Saleh, Jalan Rahmat dan berakhir di Stadium Batu Pahat.

Turut memeriahkan perarakan adalah persembahan daripada Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertunjukan bunga api, genderang Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan konvoi 40 motosikal berkuasa tinggi.

Kemuncak perarakan adalah upacara pembacaan pengisytiharan dan penyerahan skrol konvokesyen kepada Pegawai Daerah Batu Pahat.

Dah namanya perarakan besar, mesti laa ada liputan. Hehehe.. Berikut adalah keratan akhbarnya... Heheh...

Apa??? Penulis?? Heheh.. Carik lah sendiri kat dalam tuh..

11 comments:

Totin Jamain said...

mana mana? tak nampak pon
mana mana dalam sotkabo tu..

ehehehe
yang ni saya tak datang pun...
saya rasa awak tak tanye tapi tak apa nak bagitahu jugak.

Fello de Caminero said...

penulis berdiri sebelah pendaftar UTHM. Belakang sepanduk. Hehe !!

ww said...

eyyeh....

aku syafique said...

sebelah penulis tu sape??berbaju korporat???hehehe

Fello de Caminero said...

penulis siri sebelah pendaftar.

Pastu, aku syafique tanya sebelah penulis sapa..

Jawapannya.. = PEnulis diri sebelah PEndaftar, so sebelah PEnulis mungkin PEnyibuk kot. Hahah..

Aku Syafique - Lagi mau tanya ke sapa sebelah penulis... Heheh.. Din bakau tak dapat masuk sama beb...

Shafiq Mustapa said...

salah senyum pada kamera.

Unknown said...

xmeriah sgt kan sbb org juru xray xjoin sama

Fello de Caminero said...

org juru xray x join ke??

Laa tak perasan langsung. Nampak sgt takde kesan apa.. Heheh

Unknown said...

dala jawatan juru xray tu rare.satu je kat dlm uthm tao.cam nc.hehe

Fello de Caminero said...

kak keyboard...

oo kak keyboard...

Mana nie??

Anonymous said...

ada niiii. hehheheheh... patut kena pakai gown ar thn depan. baru sesuai ngan tajuk...