Thursday, November 5, 2009

Hadrami Botak !!

Salam semua,

Pada Ahad lepas (1 November), aku telah membawa ahmad hadrami ke kedai gunting Taj Mahal untuk membotakkan rambutnya... Heheh..

Kedai gunting Taj Mahal nie dah lama dah. Dulu atok (arwah syed alwee) selalu pergi sini untuk gunting rambut. Atok suka sebab si Vasu (nama tukang gunting) nie, gunting sangat laju. Dalam 5 minit dah siap.

So that's why aku bawak anak aku kesini jugak. Supaya cepat selesai proses menggunting tu.. Dan takde la dia melalak lama lama.. Heheh..

Hmm, pada sesapa yg nak pegi kedai nie, it is located at Batu Pahat Garden.. Sampai situ mesti jumpa punya.. (sebelah kedai aquarium)..

Dulu wafiy pun gunting kat sini jugak. Ustaz salim (pakcik wahidah) kata, budak yg baru lahir, elok kalau kita botakkan dia 7 kali sebelum berumur 2 tahun. Dulu wafiy sempat dapat.. Nie hadrami pun insyaAllah sempat..

Masa hadrami gunting, starting bagus.. Senyap jek.. Dah separuh jalan, baru start engine untuk nangis.. Heheh.. Tapi takde laa terok mcm wafiy dulu.. Belum apa apa dah nangis.. Hehhe.. Ok.. Enjoy the pictures....


Sebelum gunting, rambut masih ada

Sejurus sebelum gunting

Selepas gunting....
Nie kat dalam kereta, on the way back from Taj Mahal

Si Botak Hadrami kat rumah ayer hitam

Botak Licin...

Hadrami muka binjai... Hehe


9 comments:

shahira said...

hahahaha..
hadrami comeyL ! !
lalalala..
tp mana pix semasa potong rambut?
haaaaaaaa

Fello de Caminero said...
This comment has been removed by the author.
Fello de Caminero said...

Hahah... Gambo masa tgh potong tu, ada dalam hp kak wahida.. Nanti try upload.. OK..

hadramiah said...

rambut hadrami belum ditimbang, tunggu gaji...heheh..syian kami....sape nk bantu sila-sila lah..terutama mak-mak sedara nyer...eceh...

Rakan2 said...

Herege emas makin meningkat naik...

Nasib rambut hadrami halus n tipis je...

Fello de Caminero said...

rakan2 belah mana plak nie??

hadramiah said...

gusi hadrami dah bengkak..tak lama lagi kuo la gigi dia tu...

Fello de Caminero said...

Ye betol... Hadrami dah nak berGIGI....

hadramiah said...

GIGI HADRAMI dah tumbuh...1 jek belah atas (hadapan)..besar jek..haha...perhaps 'ayah' could snap and publish the photo as our great future investment of memory...