Salam semua,
Entri kali ini, penulis ingin berkongsi kisah lama yang telah membawa perubahan besar dalam kehidupan penulis. (tak perlu lah penulis nyatakan, apa yang berubah. Cukup sekadar menyatakan bahawa kejadian ini benar benar mengubah hala tuju penulis...)
Apa?? Tak paham?? Heheh.. Mestila tak paham. Penulis belum start story in the morning glory lagi.... OK lah.. Kejadian yang dimaksudkan adalah kemalangan ngeri di KM 137.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur. Waktu itu, penulis dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya. (ketika itu, penulis bekerja di Telekom Kelana Jaya).
Kronologi kemalangan, rasanya ramai yg dah tahu. Biarlah penulis kongsikan pula gambar - gambar eksklusif yang belum disiarkan dimana mana dada akhbar sebelum ini. Gambar ini eksklusif di arenawafiy.blogspot.
Enjoy....
Nie gambo penulis di dalam Wad di hospital Muar. Penulis telah patah tulang belakang "Lumbar 1". Kesannya sekarang, penulis tak boleh diri terlalu lama atau duduk terlalu lama..
Nie gambo 1st time penulis berjalan selepas kuo spital. Sebelum tu hanya baring, dan duduk kerusi roda. Masa 1st time jalan nie, rasa mcm tulang pinggang tu berlaga laga..
Nie la kereta yang accidenttoronto tu.. Bumbung kereta telah "rata" kerana terseret selepas terbalik... (Jangan terpedaya dengan tongkat dilla sebab dia mmg dah accident sebelum tu. Masa accident dengan penulis, dia yang paling takde apa apa. Tak kena tahan wad pun. Penulis yang teruk, patah tulang belakang, manakala wahidah paling teruk kerana tengkorak retak, ligamen peha koyak, bahu terlepas dan tulang "ring" area bawah pinggang patah 6....
Nie la tempat kejadian . KM 137.1. Sekarang nie bila lalu situ, still teringat lagi....
Nie la org yang membantu penulis pada malam tu. Dia yang bawak penulis ke hospital dan call mak abah. Nama orang nie, En Jamal. Menurut beliau, kemalangan area situ memang SANGAT kerap, terutama dari KM 120 hingga KM 160..
Apapun, bersyukur sangat semua selamat. Kerana jika dilihat keadaan kereta tu, rasanya dah tak jumpa dah 3 org mangsa kemalangan nie.. Hehe. Terima kasih en jamal yang membantu kami.
Kepada pembaca / pengkomen, berhati hati dijalanraya kerana hidung anda sumbat... Hehe..
*paham tak hidung sumbat tu?? Malang tak berbau lah...