Friday, August 27, 2010

Mascot Michelin

Salam semua,

Bertemu lagi. Nampaknya, pengkomen pengkomen di blog ini sudah semakin kurang. Mungkin sebab penulis tidaks elalu update blog. Jadik pembaca sudah mula boring utk menunggu post terbaru. Maaf penulis ucapkan...

Apapun, ini ada post baru yang mungkin boleh membuat pembaca tersenyum.

Heheh.. Kenal dengan tayar Michelin?? Mesti tau dia punya logo atau mascot kan?? Nak tau tak, dari mana diorang dapat ilham mascot tu?? Hmm nie penulis reveal cerita sebenar..


Nie la budaknya. Tak tau laa berapa banyak dia dpt royalti untuk setiap tayar michelin yang dijual. Heheh...

Tapi kan, sekarang budak nie dah besar. Tapi masih mengekalkan ciri ciri michelin nya. Heheh. Nak tgk gambo dia dah besar?? Hmm.. OK.. Ambik nie...



Terbaek???

Hahah..

OK, tu jek. Bubye.

Thursday, August 26, 2010

DAR4 di JalanRAY4

Salam semua,

Hahah.. Gerek tak tajuk?? Sebenonye, bukan apa sangat pun. Gambo nie dapat masa on the way back dari Mesyuarat Post Mortem kat Awana Genting. Masa tu kat highway. Kamarul (PPT penulis) yang ambik gambo nie. Punya laa suka.

Kitorang follow rapat gila supaya dapat ambik dekat dekat. Maklumla, kamera handphone jek. Kena laa dekat dekat supaya jelas sikit tulisan.

Pemandu kenderaan ini adalah seorang melayu. Cayalah... Heheh.. Tapi bukan dara laa. Dia mungkin uda kot, pasangan si dara..


Wiper waja universiti juga kelihatan..

Sunday, August 22, 2010

Nostalgia - aL-ikhsaN

Salam semua,

Bertemu lagi dalam edisi NOSTALGIA. Heheh..

Sempena bulan August nie, penulis teringat zaman-zaman keje aL-ikhsaN. Sebab, penulis berhenti keje aL-ikhsaN pada bulan August, 2008. Tu yang masukkan cerita aL-ikhsaN nie. Dulu, penulis jaga cawangan Kluang, atau singkatannya KLA. Sekarang nie dengar cerita, Kluang dah ada 2 cawangan aL-ikhsaN... OK, jom layan gambo..


Ni la staff KLA yang awal sekali. Dari kiri anis (sepupu mila AF), Yati (assistant supervisor), penulis, Iqbal, Nik (dia kawen dgn org UTHM tau) dan Noh (bukan Noh hujan).


Nie la gambo kedai masa memula nak bukak. Kosong gila. Tgh ubahsuai untuk kaunter dan jugak tempat display kasut. Dengar ceritanya, sebelum bukak kedai kat sini, kedai ni adalah kedai makan...

Nie gambo dah masuk brg brg skit. Ada rack utk display brg, dan ada jugak kotak-kotak barang daripada supplier. (tgk kat cermin tuh..)

Nie bila barang-barang dari supplier dah sampai. Penulis masih ingat, mula mula sekali, supplier NIKE yang sampai. Masa tuh ada dalam 80 kotak. Just imagine, masa tu penulis berdua jek dengan NIK yang dah start keje. Pergh, patah pinggang nak angkat nie semua ke stor kat bahagian atas... Pastu, belum pun sempat nak pikir cara nak mengangkat kotak-kotak tu, supplier Adidas plak sampai. Ade laa dalam 60 kotak lebih. Hahah... Masak laa nak ngangkat...

Hari pertama bukak kedai, nilai barang yang ada kat dalam kedai penulis adalah RM 1.6 juta. Pergh, gigil jugak pegang tanggungjawab masa tu. Alhamdulillah, byk pengalaman dapat. Penulis belajar mcm mana nak bukak kedai. So, tau la prosedur dia. Kena deal dengan Majlis Daerah, pastu dengan Jabatan Bomba semua.. Memacam lagilah. Banyak pengalaman berharga tuh..

Hari pertama bukak kedai, penulis masih ingat, jualan kedai adalah RM 5605.70. Masa tu 27 Disember 2007. Esoknya, sale RM 4811.60. Menurun skit. Tapi hari ke-3, sale meningkat semula kepada RM 10,565.00. Jumlah jualan bulanan paling tinggi ialah pada Januari 2008 iaitu RM 136,288.30. Jualan harian paling tinggi plak ialah pada 6 Februari 2008 iaitu RM 11,881.40. (masa tu nak raya cina, ramai org shopping...)

Nie antara hari hari terakhir penulis kat aL-ikhsaN. Dtg keje pun dah tak pakai uniform. Heheh. Nie gambo penulis dengan assistant penulis, Cik Noorhayati Kusnan. Tapi kitorang panggil dia Noorhaya TIKUS nan. Hehhe...

Emm, rambut penulis dah start pendek. Nak masuk PTD dan nak keje kerajaan laa konon... Heheh..

Nie masa penulis pegi course untuk product launching. Kelihatan saudara Hakim, supervisor cawangan Muar. Yang belakang tu tak ingat plak nama dia.

Nie gambo penulis dengan Operation Exec untuk KLA, En Ariffin. Dia nie memang bagus dan sempoi...

So, sekian. Tu jek.. Bubye.

Friday, August 20, 2010

6 Ramadhan..

Salam semua,

Lama betol tak update. Penulis BZ. (hahah.. puasa pun bz..)

Tengok tajuk - 6 Ramadhan... Tapi hari nie dah lepas dah tarikh tu. Hahah.. Memang laa dah lepas. Saje je letak tajuk tu. Hahah.. Bukan bukan.. Sebenonye, 6 Ramadhan adalah tarikh pertemuan semula adam dan hawa... Eh salah salah. Tu lagu nasyid pertemuan nabi adam dan hawa di padang arafah.

OK nie betul punya. 6 Ramadhan merupakan anniversary penulis dengan isteri. Masa nie lah berjumpa balik dengan isteri penulis. Masa tu ada majlis berbuka puasa dengan kengkawan sekolah. Tu yang terjejak kasih dengan isteri. Masih ingat lagi waktu itu di shah alam.

Hahah.. Tak payah laa citer lelebih. Tapi 6 Ramadhan memang mencatat sejarah. Hari pertemuan semula dan jugak hari dimana isteri penulis tidak mahu penulis hantar dia balik rumah (masa bercinta dulu laa).. Hahah... Rahsia.. Rahsia..

Isteri penulis duduk kat seksyen 3 shah alam. Arituh weekend, penulis dan isteri ada pergi ke shah alam melihat keindahan shah alam. Lalu laa depan rumah dia. Sedih jek tengok rumah tu dah tak berpenghuni. Dulu meriah rumah nie. Yazilah Yazir (Shila), Kolej Kediaman UTHM pun dok kat umah nie tau.


Nie lah umah nye. Dah bersemak samun dah. Ada papan tanda untuk dijual pun..

Pegi shah alam, mesti singgah sini.. Heheh... Seksyen 7. Jalan 7 / 7. Isteri penulis memang suka nombor 7.

OK tu jek. Apapun, nak wish happy anniversary pada isteri.

Bye.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan..

Salam semua,

Besok, 11/8/2010, InsyaAllah, semua warga Islam di Malaysia bakal menyambut 1 Ramadhan al Mubarak... Jadi, di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog penulis. Semoga ramadhan kali ini, lebih baih daripada ramadhan yang dolu dolu... (eh, macam lagu laa plak...)


Jangan mcm sesetengah pasar raya tu, baru masuk 1 Ramadhan dah main lagu raya.. Hehehe.. Jom kita meriahkan malam-malam ramadhan dengan terawih dan zikrullah...


Sesambil tu, Quran jangan dilupa. Banyakkan mengaji. InsyaAllah, kita dilimpahi rahmatNya.
Amin....