Tuesday, January 25, 2011

Menyakat..

Salam semua..

Bertemu kembali...

Korang semua mesti pernah menyakat kan?? Best kan menyakat orang?? Heheh.. Penulis sangat percaya, korang semua mesti pernah menyakat. Lagi lagi kalau bebudak bujang yang berkumpul ramai ramai. Contoh mcm bebudak kat IPT. Mesti ada sorang kepala, yang kaki sakat kawan kawan... Tetapi, awas... Kekadang, kite yang menyakat nie yang terkena balik.

Ada satu kisah, sebuah keluarga. Menyakat seseorang yang kuat melatah dengan berpura pura menjadi hantu dengan menyelubung diri guna selimut. Sebab terperanjat punya pasal, org yg disakat tu main ambik jek brg yang tercapai dan terus pukul "hantu" tu. Malangnya, barang yang dia capai tu adalah TUKUL. Hahaha...

Dalam era cyber nie, ada plak cara menyakat yang lain. Cthnya mcm kat bawah nie.. Heheh.. Jom layan videonya....



Heheh.. Amacam?? Dahsyat tu. Siap terkencing lagi tuh. Heheheh.. Yang malangnya, tak pasal pasal kena beli monitor baru. Hehehe...

OK cukup setakat nie. Pengajaran disini, kalau nak menyakat tu, agak agak la.. Heheheh




Tuesday, January 18, 2011

Sape Tuko??

Salam semua,

Bertemu kembali.

OK jom layan beg kat bawah nie. Hehehe... Mcm mana nie ek? Mana satu nie? Superman ke Batman? Hehehe.. Keliru nie. Confuse nie...


Apakah kilang salah cop?? Atau Batman salah pakai kostume?? Dia terpakai kostume superman. Hehehe.. Atau pun, memang sengaja buat mcm gini. Supaya bebudak yang beli akan suke sebab dapat beg yang ada 2 supehero sekaligus. Heheh..

Apapun, kredit pada ohbest.blogspot.com yang dapat gambo nie.

p/s : Kesian kat bebudak, mesti kecelaruan identiti. Tak tau mana superman atau batman nanti. Kesian jugak kat mak bapak bebudak yang jenuh nak explain kat anak anak, mana satu superman atau batman... Heheh..

Wednesday, January 12, 2011

Masalah Bahasa

Salam semua..

Bertemu kembali..

Haritu tengahari, penulis ada minum minum dengan shafiq. Pastu encik Papo datang dengan muka demam nye. Heheh.. Di tangan beliau, ada 1 plastik berisi ubat ubatan. Nampaknya beliau tak sihat. Heheh...

Tapi bukan perkara itu yang penulis nak cerita. Penulis nak cakap pasal platik ubat tu. Tak perlulah penulis bagitau klinik mana. Tapi, agak memalukan bila bahasa yang digunakan agak tunggang langgang dan kesalahan ejaan yang ketara hingga mungkin boleh membawa maksud yang lain.

Nampak sangat org klinik tu tak peka, atau memang dah budaya kita yang tak rasa apa apa bila bahasa kita mcm rojak dan tak betul...

Terpulang untuk pembaca menilaikan. Sila lah layan gambo ini...



Semua yang mcm salah ejaan telah penulis gariskan... Mungkin ada lagi kesalahan nahu dan tatabahasa yang penulis pun tak pasti betul atau salah. Maklumlah, penulis pun bukan pandai sgt.. Hehhe...

Contoh disini... tempuh tu sangat jauh maknanya dengan tempoh. Tempuh tu mcm pegi menempuh peperangan, manakala tempoh tu berkaitan dengan selang masa...

Note : bila ada huruf "e" dan selepas tu diikuti dengan "u", e tu dibunyikan seperti e pepet. (mcm bunyi pronounce "Emak"). (Cth: telur, tempuh...) Tapi kalau huruf "e" dan selepas tu diikuti dengan "o", e tu dibunyikan seperti e teleng. (mcm bunyi pronounce "Elak"). (Cth: telor, tempoh..). Telor tau tak apa?? Kira mcm loghat laa...

Apapun, semoga (ada jugak yg type semuga) kita semua lebih prihatin dan menyayangi bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Salam..

Tuesday, December 28, 2010

Proton Emas

Salam semua,

Semalam ada pameran proton kat Dataran Penggaram, Batu Pahat. Sebagai seorang jurugambar amatur, penulis pun pergilah visit pameran tu. Konon nak tgk kereta kereta yang hebat. Maklumla, proton kan bebaru nie ada buat special edition untuk 5 bersaudara tu.. (Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi).

Penulis sampai masa tu petang, hujan sekejap berenti, sekejap turun. Tetapi, atas tuntutan untuk berkongsi info dengan pembaca arenawafiy, penulis redah juga.

Boleh tahan juga sambutan pengunjung. Ada pameran modifikasi kereta, pameran kereta konsep, satria neo R3 dan bermacam-macam lagi. Ada juga kepada sesapa yang berani, untuk test drive kereta songsang. Kereta ini sterengnye sebelah kiri, (mcm kat europe tuh), pastu signal dan wiper pun terbalik. Dan yang lagi best, kalau kita pulas stereng ke sebelah kiri, tayar akan pusing kekanan. Dan begitu jugak sebaliknya... Amacam?? Ada beran ke nak try pandu..

Dalam byk byk kereta kat situ, penulis amat tertarik kepada sebuah kereta konsep yang kaler biru nie. Kereta ini diberi nama Proton EMAS.

Jom layan gambo....

Nie pandangan dari hadapan. Lampu dia gerek ek?? Emm sibuk laa tali merah penghadang pengunjung nie.. (Tali merah nie biasanya ada kat bank bank, untuk pengunjung beratur...)

OK..OK.. Nie dah takde tali merah tu... Penulis dengan selamba badaknya telah mengalihkan tali penghadang tu untuk mengambil gambo. Hahah.. Bila penulis buat cenggitu, ramai plak yang menumpang nak ambik gambo...

Nie pandangan sisi. Nampak tak kat pintu tu. Memacam butang ada. Rasa sangat futuristik. Hehe..

Nie plak pandangan belakang. Gerek kan?? Amacam?? Mau sambar satu??

Wednesday, December 22, 2010

Teknologi Beb

Salam semua...

Nie ada nak kongsi video tentang teknologi akan datang. (Eh tapi, mcm mana boleh buat nie video ni sekarang ek?? Mesti teknologi nie dah ada skrg nie... Heheh)...

OK, apa apa pun, layan video nie. Memang gini laa agaknya kehidupan masyarakat dunia dalam beberapa tahun akan datang...




Amacam?? Baek??



Monday, December 20, 2010

Jangan Salahkan Nombor Plate

Salam semua,

Bertemu kembali.

Semalam surfing surfing kat blog dan forum. Tetiba jumpa gambo kat bawah nie..

Hahaha... Memang terbaek no plate kereta nie. Cal 9111. Mcm mintak call 911. Bila dah terbalik gini, memang laa kena call. Heheh.. Apapun, nie semua kebetulan. Kita sebagai umat Islam dilarang percaya kepada perkara karut marut.

Sekian untuk hari nie.

Friday, December 17, 2010

Sape boleh lawan Kedai Dua Ringgit ??

Salam semua...

Korang pernah dengar Kedai 2 Ringgit?? Mesti pernah kan?? Kat kedai tu, semua brg dijual RM2. Heheh.. Murah kan??? Tapi pernah tak pembaca semua terpikir, kat mana brg boleh dapat lebih murah daripada tu???

Pikir.. pikir.. pikir...

Emm ye betol.... Kuih 3 singgit. hehehhe.. Tu kira murah arr tu... Kuih 3 singgit. Jgn mcm kat brunei, dimana kuih dijual satu 30sen, tapi 3 - singgit. Heheh.. (abah mesti marah masa baca nie...)

Tapi.. tapi.. tapi...

Ada lagi yang lebih murah daripada tu.....

Betul nie...

Tak caya??

Heheh..

Tengok laa kedai bawah nie.. Memang confirm tak boleh lawan harga dia... Heheh..

Amacam?? Jom shopping kat sini...
(Gambar diambil sendiri oleh penulis sewaktu dating dengan kekasih hati...)