Thursday, June 3, 2010

Malu Beb, Malu

Salam semua,

Bertemu lagi. Semalam petang, penulis telah pergi minum dengan officer insurance penulis di pekan parit raja. Setelah selesai minum tu, penulis bergegas ke kereta untuk pulang. Kemudian, ternampak satu notis di pintu rumah kedai berhadapan kereta penulis... Notis nye adalah seperti berikut...



Nampak tak apa apa yg pelik disitu?? Tak nampak?? Atau buat buat tak nampak?? OK, takpelah. Biar penulis bgtau jek.

Sebenornya, baru laa hari ini penulis tahu bahawa JULAI dlm bahasa malaysia adalah JULY. Dan lagi satu, JULY in English adalah JUNE. Hahaha... Apalaa masalah org yg buat notis ni. Yang buat notis dah mmg satu hal laa... yang menampal notis nie pun, tak check dulu ke?? Mana satu nak ikut nie?? June atau Julai (eh salah, JULY)??

Yang lebih memalukan lagi adalah, kita sebagai Institusi Pengajian Tinggi, mcm mana boleh jadik mcm nie.. Malulah kepada rakyat Malaysia...

Jgn sampai post nie masuk dalam UTHM DeHATI atau SACAD dah le... Hehhe.. Apapun, kepada sesiapa yang terasa hati dengan post ini, penulis minta maaf. Bukan niat untuk mengaibkan, tetapi sekadar memberi peringatan dan sama sama menegur kesilapan. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah, manakala yang tidak elok itu adalah kelemahan peribadi manusia itu sendiri.

OK tu jek. Bubye..

10 comments:

shahie_best said...

ni memertabatkan bahasa melayu, memperkasakan bahasa inggeris ke?
hehehehehehe..apa da

Fello de Caminero said...

nie merosakkan bahasa melayu, menjahanamkan bahasa inggeris..

Anik said...

maklumkan lah kepada pejabat yang berkaitan. Memalukan tol....

Fello de Caminero said...

ye betol.. sgt memalukan...

ww said...

ishhhhh.......

Fello de Caminero said...

ww - apa yg ishhhhh nye??

liza said...

dah report lum kat opis tuuttt... jgn lelame xamik tindakan..malu bro..

Fello de Caminero said...

dah cakap kat shahrul rizal... Heeheh

anmlubis said...

kalau x silap pandang thank you tertinggal huruf k. but the English version could be improved.

Fello de Caminero said...

ha'ah... Thank you tertinggal huruk "K".