Tuesday, March 2, 2010

DPA 2010

Salam semua...

Semalam, 1 Mac 2010 adalah hari penulis menghantar isteri penulis untuk mengikut kursus DPA di Intan Kiara. Kursus nie boleh tahan jugak lamanya. Isteri penulis akan pulang pada 30/09/2010. Emm 7 bulan jugak tuh. Tapi, takde lah sampai 7 bulan x boleh jumpa. Hahah. Payah tu...

Actually, boleh laa jumpa during weekend. Cuma tak semua weekend boleh jumpa..

OK terus nak cite pasal semalam. Intan Kiara nie kat area Sri Hartamas. (fasha sandha selalu lepak sini dengan jejai..) Boleh tahan besar jugak Intan Kiara nie. Dan tempatnya memang best, peace, lawa, etc...

Gambo kat bawah nie adalah roundabout pertama yang kita akan jumpa selepas masuk dari guard. Kat area sini lah semua mak bapak, suami, isteri, anak anak, datuk, nenek, pakcik, makcik, ketua kg, boss tempat keje dan sebagainya menghantar PTD utk mengikuti kursus DPA.

Perhatikan kereta yang melimpah ruah. Penulis berjaya parking di belakan dewan. Alhamdulillah, penulis sampai awal. So, senang dapat parking yang dekat dengan tempat pendaftaran.

"Sang isteri" selepas pendaftaran. Sempat berposing dibawah kain rentang DPA. Tu beg tu, adalah beg yg selalu penulis guna kalau kena pegi meeting atau kursus. (Nampak tak riben purple tu...) Heheh.. Pada yg dah pernah pergi meeting dengan penulis, mesti perasan punya.

Sedang menunggu bus untuk membawa mereka ke asrama. Penulis tidak dapat ikut sama. Beg isteri penulis punya laa byk. Tu nampak sikit jek tu. Sebab beg sandang belakang (utk masuk hutan) ada di bahu penulis manakala beg pakaian di kaki penulis. Yg kat tgn wahidah tu, bag laptop jek. Heheh.. Mcm nak pindah ek??

Haha.. Tak sah kalau tak jumpa dia nie. Mantan PP UPKP, En Abdullah Mukhti. Mcm dah kurus sikit laa.. Byk jogging ke en dolah sblm ke DPA?? Hahah...

Soalan utk semua... Kenapa gambar ini diambil?? Atau apa istimewanya gambar ini? Heheh..

Hmm tu la cerita semalam.. Penulis balik aitam ptg nya.. Lepas dari anto wahidah, penulis minum minum dengan sorang kawan MANSTER!! Pastu tido kat umah abah. Lepas Asar baru gerak balik....

Hmm dah dpt jawab lom soalan tadi?? OK la... Gambo tu istimewa sebab ada "TOPI UTHM" dibelakang beg Dolah. Heheh... UTHM Dihati Dolah....

10 comments:

kimping said...

masakan dia bole luper sume sejarah dan kenangan di uthm

Keyboard menaip said...

BETUL3X...

dollah memang best!...

Keyboard menaip said...

Dollah bwk 1 beg tu je ke? Sempoinyeee...

Fello de Caminero said...

akak nie.. Agak agak laa 1 beg jek. Tu beg nak pegi hutan jek tu. Beg pakaian, beg kursus tak masuk lagi. Semua tinggal kat bilik sebab dah nak masuk hutan. Bawak yg perlu jek..

Keyboard menaip said...

Oooohhh... mana tau...

Fello de Caminero said...

heheh.. takpe.. Nie yg saya kasi tahu..

wahida said...

alhamdulillah...segala cabaran setakat ini dpt ditempuh dgn izin allah....menunggu cabaran yg seterusnya...(bole tanya penulis apa pengalaman saya..kalau berminat...hheh)kebetulan satu sidang dgn dollah...segalanya dgn si dollah....hahaha

Fello de Caminero said...

dolah dolah dolah dolah....

abdullahM said...

Thanks kpd penulis ats kesudian mempamerkan gambar saya yg hensem..he2,UTHM mmg sentiasa dihati,fist job + learning + experience,sweet memory,rindu UTHm n kwn2 semua,slmt maju jaya (",)

abdullahM said...

Bawa 1 beg pun dh berat,azab betui kn berjalan kaki lbh 4km sambil galas "tong gas" tu nk sampai tmpt camping,nsb baik ada abg lori di tgh jln..he2