Thursday, December 31, 2009

Lanjutan Cerita Hari Lahir

Hari ini 31/12/2009, merupakan hari lahir penulis.
Penulis lahir pada 31/12/1978, bersamaan 1 Safar 1399, pada pukul 12:35 tghari di hospital Batu Pahat. Berat penulis ketika lahir adalah 6lbs 9oz dan sepanjang 21 inches. Heheh.. Tag kat tangan mak ada tertulis R/NO 13466. Tak tau laa apa benda nie.. No katil kot. Heheh..

Nama penulis telah diberi pada 2/1/1979. Esoknya, surat beranak siap. Tali pusat penulis tanggal pada 6/1/1979.

Alhamdulillah, penulis kini dah menjangkau usia 31 tahun. Harap, sentiasa sihat.

Berikut adalah senarai nama yg wish birthday kepada penulis mengikut turutan. Terima kasih ye..

My Dear Wahida
Danial
Muzakkir
Syamim (from mesir)
Hadi (maria)
Dila
Ende Ijah
Mak
Firda
Ende Yah
Khairul
Shafiq
Abah
Shahirah
Suriani
Hazwani
Ami pin
Ajim
Diyana
Ijal Keling

Tu jek kot setakat nie. Hehhe..

Emm sapa lagi yang lahir ari nie?? Dilla ada post sebelum nie memberitahu tentang famous celebrity yang lahir 31st December. Antaranya Val Kilmer dan Sir Alex Ferguson (anti MU)..

OK.. Apapun, TQ pada semua yg wish. Selamat Tahun Baru. Selamat Berazam Baru.

Jumpa lagi 2010 !!

p/s : En Muzaffar UTHM telah meng'wish' penulis menerusi email pada pagi tadi. Mungkin dalam listing ke 14 atau 15. TQ bro..

Wednesday, December 30, 2009

Happy Birthday To Hadrami

Salam semua,

Maaf lama tak update. Bz yg amat. Penulis bz dengan proses kemasukan pelajar semester II sesi 2009/2010.

Dah pandai minum pakai straw


Gigi dah tumbuh 2



30 Disember 2009!! Hadrami 1 tahun. Ya... Genap setahun yang lalu, pada hari Selasa, pukul 8:40 pagi di hospital batu pahat, lahirlah seorang bayi seberat 3.4 kg yang diberi nama Syed Ahmad Hadrami Altamis.

Hari ini, bayi tersebut sudah menjangkau usia 1 tahun. Baru pagi tadi dia dapat injection MUMPS, measals dan rubella. (sorry, kalau salah eja). Alhamdulillah tak nangis. Muka toya jek dia masa kena inject tu. Hahah... Dan dia tak nangis sehingga sekarang, sewaktu penulis menyiapkan blog ini. (isteri penulis suruh tulis nie..)

Post kali ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada adik penulis, Sharifah Fadzilah, yang lahir pada 30/12/1981.

Malam tadi, adik penulis, Muzakkir menjadi orang pertama yang wish hadrami.

Berikut adalah senarai yg wish hadrami mengikut turutan.

1) Muzakkir - 12:00am 30/12/2009 - Epi bsday utk hdrami

2) Danial - 12:00am 30/12/2009 - Abg..ckap kat hadrami hepi beday..hehe

3) Ende Ijah - 7:29am 30/12/2009 - HAPPY BIRTHDAY UNTUK HADHRAMI. 1 TAHUN

4) Dilah - 9:14am 30/12/2009 - Happy birthday to hadrami.. Fr bday gal.. Haha

5) Syamim - 12:11pm 30/12/2009 - happy birthday to hadrami.. -from his ami- hehe..

Setakat nie, tu la 5 org yg dah wish...

Hmm sape lagi lahir hari nie ek?? Oh ya, rakan satu pejabat, Lili Mariati binti Samut juga lahir pada hari ini. Selamat hari lahir ye...

Emm dalam kosmo hari ini ada tertulis, selebriti yg lahir pada 30/12 adalah tiger woods, pada 1975....

So ada sesapa lagi yang sama tarikh lahir?? Atau yg nak wish hadrami, sila lah komen...

Thursday, December 24, 2009

Keputusan PMR Keluar Harinie !!

Salam semua,

Seperti yg semua sedia maklum, hari ini 24/12/2009, adalah merupakan tarikh pengumuman keputusan PMR. Bagi penulis, adik penulis merupakan salah seorang calon PMR tahun ini..

Alhamdulillah, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tahniah DANIAL!!... Heheh.. Lepas nie boleh laa cakap arab..

Apapun, tahniah sekali lagi...!!

Wednesday, December 23, 2009

Cuti Cuti M'sia

Salam semua...

Minggu lepas, cuti 3 hari straight. 18 - 20 Disember. So 19/12 tu, bercadang laa nak jenjalan dengan family. Plan asal nak gie dekat dekat jek. So, decide laa nak pegi melaka. Cita cita dihati nak naik malacca river cruise. Tapi.....

YA ALLAH, punya laaa ramai umat kat melaka. Jalan jam tak hingat. Hujan plak lagi... Memang sesak gile... Namun akhirnya, sampai jugak.. Alhamdulillah... Tapi......(tapi lagi..)

Malacca River Cruise tutup. Sebab hujan lebat, so air deras, dan paras air tinggi. Semua boat tidak dibenarkan belayar atas arahan jps. So, dengan hati yang hampa, kami pun mengambil keputusan untuk lepak lepak jek kat melaka. Tido hotel, dan mandi swimming pool jek. Kesian wafiy nak mandi pool.. Tapi...... (dan lagi)

Kat melaka semua hotel dah penuh. Bilik kat holiday inn yang rm 700+ pun dah takde.. Dari secikai cikai hotel sampai yg paling kelas, semua takde... So penulis sekeluarga mengambil tindakan drastik. Tido umah abah kat BUKIT JALIL.... Hahah.. So malam tu, kitorang shoot ke bukit jalil...

Hari ahadnye, penulis berhajat membawa anak anak ke aquaria klcc.. So dapatla menghiburkan hati anak anak.. Kat klcc nie pun boleh tahan ramai org. Tapi penulis redah jugak... Heheh..

Nak tgk gambo?? Skroll bawah..


Dalam mulut ikan..

Belut Elektrik.. jgn dekat, nanti kena karen..

Wafiy kalau ambik gambo, kemain nak bergaya..

Nyum nyum... gigi tak hengat...

Gambo nie macam ada story..

Beso gile ikan. Hampir sama beso dengan orang penyelam tu..


Ni sebenarnya, akuarium pertama dalam aquaria tu.
Nie adalah ikan piranha red belly. Nampak mcm tak ganas pun ek??

Gaya si anak bujang...

Nie dah kuo dah...
Saje je ambik gambo menara berkembar yg paling famous dalam dunia. Hehe.

Penat jugak jalan arituh. Tapi, happy dapat spend masa dengan family. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai kerumah ayer hitam dengan jayanya..

Jumpa lagi....!!

Tuesday, December 22, 2009

Shell Dalam Kenangan

Salam semua...

Sikit jek nak citer arini.. Tadi turun bandar jap.. Pastu lalu depan shell yg didirikan atas tanah atok. (pada warga bp, rasanya tau kot shell nie. Nie shel kat roundabout, just b4 jalan kampong arab).

Apa yang nak diciterkan adalah... SHELL tu DAH NAK DIROBOHKAN... Hmm.. sedih laa.. Dulu selalu ambik kat shell tu. Atok dulu masa ambik minyak kat shell tu, pakai yg mcm kupon tu. (dulu dulu ade laa bende ni.. skrg tak de lagi nampaknya..)..

Then tadi, stop laa kejap, nak ambik gambo shell tu. Dapat snap satu gambo, pastu kena sound dengan org yg robohkan tu.. Dia kata, tak boleh ambik gambo... Bengkek je dengar. Dia siap suruh delete lagi gambo yg dah diambil. Penulis buat tak tau jek...

Nie laa gambo yg sempat ambil. Lepas nie, dah clear laa stesyen minyak tu..



Bye bye shell.. Banyak kenangan kat sini. Kenangan manis ada.. Kenangan pahit pun ada.. Hehe.. Kalau tak caya, tanya puan aini nahariah yusni shiba... Hahaha...

Friday, December 18, 2009

Ada Apa Dengan Nombor

Salam semua..

Ada apa dengan nombor?

Hari ini penulis hendak mengupas tentang no plate kereta. (bukan nombor lain eh..) Heheh. Ada sesetengah org, begitu obses dengan nombor. Penulis sendiri agak obses. Kalau boleh, mahukan nombor plate kereta, sama dengan no hp, sama jugak dengan no telepon rumah, sama dengan no alamat rumah, sama dengan no pekerja , etc...
Di sini, penulis nak tunjukkan sesetengah no plate yg agak unique!! Enjoy..!!


Tau laa kereta waja.. Tak yah laa no plate.. Heheh

Mari oii?? Nie apa panggil org oii jek nie..

Nie kereta rasmi cerita kami the movie.
Takpun kereta sudirman dalam watak TOOKOO. Filem apa takyah sebut laa kan...


Jangan salahkan org belakang kalau kena sodok!!


Inilah akibatnya bila dah kena sodok.. Baru nak meraung.. ADUIIII.. Heheh


Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah !!

Salam semua,

Bertemu lagi. Maaf kerana lama tak update blog. Penulis bz dengan kursus "Business Communication Skill" anjuran British Council. Nie pun curi curi masa jek..

Ok, seperti yg semua sedia maklum, Jumaat ini merupakan tahun baru hijrah. Banyak org sebut maal hijrah. Ini mengingatkan kita kepada peristiwa RasulAllah berhijrah daripada Kota Makkah ke Kota Madinah.

Rasanya semua sedia maklum, dan seperi menjadi kelaziman, kita akan ke surau-surau atau masjid-masjid, untuk membaca doa akhir tahun dan seterusnya doa awal tahun. Dalam Islam, perubahan hari berlaku pada waktu maghrib. Tidak seperti omputih, yang menjadikan detik 12 malam sebagai perubahan hari.

Jadi pada petang khamis nie, sama samalah membaca doa akhir tahun, dan selepas maghrib, bacalah doa awal tahun.

Apa??? Tak tak doa nya?? Ok, Sila teruskan baca...


Nie doa akhir tahun. Dibaca 3 kali sebelum masuk waktu maghrib.



Emm nie plak doa awal tahun.. Jugak dibaca 3 kali.. Tapi selepas maghrib..


Harapnya, kita dapat berazam untuk berhijrah daripada kebaikan kepada yg lebih baik lagi. Bagi penulis sendiri, penulis berazam untuk memperkukuhkan ekonomi dan seterusnya mempereratkan ikatan kekeluargaan... Apa plak azam kawan kawan?? Komenlah..

p/s : Jgn ada yg tak pegi surau just becoz of nak tgk bola kat tv. Ingatlah.. Kalau malaysia menang, still ada ulangan nanti. Dan kalau malaysia kalah, tak yah tgk pun takpe.. Heheh.. Apapun, Malaysia Boleh !!


Thursday, December 10, 2009

Lagi gambo raya haji !!

Salam semua,

Nie ada lagi gambo gambo masa kat rumah ende jah.. Atas permintaan syamim dan janji penulis, enjoy the pictures...


Tuan rumah menghidang kek.
(Dari kiri: shahirah, hadrami, wahida, akir, ende jah, dilla n abah)

Syamim tanya, mana hadrami.
Nie jawapannya.. Heheh.. Dia dengan mak long.

Syamim tanya, ada makan kek ke?
Nie jawapannya.. ADA !!
Kek sewaktu belum hidang, masih dalam gerobok batu. Hahah.. Rujuk "true blue johorean"

Kek sewaktu memula dihidang. Tangan sape laa yg tak menyabo nak makan tu..

Jom jamu mata.. !!

Tuesday, December 8, 2009

Ada Apa dengan Perak..

Salam semua,

Post kali ni khas utk org perak dan jugak yg nak ke perak.. Hehhe.... Pada yg expert pasal perak pun boleh menyampuk jugak...

Jom tgk apa yg best kat perak....

Nie antara tarikan terbaru kat perak..
The Lost World of Tambun.



Mee Rebus Ramli. (org kata top kat perak..)

Pinggan dan piring serta gelas kertas pun ada cop mee rebus ramli tu...

Hehehe... Actually, banyak lagi tempat menarik kat perak. Tapi nie yang aku sempat ambik gambo masa ada keje kat perak arituh.. Aku tau, mesti korang akan kata, mana kellie's castle, taman d.r, taman s.m.noor (ada lagi ke tempat ni??), air terjun tanjung rambutan, chepor, etc...

Apa lagi yag best?? Komen laa...

Raya Haji @ Rumah Ende Ijah

Salam semua..

Hmm raya korban arituh, kami keluarga besar Syed Alwee bin Syed Ahmad J.P, telah berkumpul di rumah baru ende ijah dan pak din. Ada laa buat makan makan bbq skit. Mana yang dapat daging korban tu, kitorang buat sate. Ada yg tambah benda benda lain, mcm sosej, kentang, etc..

Pada yang tak dpt hadir... macam hazwani (keje kat penang) dan syamim (belajo kat mesir), gambo gambo nie khas untuk korang. Hehehe.. Enjoy...


Pak Din (tuan rumah), diyana, ami ipin, wafiy, muzakkir & danial tengah mengipas..

Makcik ros, dilla, wahida, abah,
ende yah(dia nie laa yg selalu buat kuih n pizza tu),
shahirah (pku) dan mak tengah menghabiskan makanan...

Antara makanan yg bakal dilantak.. Kaki sape ek??

'Org kuat' dalam menyediakan makanan.
Yang paling diharapkan adalah yang tengah tu.. Heheh..

Ada lagi gambo gambo lain.. Nanti akan dipost dalam blog akan datang.. Heheh.. (gambo ende ijah pun tak nampak ekk..)

Promosi UTHM


Salam semua...

Maaf, lama tak post. Bz skit laa.. Ok.. nie nak bagitau sebab sebab tak buat new post. Heheh.. Awal bulan december arituh, penulis telah dilantik menjadi petugas pameran untuk promosi UTHM di......


Penulis bersama Encik Rawi bertolak pada 1/12/09 dengan menaiki Nissan Serena JKR 1501. Best jugak naik serena nie rupanya. Maklumlah, tak pernah naik. Heheh.. Besar laa.. Legroom best. Cuma luggage department agak sempit. However, penulis tak ramai. So, barang barang promosi penuh laa kat tempat duduk belakang tu. Nie gambo gambo kat booth...



Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak nie, best tau tempatnya. Atas bukit.. Pepagi, hijau jek rasanya. Gunung ganang berkabus.. Saujana mata memandang. Pastu ada area mcm lembah...diorang buat padang bola.. So, asrama semua atas bukit, boleh nampak padang tu. Kalau ada game, tak payah pegi astaka, tgk dari bilik jek pun boleh. Heheheh.. Gambo bawah nie penulis ambik dari tempat pameran. Nampak padang dan gunung ganang.. Best ek??


Penulis pulang pada 4/12/09. Tak dapat sambut birthday kekasih hati pada 3/12/09.

Kepada kekasih hati merangkap isteri --> Sorry ek.. Tak celebrate sesama.. Tapi, walau tak sambut sama.. I do love you dear !!...