Thursday, December 31, 2009

Lanjutan Cerita Hari Lahir

Hari ini 31/12/2009, merupakan hari lahir penulis.
Penulis lahir pada 31/12/1978, bersamaan 1 Safar 1399, pada pukul 12:35 tghari di hospital Batu Pahat. Berat penulis ketika lahir adalah 6lbs 9oz dan sepanjang 21 inches. Heheh.. Tag kat tangan mak ada tertulis R/NO 13466. Tak tau laa apa benda nie.. No katil kot. Heheh..

Nama penulis telah diberi pada 2/1/1979. Esoknya, surat beranak siap. Tali pusat penulis tanggal pada 6/1/1979.

Alhamdulillah, penulis kini dah menjangkau usia 31 tahun. Harap, sentiasa sihat.

Berikut adalah senarai nama yg wish birthday kepada penulis mengikut turutan. Terima kasih ye..

My Dear Wahida
Danial
Muzakkir
Syamim (from mesir)
Hadi (maria)
Dila
Ende Ijah
Mak
Firda
Ende Yah
Khairul
Shafiq
Abah
Shahirah
Suriani
Hazwani
Ami pin
Ajim
Diyana
Ijal Keling

Tu jek kot setakat nie. Hehhe..

Emm sapa lagi yang lahir ari nie?? Dilla ada post sebelum nie memberitahu tentang famous celebrity yang lahir 31st December. Antaranya Val Kilmer dan Sir Alex Ferguson (anti MU)..

OK.. Apapun, TQ pada semua yg wish. Selamat Tahun Baru. Selamat Berazam Baru.

Jumpa lagi 2010 !!

p/s : En Muzaffar UTHM telah meng'wish' penulis menerusi email pada pagi tadi. Mungkin dalam listing ke 14 atau 15. TQ bro..

Wednesday, December 30, 2009

Happy Birthday To Hadrami

Salam semua,

Maaf lama tak update. Bz yg amat. Penulis bz dengan proses kemasukan pelajar semester II sesi 2009/2010.

Dah pandai minum pakai straw


Gigi dah tumbuh 2



30 Disember 2009!! Hadrami 1 tahun. Ya... Genap setahun yang lalu, pada hari Selasa, pukul 8:40 pagi di hospital batu pahat, lahirlah seorang bayi seberat 3.4 kg yang diberi nama Syed Ahmad Hadrami Altamis.

Hari ini, bayi tersebut sudah menjangkau usia 1 tahun. Baru pagi tadi dia dapat injection MUMPS, measals dan rubella. (sorry, kalau salah eja). Alhamdulillah tak nangis. Muka toya jek dia masa kena inject tu. Hahah... Dan dia tak nangis sehingga sekarang, sewaktu penulis menyiapkan blog ini. (isteri penulis suruh tulis nie..)

Post kali ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada adik penulis, Sharifah Fadzilah, yang lahir pada 30/12/1981.

Malam tadi, adik penulis, Muzakkir menjadi orang pertama yang wish hadrami.

Berikut adalah senarai yg wish hadrami mengikut turutan.

1) Muzakkir - 12:00am 30/12/2009 - Epi bsday utk hdrami

2) Danial - 12:00am 30/12/2009 - Abg..ckap kat hadrami hepi beday..hehe

3) Ende Ijah - 7:29am 30/12/2009 - HAPPY BIRTHDAY UNTUK HADHRAMI. 1 TAHUN

4) Dilah - 9:14am 30/12/2009 - Happy birthday to hadrami.. Fr bday gal.. Haha

5) Syamim - 12:11pm 30/12/2009 - happy birthday to hadrami.. -from his ami- hehe..

Setakat nie, tu la 5 org yg dah wish...

Hmm sape lagi lahir hari nie ek?? Oh ya, rakan satu pejabat, Lili Mariati binti Samut juga lahir pada hari ini. Selamat hari lahir ye...

Emm dalam kosmo hari ini ada tertulis, selebriti yg lahir pada 30/12 adalah tiger woods, pada 1975....

So ada sesapa lagi yang sama tarikh lahir?? Atau yg nak wish hadrami, sila lah komen...

Thursday, December 24, 2009

Keputusan PMR Keluar Harinie !!

Salam semua,

Seperti yg semua sedia maklum, hari ini 24/12/2009, adalah merupakan tarikh pengumuman keputusan PMR. Bagi penulis, adik penulis merupakan salah seorang calon PMR tahun ini..

Alhamdulillah, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tahniah DANIAL!!... Heheh.. Lepas nie boleh laa cakap arab..

Apapun, tahniah sekali lagi...!!

Wednesday, December 23, 2009

Cuti Cuti M'sia

Salam semua...

Minggu lepas, cuti 3 hari straight. 18 - 20 Disember. So 19/12 tu, bercadang laa nak jenjalan dengan family. Plan asal nak gie dekat dekat jek. So, decide laa nak pegi melaka. Cita cita dihati nak naik malacca river cruise. Tapi.....

YA ALLAH, punya laaa ramai umat kat melaka. Jalan jam tak hingat. Hujan plak lagi... Memang sesak gile... Namun akhirnya, sampai jugak.. Alhamdulillah... Tapi......(tapi lagi..)

Malacca River Cruise tutup. Sebab hujan lebat, so air deras, dan paras air tinggi. Semua boat tidak dibenarkan belayar atas arahan jps. So, dengan hati yang hampa, kami pun mengambil keputusan untuk lepak lepak jek kat melaka. Tido hotel, dan mandi swimming pool jek. Kesian wafiy nak mandi pool.. Tapi...... (dan lagi)

Kat melaka semua hotel dah penuh. Bilik kat holiday inn yang rm 700+ pun dah takde.. Dari secikai cikai hotel sampai yg paling kelas, semua takde... So penulis sekeluarga mengambil tindakan drastik. Tido umah abah kat BUKIT JALIL.... Hahah.. So malam tu, kitorang shoot ke bukit jalil...

Hari ahadnye, penulis berhajat membawa anak anak ke aquaria klcc.. So dapatla menghiburkan hati anak anak.. Kat klcc nie pun boleh tahan ramai org. Tapi penulis redah jugak... Heheh..

Nak tgk gambo?? Skroll bawah..


Dalam mulut ikan..

Belut Elektrik.. jgn dekat, nanti kena karen..

Wafiy kalau ambik gambo, kemain nak bergaya..

Nyum nyum... gigi tak hengat...

Gambo nie macam ada story..

Beso gile ikan. Hampir sama beso dengan orang penyelam tu..


Ni sebenarnya, akuarium pertama dalam aquaria tu.
Nie adalah ikan piranha red belly. Nampak mcm tak ganas pun ek??

Gaya si anak bujang...

Nie dah kuo dah...
Saje je ambik gambo menara berkembar yg paling famous dalam dunia. Hehe.

Penat jugak jalan arituh. Tapi, happy dapat spend masa dengan family. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai kerumah ayer hitam dengan jayanya..

Jumpa lagi....!!

Tuesday, December 22, 2009

Shell Dalam Kenangan

Salam semua...

Sikit jek nak citer arini.. Tadi turun bandar jap.. Pastu lalu depan shell yg didirikan atas tanah atok. (pada warga bp, rasanya tau kot shell nie. Nie shel kat roundabout, just b4 jalan kampong arab).

Apa yang nak diciterkan adalah... SHELL tu DAH NAK DIROBOHKAN... Hmm.. sedih laa.. Dulu selalu ambik kat shell tu. Atok dulu masa ambik minyak kat shell tu, pakai yg mcm kupon tu. (dulu dulu ade laa bende ni.. skrg tak de lagi nampaknya..)..

Then tadi, stop laa kejap, nak ambik gambo shell tu. Dapat snap satu gambo, pastu kena sound dengan org yg robohkan tu.. Dia kata, tak boleh ambik gambo... Bengkek je dengar. Dia siap suruh delete lagi gambo yg dah diambil. Penulis buat tak tau jek...

Nie laa gambo yg sempat ambil. Lepas nie, dah clear laa stesyen minyak tu..



Bye bye shell.. Banyak kenangan kat sini. Kenangan manis ada.. Kenangan pahit pun ada.. Hehe.. Kalau tak caya, tanya puan aini nahariah yusni shiba... Hahaha...

Friday, December 18, 2009

Ada Apa Dengan Nombor

Salam semua..

Ada apa dengan nombor?

Hari ini penulis hendak mengupas tentang no plate kereta. (bukan nombor lain eh..) Heheh. Ada sesetengah org, begitu obses dengan nombor. Penulis sendiri agak obses. Kalau boleh, mahukan nombor plate kereta, sama dengan no hp, sama jugak dengan no telepon rumah, sama dengan no alamat rumah, sama dengan no pekerja , etc...
Di sini, penulis nak tunjukkan sesetengah no plate yg agak unique!! Enjoy..!!


Tau laa kereta waja.. Tak yah laa no plate.. Heheh

Mari oii?? Nie apa panggil org oii jek nie..

Nie kereta rasmi cerita kami the movie.
Takpun kereta sudirman dalam watak TOOKOO. Filem apa takyah sebut laa kan...


Jangan salahkan org belakang kalau kena sodok!!


Inilah akibatnya bila dah kena sodok.. Baru nak meraung.. ADUIIII.. Heheh


Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah !!

Salam semua,

Bertemu lagi. Maaf kerana lama tak update blog. Penulis bz dengan kursus "Business Communication Skill" anjuran British Council. Nie pun curi curi masa jek..

Ok, seperti yg semua sedia maklum, Jumaat ini merupakan tahun baru hijrah. Banyak org sebut maal hijrah. Ini mengingatkan kita kepada peristiwa RasulAllah berhijrah daripada Kota Makkah ke Kota Madinah.

Rasanya semua sedia maklum, dan seperi menjadi kelaziman, kita akan ke surau-surau atau masjid-masjid, untuk membaca doa akhir tahun dan seterusnya doa awal tahun. Dalam Islam, perubahan hari berlaku pada waktu maghrib. Tidak seperti omputih, yang menjadikan detik 12 malam sebagai perubahan hari.

Jadi pada petang khamis nie, sama samalah membaca doa akhir tahun, dan selepas maghrib, bacalah doa awal tahun.

Apa??? Tak tak doa nya?? Ok, Sila teruskan baca...


Nie doa akhir tahun. Dibaca 3 kali sebelum masuk waktu maghrib.



Emm nie plak doa awal tahun.. Jugak dibaca 3 kali.. Tapi selepas maghrib..


Harapnya, kita dapat berazam untuk berhijrah daripada kebaikan kepada yg lebih baik lagi. Bagi penulis sendiri, penulis berazam untuk memperkukuhkan ekonomi dan seterusnya mempereratkan ikatan kekeluargaan... Apa plak azam kawan kawan?? Komenlah..

p/s : Jgn ada yg tak pegi surau just becoz of nak tgk bola kat tv. Ingatlah.. Kalau malaysia menang, still ada ulangan nanti. Dan kalau malaysia kalah, tak yah tgk pun takpe.. Heheh.. Apapun, Malaysia Boleh !!


Thursday, December 10, 2009

Lagi gambo raya haji !!

Salam semua,

Nie ada lagi gambo gambo masa kat rumah ende jah.. Atas permintaan syamim dan janji penulis, enjoy the pictures...


Tuan rumah menghidang kek.
(Dari kiri: shahirah, hadrami, wahida, akir, ende jah, dilla n abah)

Syamim tanya, mana hadrami.
Nie jawapannya.. Heheh.. Dia dengan mak long.

Syamim tanya, ada makan kek ke?
Nie jawapannya.. ADA !!
Kek sewaktu belum hidang, masih dalam gerobok batu. Hahah.. Rujuk "true blue johorean"

Kek sewaktu memula dihidang. Tangan sape laa yg tak menyabo nak makan tu..

Jom jamu mata.. !!

Tuesday, December 8, 2009

Ada Apa dengan Perak..

Salam semua,

Post kali ni khas utk org perak dan jugak yg nak ke perak.. Hehhe.... Pada yg expert pasal perak pun boleh menyampuk jugak...

Jom tgk apa yg best kat perak....

Nie antara tarikan terbaru kat perak..
The Lost World of Tambun.



Mee Rebus Ramli. (org kata top kat perak..)

Pinggan dan piring serta gelas kertas pun ada cop mee rebus ramli tu...

Hehehe... Actually, banyak lagi tempat menarik kat perak. Tapi nie yang aku sempat ambik gambo masa ada keje kat perak arituh.. Aku tau, mesti korang akan kata, mana kellie's castle, taman d.r, taman s.m.noor (ada lagi ke tempat ni??), air terjun tanjung rambutan, chepor, etc...

Apa lagi yag best?? Komen laa...

Raya Haji @ Rumah Ende Ijah

Salam semua..

Hmm raya korban arituh, kami keluarga besar Syed Alwee bin Syed Ahmad J.P, telah berkumpul di rumah baru ende ijah dan pak din. Ada laa buat makan makan bbq skit. Mana yang dapat daging korban tu, kitorang buat sate. Ada yg tambah benda benda lain, mcm sosej, kentang, etc..

Pada yang tak dpt hadir... macam hazwani (keje kat penang) dan syamim (belajo kat mesir), gambo gambo nie khas untuk korang. Hehehe.. Enjoy...


Pak Din (tuan rumah), diyana, ami ipin, wafiy, muzakkir & danial tengah mengipas..

Makcik ros, dilla, wahida, abah,
ende yah(dia nie laa yg selalu buat kuih n pizza tu),
shahirah (pku) dan mak tengah menghabiskan makanan...

Antara makanan yg bakal dilantak.. Kaki sape ek??

'Org kuat' dalam menyediakan makanan.
Yang paling diharapkan adalah yang tengah tu.. Heheh..

Ada lagi gambo gambo lain.. Nanti akan dipost dalam blog akan datang.. Heheh.. (gambo ende ijah pun tak nampak ekk..)

Promosi UTHM


Salam semua...

Maaf, lama tak post. Bz skit laa.. Ok.. nie nak bagitau sebab sebab tak buat new post. Heheh.. Awal bulan december arituh, penulis telah dilantik menjadi petugas pameran untuk promosi UTHM di......


Penulis bersama Encik Rawi bertolak pada 1/12/09 dengan menaiki Nissan Serena JKR 1501. Best jugak naik serena nie rupanya. Maklumlah, tak pernah naik. Heheh.. Besar laa.. Legroom best. Cuma luggage department agak sempit. However, penulis tak ramai. So, barang barang promosi penuh laa kat tempat duduk belakang tu. Nie gambo gambo kat booth...



Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak nie, best tau tempatnya. Atas bukit.. Pepagi, hijau jek rasanya. Gunung ganang berkabus.. Saujana mata memandang. Pastu ada area mcm lembah...diorang buat padang bola.. So, asrama semua atas bukit, boleh nampak padang tu. Kalau ada game, tak payah pegi astaka, tgk dari bilik jek pun boleh. Heheheh.. Gambo bawah nie penulis ambik dari tempat pameran. Nampak padang dan gunung ganang.. Best ek??


Penulis pulang pada 4/12/09. Tak dapat sambut birthday kekasih hati pada 3/12/09.

Kepada kekasih hati merangkap isteri --> Sorry ek.. Tak celebrate sesama.. Tapi, walau tak sambut sama.. I do love you dear !!...


Monday, November 30, 2009

Kembali Ke Rahmatullah

Salam semua,

Maaf dah lama tak update blog.. Penulis tersangat bz. Almaklumlah, bulan depan sibuk dengan intake...

OK, straight to the point. Pagi tadi jam 5:20 pagi, (30 November 2009), saya dikejutkan oleh panggilan daripada en. botak (Mohd Ashri Bin Abu Hassan). Dia memaklumkan bahawa ayahnya, Allahyarham Abu Hassan Bin Dolmat telah kembali kerahmatullah kerana sakit tua. Kini tinggallah ibunya, Munah Binti Bujal seorang dirumah mereka di Lendu, Melaka.

Penulis memang sangat mengenali keluarga en. botak. Pada 1999, penulis praktikal di Melaka (Jabatan Agama Islam Melaka tau...), penulis tinggal bersama keluarga en. botak. Keluarganye baik baik belaka. Semua makan minum penulis dijaga dengan baik. Penulis terhutang budi dengan keluarga ini. Penulis sempat berpuasa di rumah ini...

Sepanjang tinggal di rumah ini, banyak pengalaman baru dilalui penulis. Penulis belajar cakap melaka, negeri sembilan, dan juga belajar guna tandas kat luar rumah.. (sejuk gila woo kalau pepagi nak berak.. Hahah).

Penulis masih ingat, kami sarapan bersama, sembahyang jemaah bersama, (arwah bapak botak selalu jadi imam..) Semua kenangan itu tidak dapat dilupakan. Kami memang sangat rapat. Malah, setelah penulis berumahtangga, penulis masih ada menjenguk kerumah ini bersama sama dengan wahidah. Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan org org yg beriman.

Terima kasih kepada keluarga ashri a.k.a botak. Semua saat saat dirumah itu, akan terpahat dalam memori.. (sedih nie...). Penulis masih ingat, betapa paginya kitorang pegi praktikal kat bangunan graha maju. Bus pukul 6:15 pagi. Kalau miss bas tu, kena naik yg 8:15... (dah tak sempat punch card). So, nak tak nak, kena jugak kejar bus 6:15. Balik plak, hanya da bus 6:00 ptg. Kalau miss bus, kena naik yg 9:00 malam. So, kami dirumah arwah tu tak jumpa matahari. Pegi pagi, matahari belum terbit, ptg sampai rumah matahari dah terbenam... Tapi isteri arwah, sentiasa setia menunggu untuk kami makan sama sama...

To botak : Sorry, aku x dpt dtg majlis pengebumian bapak kau. Kena keje, takde pegawai yg tinggal.. Semua tgh cuti..

Kepada Semua Warga Manster : Korang mesti kenal dengan Botak kan?? Dia Presiden Mitecc.c kita. Alfatihah untuk ayah beliau....

Yang Menulis:

Silui a.k.a Sampri...
(hahah...nie hanya family botak dengan penulis jek yg tau...)

Monday, November 16, 2009

True Blue Johorean !!

Salam semua...

Sorry kalau tajuk tu agak kenegerian. Tapi, sebagai anak jati johor, penulis just nak share apa yang korang patut tahu tentang Anak Johor..

Article berikut merupakan email dari sorang rakan. Jika pembaca sudah membacanya, sorry lah.. Apapun, penulis enjoy membacanya. Dan bagi pembaca yang benar benar anak johor, pasti anda faham dan tersenyum dengan artikel ini..

("aku" dalam artikel berikut adalah si pemberi email, bukan penulis.. Harap Maklum)

THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT A TRUE BLUE JOHOREAN


1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-

Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?

Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes atau kulai-fornia umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu nak ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok).

Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar), bandor (bandar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :

Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....

Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama- lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.

Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.

Ampun Tuanku !


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.

(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)

Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!


Apa lagi EKK?


Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.



Heheh.... dah baca dah?? Hmm apa lagi ekk style johor?? Kalau ada yg korang rasa tertinggal, comment laa... Boleh sama sama gelak..

Wednesday, November 11, 2009

Ferris Wheel !!

Salam semua...

8/11 arituh, adalah hari bersama keluarga. Penulis bersama isteri dan dua anak-anak, menghabiskan masa bersama. Kitorang pegi sarapan sama-sama. Pastu jenjalan. Carrefour, Square One, BP Mall, Jaya Jusco, Tesco, MidValley, etc... (yang x kaler tu tipu jek...)

Masa kat BP Mall, ada la indoor ferris wheel. Kesian kat wafiy. Dia nak main train, tapi takde org plak yg jaga train tu. So, main laa ferris wheel nie. Korang panggil apa ek bende nie?? Dulu kecik kecik kalau pegi funfair, penulis sekeluarga panggil 'buai lengkang'..

Untuk pengetahuan pembaca, nie adalah 1st ride wafiy untuk 'buai lengkang' nie.. So, tu yang ambik gambo nie.. Tapi memandangkan kali pertama, takut plak nak biarkan dia sensorang. So terpaksalah mak dia temankan.. Walaupun mak dia tu gayat !! heheh.. (sebenonya, mak dia yang lelebih nak naik... hehe)

Enjoy the pictures..

Nampak tak mak dia yang lebih excited..!!


Dah macam pelancong dah masa tu.. Asyik bergambo jek..

Monday, November 9, 2009

Anak Kak Faiz !!

Salam semua,

Pada hari sabtu lepas (7/11/09), penulis sekeluarga telah ke rumah Puan Norfaizah bte Ismail, isteri kepada Encik Riziswandi bin Daldiri. Mereka telah dikurniakan cahayamata yang kedua. Baby lelaki ini lahir pada 4 November 2009, pukul 7:15 pagi seberat 3.2 kg di hospital batu pahat. Semasa kedatangan penulis, baby ini masih belum diberi nama lagi. Nampaknya, dah sepasang laa anak kak faiz..

Sebelum penulis sampai dirumah kak faiz, penulis sekeluarga telah menghadiri satu jemputan kahwin di area rumah kak faiz juga. Disitu, terserempak pula dengan cik mek. Dan yg lebih best, cik mek kenal dengan mak mertua penulis... Hehhe.. Gamat laa kejap..

OK, berbalik kepada cerita anak kak faiz. Masa kitorang datang, dia tido jek.. Biasa laa, budak kecik.. Apapun, nampak baby sihat. Mak baby pun sihat.. Siap dah jalan jalan lagi.. (maksudnya, jalan dalam rumah jek... From belakang ke depan..)

Anak penulis, (wafiy), bukan main ramah lagi. Siap berkawan dengan anak kak faiz, jiha (sorry kalau salah eja). Mereka mcm serasi jek. Siap gurau gurau sampai belakang rumah.. Wafiy sampai tumpang bilik air laa kat umah kak faiz tu...

Sedikit info untuk pembaca.. Secara kebetulan, isteri penulis merupakan kawan (adik angkat kot) kepada kak faiz masa zaman sekolah dulu. Malah, dulu dulu, isteri penulis pernah sampai kerumah kak faiz nie, dan kenal dengan kedua org tua kak faiz... (al-fatihah untuk kedua org tuanya..)

OK.. Pada yg tak sempat melawat kak faiz, dan nak tgk gambo anaknya, sila teruskan membaca... Enjoy the pictures !!




Thursday, November 5, 2009

Hadrami Botak !!

Salam semua,

Pada Ahad lepas (1 November), aku telah membawa ahmad hadrami ke kedai gunting Taj Mahal untuk membotakkan rambutnya... Heheh..

Kedai gunting Taj Mahal nie dah lama dah. Dulu atok (arwah syed alwee) selalu pergi sini untuk gunting rambut. Atok suka sebab si Vasu (nama tukang gunting) nie, gunting sangat laju. Dalam 5 minit dah siap.

So that's why aku bawak anak aku kesini jugak. Supaya cepat selesai proses menggunting tu.. Dan takde la dia melalak lama lama.. Heheh..

Hmm, pada sesapa yg nak pegi kedai nie, it is located at Batu Pahat Garden.. Sampai situ mesti jumpa punya.. (sebelah kedai aquarium)..

Dulu wafiy pun gunting kat sini jugak. Ustaz salim (pakcik wahidah) kata, budak yg baru lahir, elok kalau kita botakkan dia 7 kali sebelum berumur 2 tahun. Dulu wafiy sempat dapat.. Nie hadrami pun insyaAllah sempat..

Masa hadrami gunting, starting bagus.. Senyap jek.. Dah separuh jalan, baru start engine untuk nangis.. Heheh.. Tapi takde laa terok mcm wafiy dulu.. Belum apa apa dah nangis.. Hehhe.. Ok.. Enjoy the pictures....


Sebelum gunting, rambut masih ada

Sejurus sebelum gunting

Selepas gunting....
Nie kat dalam kereta, on the way back from Taj Mahal

Si Botak Hadrami kat rumah ayer hitam

Botak Licin...

Hadrami muka binjai... Hehe