Tuesday, December 28, 2010

Proton Emas

Salam semua,

Semalam ada pameran proton kat Dataran Penggaram, Batu Pahat. Sebagai seorang jurugambar amatur, penulis pun pergilah visit pameran tu. Konon nak tgk kereta kereta yang hebat. Maklumla, proton kan bebaru nie ada buat special edition untuk 5 bersaudara tu.. (Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi).

Penulis sampai masa tu petang, hujan sekejap berenti, sekejap turun. Tetapi, atas tuntutan untuk berkongsi info dengan pembaca arenawafiy, penulis redah juga.

Boleh tahan juga sambutan pengunjung. Ada pameran modifikasi kereta, pameran kereta konsep, satria neo R3 dan bermacam-macam lagi. Ada juga kepada sesapa yang berani, untuk test drive kereta songsang. Kereta ini sterengnye sebelah kiri, (mcm kat europe tuh), pastu signal dan wiper pun terbalik. Dan yang lagi best, kalau kita pulas stereng ke sebelah kiri, tayar akan pusing kekanan. Dan begitu jugak sebaliknya... Amacam?? Ada beran ke nak try pandu..

Dalam byk byk kereta kat situ, penulis amat tertarik kepada sebuah kereta konsep yang kaler biru nie. Kereta ini diberi nama Proton EMAS.

Jom layan gambo....

Nie pandangan dari hadapan. Lampu dia gerek ek?? Emm sibuk laa tali merah penghadang pengunjung nie.. (Tali merah nie biasanya ada kat bank bank, untuk pengunjung beratur...)

OK..OK.. Nie dah takde tali merah tu... Penulis dengan selamba badaknya telah mengalihkan tali penghadang tu untuk mengambil gambo. Hahah.. Bila penulis buat cenggitu, ramai plak yang menumpang nak ambik gambo...

Nie pandangan sisi. Nampak tak kat pintu tu. Memacam butang ada. Rasa sangat futuristik. Hehe..

Nie plak pandangan belakang. Gerek kan?? Amacam?? Mau sambar satu??

Wednesday, December 22, 2010

Teknologi Beb

Salam semua...

Nie ada nak kongsi video tentang teknologi akan datang. (Eh tapi, mcm mana boleh buat nie video ni sekarang ek?? Mesti teknologi nie dah ada skrg nie... Heheh)...

OK, apa apa pun, layan video nie. Memang gini laa agaknya kehidupan masyarakat dunia dalam beberapa tahun akan datang...




Amacam?? Baek??



Monday, December 20, 2010

Jangan Salahkan Nombor Plate

Salam semua,

Bertemu kembali.

Semalam surfing surfing kat blog dan forum. Tetiba jumpa gambo kat bawah nie..

Hahaha... Memang terbaek no plate kereta nie. Cal 9111. Mcm mintak call 911. Bila dah terbalik gini, memang laa kena call. Heheh.. Apapun, nie semua kebetulan. Kita sebagai umat Islam dilarang percaya kepada perkara karut marut.

Sekian untuk hari nie.

Friday, December 17, 2010

Sape boleh lawan Kedai Dua Ringgit ??

Salam semua...

Korang pernah dengar Kedai 2 Ringgit?? Mesti pernah kan?? Kat kedai tu, semua brg dijual RM2. Heheh.. Murah kan??? Tapi pernah tak pembaca semua terpikir, kat mana brg boleh dapat lebih murah daripada tu???

Pikir.. pikir.. pikir...

Emm ye betol.... Kuih 3 singgit. hehehhe.. Tu kira murah arr tu... Kuih 3 singgit. Jgn mcm kat brunei, dimana kuih dijual satu 30sen, tapi 3 - singgit. Heheh.. (abah mesti marah masa baca nie...)

Tapi.. tapi.. tapi...

Ada lagi yang lebih murah daripada tu.....

Betul nie...

Tak caya??

Heheh..

Tengok laa kedai bawah nie.. Memang confirm tak boleh lawan harga dia... Heheh..

Amacam?? Jom shopping kat sini...
(Gambar diambil sendiri oleh penulis sewaktu dating dengan kekasih hati...)

Friday, December 10, 2010

SMS oh SMS..

Salam semua,

Bertemu lagi. Kali nie nak cite pasal SMS. Bahasa SMS nie memang sesuatu yang sgt susah dan mengelirukan. Nie betul punya cerita. Tak caya?? Jom layan satu situasi dibawah. Heheh...

Jejaka Idaman : Awk da bf?

Puteri Impian : Xda lg, tp ramai org ajak sy couple. So awk jgn terlalu mengharap.

Jejaka Idaman : Aik? Mksd saya awak dah breakfast ke belum...

Puteri Impian : .........

Hahaha... Lawak tak?? Dan nampak tak disini, bahasa SMS nie sangat menyusahkan dan mengelirukan?? (apapun, mungkin penulis dah tua kot, tu yang mcm x pandai sgt dengan bahasa sms...)

So pengajaran kat sini, jgn laa terlalu meng shortform kan bahasa sms anda. Kelak akan menyusahkan yang lain. Pesanan ini dibawa oleh arenawafiy...

Friday, December 3, 2010

Happy Birthday To You...

Salam semua...

Bertemu lagi. Ini adalah post pertama di Bulan 12. Bulan December merupakan bulan yang paling ramai orang sambut birthday..(maksud penulis disini adalah keluarga penulis)... Kalau tak caye boleh refer sini. Dan jugak sini.

Hari nie, 3 December merupakan hari lahir isteri penulis. Hari lahir dia unik. 3 December dan jugak 3 Muharram (Masa tahun tu la..).. So post kali nie, khas untuk Puan Wahidah.

SELAMAT HARI LAHIR, MOGA PANJANG UMUR DAN DILIMPAHI DENGAN RAHMATNYA. INSYAALLAH.

Nie ada sikit gambo yang belum upload. Heheh.. Enjoy the pictures...

Our family..... Nampaknya, semua tak tahan sejuk. Penulis yang lahir di Europe, memang tak rasa apa. Dah biasa dengan cuaca sejuk. Tak payah baju sejuk. Heheh


Depan Uniqlo, Fahrenheit 88, Bukit Bintang. Apa yang best sangat ntah tempat nie. Heheh... Kat beautifulnara pun siap sibuk promote tempat nie.. Mungkin penulis buta fesyen. So, tak bape teruja sangat. Heheh...

Monday, November 29, 2010

Optical Illusion

Salam semua...

Sudah agak lama penulis menyepi. Maklumlah, bz dengan pengambilan student.

Post kali ini, adalah satu email daripada bapa penulis. Sila perhatikan gambo dibawah.. (pada pengguna blackberry atau sewaktu dengannya, sila lihat menggunakan PC anda... Eh, ada ke org nak baca blog nie guna blackberry??)

OK, kita mula balik Sila perhati gambo dibawah. Apa yang pembaca nampak?? Semestinya korang akan nampak Albert Einstein..


OK, sekarang, cuba bergerak jauh kebelakang anda.. (kira tgk pc from jauh laa...) Anda nampak sapa??

Yee betol... Marilyn Monroe.. Mcm mana leh jadik mcm tu?? Sila explain...

Wednesday, November 3, 2010

Happy Days...

Salam semua...

Bertemu kembali. Kenal tajuk tu??? Emm bagi yang pernah layan sitcom zaman 70'an dan 80'an mesti alert dengan nama sitcom nie.. Betol tak?? Heheh.. Penulis dulu kecik kecik pun, pernah laa tgk citer ni. Tapi bukan paham pun. Dah family semua tgk, kita tgk jek laa..

Actually, bukan purposely nak tgk Happy Days kat youtube pun asalnya.. Memula nak tgk lagu kumpulan Weezer, Buddy Holly.. Heheh.. Dulu kat ITM Pahang, layan lagu nie. Tak caya?? Sila tanya Amin dan jugak Shafique Manster.. Hehhe.. Amin paling suka kat part 0:43 - 0:44 tu. Jari guitarist tu memang jadik ikutan betol... Betul tak shafique?? Jom layan....





So, lepas layan video nie, terus terlayan cerita Happy Days nie. Hahah.. Lagu mmg layan beb.. Nie penulis bagi can tgk intro lagu sitcom nie... Abah dengan Mak mesti suka nie.. Heheh

Jom layan...




The Lyrics...

Sunday, Monday, Happy Days.
Tuesday, Wednesday, Happy Days.
Thursday, Friday, Happy Days.
The Weekend comes, my cycle hums,
Ready to race to you.

These days are ours. Happy and free. (Oh Happy Days)
These days are ours. Share them with me. (Oh Baby)

Goodbye gray skies, Hello Blue, 'cause nothing can hold me when I hold you.
Feels so right, it can't be wrong. Rockin' and rollin' all week long.

(Instrumental break)

Sunday, Monday, Happy Days.
Tuesday, Wednesday, Happy Days.
Thursday, Friday, Happy Days.
Saturday, what a day, groovin' all week with you.

These days are ours. Share them with me. (Oh Happy Days)
These days are ours. Happy and free. (Oh Baby)
These Happy Days are yours and mine.
These Happy Days are yours and mine, Happy Days...

Pada yang rasa mcm rindu kat zaman zaman nie.. tu menunjukkan yang korang dah tua.. Sebab korang hidup zaman zaman nie.. Hehhe...

OK tu jek. Bubye..

Thursday, October 28, 2010

Facebook oh Facebook

Salam semua,

Bertemu kembali..

Baru kejap ni tadi, penulis dapat email dari rakan di you ai kecik ti em (UiTM). Hahaha... Kelako rasanya. So penulis pun nak kongsi laa dengan arenawafiy... Hahah... Zaman dolu dolu pun dah ada fesbuk tau....


Hahah.. Sudin siap kata ramlee nak online jap lagi.. Lawak lawak..


3 Abdul pun layan fesbuk..

Kita memperolehi kemenangan yang ke ....??

Sultan Melaka pun layan fesbuk..
Eh... Ni bukti Hang Tuah tu wujud. Heheh

No komen...

Friday, October 22, 2010

Liverpool oh Liverpool

Salam semua,

Bertemu lagi. Hari ni penulis nak cerita tentang Liverpool FC. Liverpool FC nie merupakan sebuah kelab bolasepak di England yang terkenal dan merupakan kelab yang paling berjaya dalam sejarah bolasepak england. (Tak payah laa nak cerita kejayaan kelab nie. Tak cukup space nanti..)

Penulis sendiri meminati pasukan ini. Malah, pada tahun 1989, penulis telah menjejakkan kaki ke Anfield dan melihat sendiri stadium yang dibarisi ramai bintang ini. Pada masa tu, penulis darjah 5 dan amat meminati pemain pemain Liverpool seperti Ian Rush, John Barnes, John Aldridge, Bruce Grobbelaar, Peter Beardsley dan ramai lagi.

Setelah penulis menginjak dewasa (pergh ayat buku..), prestasi pasukan Liverpool mula sedikit menurun. Masa tu EPL diungguli oleh Manchester United. Keluarga penulis majoriti tak sokong Man Utd.. Hahaha.. Jadik pada zaman zaman tu, team yang boleh mencabar manchester utd hanyalah Arsenal. So, penulis pun mula menyokong Arsenal hingga kini. Namun, Liverpool tetap menjadi team yang penulis sentiasa ikuti perkembangannya...

Jom layan jersey jersey Liverpool...

Ini adalah jersey liverpool pada tahun 1979. Penaja nya adalah HITACHI, sebuah syarikat elektrik. Liverpool merupakan kelab pertama di england yang meletakkan nama penaja di hadapan jersey pemain mereka. (Bangga tak jadik penyokong Liverpool??) Heheh..

Pada 1982, Crown Paints (kampeni cat) menjadi penaja Liverpool. Sempoi jek bajunya. Jenama juga sudah bertukar daripada Umbro kepada Adidas

Nie adalah sebahagian gambo player Liverpool pakai baju crown paints. Korang kenal tak player player nie?? Heheh. Dari kiri ian rush, bruce grobbelaar (keeper paling biol), steve staunton kot pastu tak kenal. Heheh...

Nie plak tahun 1988. Penaja telah bertukar kepada candy. (pun kampeni elektrik jugak tau. Bukan kampeni cokelat.. Heheh). Tahun berikutnya, 1989, Liverpool menang double. Liga dan F.A Cup...

Pada tahun 1992, Liverpool beralih kepada Carlsberg sebagai penaja. Masa nie, ramai penyokong Liverpool kat Malaysia mula tak beli baju nie. Heheh.. Sendiri mau ingat laa kan..

Pada 1996, masih lagi kekal dengan Carlsberg. Tapi bertukar dari Adidas ke Reebok sebagai jenama jersey.

Jersey tahun 2008 masih carlsberg. Agaknya sebab nie laa Liverpool jatuh. Player semua mabuk minum carlsberg.. (Note: Dah pakai adidas balik sejak 2006..)

Nie plak jersey Liverpool kat china. Heheh.. Senang cakap, Carlsberg dalam bahasa cina laa.. Line kat bawah carlsberg tu sama siot...

Pada season 2010/2011, kontrak dengan carlsberg telah tamat. Standard Chartered menjadi panaja Liverpool plak. Masa nie, jualan jersey meningkat balik. Diharap, prestasi Liverpool juga meningkat. Maklumlah, player dah tak mabuk lagi.. Heheh..

Namun, prestasi mereka tahun nie amat menyedihkan. Liverpool kini berada di zon penyingkiran (setakat hari ni 22/10/2010). Apalah silapnya pasukan nie. Padahal player player semua ada nama. Mcm kat atas tu, carragher, gerrard, kuyt, torres (xde dlm gambo) dan ramai lagi... Kalau prestasi mereka berterusan begini, besar kemungkinan jersey Liverpool tahun depan akan menjadi seperti dibawah.....



Mmuuuaaahhahahah... Jangan marah penyokong Liverpool..!!
(Gambo kiriman En Nasir Torred)

Tuesday, October 19, 2010

Rabbani @ UTHM

Salam semua,

Bertemu lagi.

Rasanya semua dah maklum, UTHM ada menganjurkan Pesta Konvokesyen ke 10 pada 10.10.10 tempohari. So, pada malamnya, ade laa diadakan konsert. Heheh.. Masa Sabtu malam Ahad, ada Amy Search, Hattan, Lefthanded, Ana Raffali dan Azlan & The Calculator, eh salah, Azlan & The Typewriter. Heheh..

Pada Ahad malam Isnin plak, ada konsert nasyid. Rabbani ada dtg, Nowseeheart, Imam Muda dan penceramah undangan. So, penulis pun mengambil kesempatan ini untuk berjumpa teman lama penulis sewaktu berkenalan di Jordan dahulu. Beliau adalah saudara Azadan Abdul Aziz. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid terkenal, Rabbani. Sepanjang mengenali beliau, beliau memang tidak sombong dari dulu hingga kini. Terima kasih Ustaz Azadan.


Inilah dia Azadan Rabbani tu. Kenal tak?? Heheh.. Muka familiar. Selalu diri sebelah Allahyarham Ustaz Asri sebelum nie. Dan kini, bila Ustaz Asri dah takde, Ustaz Azadan laa yang selalu jadik tukang cakap kumpulan rabbani.

Dah terlanjur lepak belakang pentas tu, apa lagi, jumpa laa dengan semua semua artis yang ada. Heheh.. Nie kumpulan nowseeheart. Beriya riya dia nak ambik gambo dengan penulis, tapi penulis kata, cukuplah ambik gambo dengan anak penulis jek. Heheh..

Salah seorang anggota kumpulan nowseeheart nie (tiada dalam gambo), merupakan pelajar UiTM Shah Alam. Dan dia adalah rakan kepada isteri penulis. Tapi malam tu, x dapat jumpa dia..

Emm, Imam Muda pun ada datang. Peserta rancangan realiti nie, penulis secara jujur mengakui tak kenal sangat. Nasib baik Azadan cakap, "Nie imam muda ada datang"... Heheh.. Penulis kenal peserta imam muda yang dua org kat final tu jek.. Heheh.. Yang dua orang nie, penulis tak kenal sapa nama dia. Sorry...

Dan ini gambo terakhir malam tu. Heheh.. Penulis nak ambik gambo mereka nie sebab mereka adalah juga anggota kumpulan rabbani. Malahan, mereka adalah anggota asal KUMPULAN NADAMURNI yang cukup terkenal sedikit masa dahulu. Muka dua orang nie dan seorang lagi yang kat belakang tu memang cukup familiar.... Terima kasih Nadamurni kerana mengenalkan irama nasyid kepada penulis..

Emm masa malam sebelum konsert nie, penulis ada di Bandar Batu Pahat, makan di BP Walk. Hehehe.. Meja sebelah penulis terdapat muka yang sangat familiar. Mereka adalah Sharifah Aleya dan adiknya, Fara Fauzana dan dua tiga orang lagi yang penulis tak kenal. Rupanya, hot.fm ada datang batu pahat buat HotFM Mini Jam 2010. Ingatkan sharifah aleya datang nak carik sedara mara golongan syed. Heheh.. Tapi penulis tak ambik gambo pun dengan mereka. Buat mcm x kenal jek. Heheh.. (bajet konon tak jakun jumpa artis..) Hahha..

Wednesday, October 13, 2010

Town n Gown

Salam semua,

2 Oktober lepas, UTHM ada buat perarakan kat bandar Batu Pahat. Perarakan nie bertujuan untuk memberitahu warga batu pahat bahawa UTHM akan mengadakan Pesta Konvokesyen kali ke 10 pada 10.10.10.

Perarakan ini dikenali dengan "Town n Gown". Perarakan seumpama ini telah dipraktikkan di universiti luar negara yang lain tetapi UTHM menjadi IPTA pertama yang melakukan di Malaysia.

Diharap perarakan ini boleh menjadi satu daya tarikan kepada Batu Pahat dan akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar aktiviti daerah. Perarakan ini mengambil contoh perarakan besar seperti di Pasadena, California yang berjaya menarik ramai pelancong.

Perarakan ini telah disertai oleh 1,835 peserta daripada 35 kontinjen. Perarakan sejauh 2.58 kilometer ini melalui beberapa jalan utama di pusat bandar iaitu Jalan Ampuan, Jalan Mohd. Saleh, Jalan Rahmat dan berakhir di Stadium Batu Pahat.

Turut memeriahkan perarakan adalah persembahan daripada Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertunjukan bunga api, genderang Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan konvoi 40 motosikal berkuasa tinggi.

Kemuncak perarakan adalah upacara pembacaan pengisytiharan dan penyerahan skrol konvokesyen kepada Pegawai Daerah Batu Pahat.

Dah namanya perarakan besar, mesti laa ada liputan. Hehehe.. Berikut adalah keratan akhbarnya... Heheh...

Apa??? Penulis?? Heheh.. Carik lah sendiri kat dalam tuh..

Wednesday, October 6, 2010

Luahan Hati Terhadap Auntie

Hahah...

Baca tajuk tu, jgn salah anggap plak. Bukannya penulis bengang dengan auntie penulis.

Sebenarnya, semalam terjumpa file nie kat youtube. Heheh.. Mengisahkan seseorang yang bengang dengan auntie yang tak reti nak parking. Hahah.. Jom layan video nya...




Heheh...

Monday, September 27, 2010

Magika - Terbaik

Salam semua,

Cerita banyak tak guna. Korang dah tengok Magika?? Cerita nie arahan Edry Abdul Halim. Penulis secara peribadi amat teruja dengan hasil kerja budak KRU ni. Pada pendapat penulis, KRU adalah antara sebilangan kecil artis kat malaysia nie yang benar benar buat duit dengan menjadi artis. Padahal dulu, terkinja kinja jek jadik budak rap. Heheh.. Sezaman 4u2c, Nico, Feminin, Res2, M'Steen. Semua dah pencen. (except AC 4u2c, and Nico pun kata nak buat comeback)....

Dari zaman rap, diorang kini dah ada KRU Studios yang beso gile kat cyberjaya (15 ekar kalau tak silap). Diorang jugak dulu dulu ada KRU Dance, KRU Posse, KRU Sdn Bhd, etc... Antara filem diorang yang agak lain dari lain adalah CicakMan, Duyung dan yang terbaru MAGIKA. Penulis dah tengok. Memang terbaik. Keluar dari kepompong filem melayu.

Filem MAGIKA nie adalah musical film. So, sendirik mau ingat laa. KRU kalau buat lagu memang best. So, lagu lagu dalam filem nie memang catchy. Jom layan sesetengah nya..... Trailer??? Tak payah laa... Trailer tgk sendiri kat youtube atau kat tv masa the making. Dah banyak kali dah kuo... Nie yang lagu lagu jek..




Nie scene aznil (pak pandir)




Nie plak scene SIFU M Nasir (cameo role from him). Layan..

Yang bestnye, dalam cite nie, byk penampilan istimewa nama nama besor. M Nasir, Ziana Zain, Senario, Aznil, Kak Engku, Vanidah Imran, Adibah Noor dan banyak lagi. Dan yang paling best, KRU itself tak muncul. Tapi penonton yang dah pegi tengok pasti tahu, KRU jadik apa dalam cerita nie walau diorang tak muncul. Hehehe.. Nak tau?? Pegilaa tengok. Tak rugi beb..

Emm nie ada lagu from KRU yang dimuatkan dalam cite nie. Tapi penulis tak tunjuk scene mana sebab tak surprise nanti.. Heheh.. Lagunya, as usual, catchy dan tidak lari dari trademark KRU..



Sila layan lagu ini...

Apa apa pun, sekalung tahniah untuk KRU. Buatan Malaysia... Sokonglah industri perfileman malaysia.. Heheh... Lepas nie nak tunggu Merong Mahawangsa plak.

Friday, September 3, 2010

Bijak Laa Sangat..

Salam semua....

Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha..

Macam mana nie?? Selalunya, kalau beli banyak dapat kurang. Tapi....



Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha.. Hahahaha..

Wednesday, September 1, 2010

Orang Malaysia Rupanya..

Salam semua,

Berjumpa lagi.

Baru kejap tadi nie, penulis terjumpa kat internet. (Credit to carigold). So, penulis rasa nak kongsi kat blog nie...

Heheh.. Tak sangka dia orang Malaysia. Heheh..


Mesti kenal dengan dia nie kan?? Ye... Beliau juga dikenali dengan nama Mr Bean. Hahah.

MALAYSIA BOLEH !! (related ke ayat nie dengan post nie..)

Friday, August 27, 2010

Mascot Michelin

Salam semua,

Bertemu lagi. Nampaknya, pengkomen pengkomen di blog ini sudah semakin kurang. Mungkin sebab penulis tidaks elalu update blog. Jadik pembaca sudah mula boring utk menunggu post terbaru. Maaf penulis ucapkan...

Apapun, ini ada post baru yang mungkin boleh membuat pembaca tersenyum.

Heheh.. Kenal dengan tayar Michelin?? Mesti tau dia punya logo atau mascot kan?? Nak tau tak, dari mana diorang dapat ilham mascot tu?? Hmm nie penulis reveal cerita sebenar..


Nie la budaknya. Tak tau laa berapa banyak dia dpt royalti untuk setiap tayar michelin yang dijual. Heheh...

Tapi kan, sekarang budak nie dah besar. Tapi masih mengekalkan ciri ciri michelin nya. Heheh. Nak tgk gambo dia dah besar?? Hmm.. OK.. Ambik nie...



Terbaek???

Hahah..

OK, tu jek. Bubye.

Thursday, August 26, 2010

DAR4 di JalanRAY4

Salam semua,

Hahah.. Gerek tak tajuk?? Sebenonye, bukan apa sangat pun. Gambo nie dapat masa on the way back dari Mesyuarat Post Mortem kat Awana Genting. Masa tu kat highway. Kamarul (PPT penulis) yang ambik gambo nie. Punya laa suka.

Kitorang follow rapat gila supaya dapat ambik dekat dekat. Maklumla, kamera handphone jek. Kena laa dekat dekat supaya jelas sikit tulisan.

Pemandu kenderaan ini adalah seorang melayu. Cayalah... Heheh.. Tapi bukan dara laa. Dia mungkin uda kot, pasangan si dara..


Wiper waja universiti juga kelihatan..

Sunday, August 22, 2010

Nostalgia - aL-ikhsaN

Salam semua,

Bertemu lagi dalam edisi NOSTALGIA. Heheh..

Sempena bulan August nie, penulis teringat zaman-zaman keje aL-ikhsaN. Sebab, penulis berhenti keje aL-ikhsaN pada bulan August, 2008. Tu yang masukkan cerita aL-ikhsaN nie. Dulu, penulis jaga cawangan Kluang, atau singkatannya KLA. Sekarang nie dengar cerita, Kluang dah ada 2 cawangan aL-ikhsaN... OK, jom layan gambo..


Ni la staff KLA yang awal sekali. Dari kiri anis (sepupu mila AF), Yati (assistant supervisor), penulis, Iqbal, Nik (dia kawen dgn org UTHM tau) dan Noh (bukan Noh hujan).


Nie la gambo kedai masa memula nak bukak. Kosong gila. Tgh ubahsuai untuk kaunter dan jugak tempat display kasut. Dengar ceritanya, sebelum bukak kedai kat sini, kedai ni adalah kedai makan...

Nie gambo dah masuk brg brg skit. Ada rack utk display brg, dan ada jugak kotak-kotak barang daripada supplier. (tgk kat cermin tuh..)

Nie bila barang-barang dari supplier dah sampai. Penulis masih ingat, mula mula sekali, supplier NIKE yang sampai. Masa tuh ada dalam 80 kotak. Just imagine, masa tu penulis berdua jek dengan NIK yang dah start keje. Pergh, patah pinggang nak angkat nie semua ke stor kat bahagian atas... Pastu, belum pun sempat nak pikir cara nak mengangkat kotak-kotak tu, supplier Adidas plak sampai. Ade laa dalam 60 kotak lebih. Hahah... Masak laa nak ngangkat...

Hari pertama bukak kedai, nilai barang yang ada kat dalam kedai penulis adalah RM 1.6 juta. Pergh, gigil jugak pegang tanggungjawab masa tu. Alhamdulillah, byk pengalaman dapat. Penulis belajar mcm mana nak bukak kedai. So, tau la prosedur dia. Kena deal dengan Majlis Daerah, pastu dengan Jabatan Bomba semua.. Memacam lagilah. Banyak pengalaman berharga tuh..

Hari pertama bukak kedai, penulis masih ingat, jualan kedai adalah RM 5605.70. Masa tu 27 Disember 2007. Esoknya, sale RM 4811.60. Menurun skit. Tapi hari ke-3, sale meningkat semula kepada RM 10,565.00. Jumlah jualan bulanan paling tinggi ialah pada Januari 2008 iaitu RM 136,288.30. Jualan harian paling tinggi plak ialah pada 6 Februari 2008 iaitu RM 11,881.40. (masa tu nak raya cina, ramai org shopping...)

Nie antara hari hari terakhir penulis kat aL-ikhsaN. Dtg keje pun dah tak pakai uniform. Heheh. Nie gambo penulis dengan assistant penulis, Cik Noorhayati Kusnan. Tapi kitorang panggil dia Noorhaya TIKUS nan. Hehhe...

Emm, rambut penulis dah start pendek. Nak masuk PTD dan nak keje kerajaan laa konon... Heheh..

Nie masa penulis pegi course untuk product launching. Kelihatan saudara Hakim, supervisor cawangan Muar. Yang belakang tu tak ingat plak nama dia.

Nie gambo penulis dengan Operation Exec untuk KLA, En Ariffin. Dia nie memang bagus dan sempoi...

So, sekian. Tu jek.. Bubye.

Friday, August 20, 2010

6 Ramadhan..

Salam semua,

Lama betol tak update. Penulis BZ. (hahah.. puasa pun bz..)

Tengok tajuk - 6 Ramadhan... Tapi hari nie dah lepas dah tarikh tu. Hahah.. Memang laa dah lepas. Saje je letak tajuk tu. Hahah.. Bukan bukan.. Sebenonye, 6 Ramadhan adalah tarikh pertemuan semula adam dan hawa... Eh salah salah. Tu lagu nasyid pertemuan nabi adam dan hawa di padang arafah.

OK nie betul punya. 6 Ramadhan merupakan anniversary penulis dengan isteri. Masa nie lah berjumpa balik dengan isteri penulis. Masa tu ada majlis berbuka puasa dengan kengkawan sekolah. Tu yang terjejak kasih dengan isteri. Masih ingat lagi waktu itu di shah alam.

Hahah.. Tak payah laa citer lelebih. Tapi 6 Ramadhan memang mencatat sejarah. Hari pertemuan semula dan jugak hari dimana isteri penulis tidak mahu penulis hantar dia balik rumah (masa bercinta dulu laa).. Hahah... Rahsia.. Rahsia..

Isteri penulis duduk kat seksyen 3 shah alam. Arituh weekend, penulis dan isteri ada pergi ke shah alam melihat keindahan shah alam. Lalu laa depan rumah dia. Sedih jek tengok rumah tu dah tak berpenghuni. Dulu meriah rumah nie. Yazilah Yazir (Shila), Kolej Kediaman UTHM pun dok kat umah nie tau.


Nie lah umah nye. Dah bersemak samun dah. Ada papan tanda untuk dijual pun..

Pegi shah alam, mesti singgah sini.. Heheh... Seksyen 7. Jalan 7 / 7. Isteri penulis memang suka nombor 7.

OK tu jek. Apapun, nak wish happy anniversary pada isteri.

Bye.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan..

Salam semua,

Besok, 11/8/2010, InsyaAllah, semua warga Islam di Malaysia bakal menyambut 1 Ramadhan al Mubarak... Jadi, di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog penulis. Semoga ramadhan kali ini, lebih baih daripada ramadhan yang dolu dolu... (eh, macam lagu laa plak...)


Jangan mcm sesetengah pasar raya tu, baru masuk 1 Ramadhan dah main lagu raya.. Hehehe.. Jom kita meriahkan malam-malam ramadhan dengan terawih dan zikrullah...


Sesambil tu, Quran jangan dilupa. Banyakkan mengaji. InsyaAllah, kita dilimpahi rahmatNya.
Amin....

Friday, July 16, 2010

Legend Water Chalet

Salam semua,

Bertemu kembali..

Hari tu, 10 Julai 2010 adalah birthday wafiy. Penulis sekeluarga berhasrat bercuti di Legend Water Chalet. Tempat nie memang best. (Harga pun best.. Heheh)... Tempat nie kira mcm rumah atas air laa. Mungkin abah penulis dah biasa kot.. Zaman zaman dia dok stulang dulu. Hehhe..

OK, water chalet kat port dickson nie, ada 2. Satu Legend. Satu lagi avillion. Dalam dua dua nie, Avillion lagi mahal dan lebih dahulu bertapak di PD nie.... OK lah, jom layan gambo gambo kat sana....

WELCOME TO THE LEGEND WATER CHALET....

Nie pemandangan water chalet dari atas. Gambo nie diambil dari bilik tower.
(Mcm mana penulis boleh ada kat bilik tower, nanti penulis cerita dalam part II)

Gaya dalam bilik. Kelihatan air laut dibelakang...

Nie kat depan katil dan jugak depan TV.
Wafiy dan hadrami tgh enjoy view air laut dari dalam bilik...

Hahah... Nie antara yang best. Bilik mandi dia takde bumbung. Boleh nampak langit.
Kalau hujan, terus mandi air hujan...

Gambo abah, mak dan cucu cucu mereka. Gambo diambil dari jeti hadapan chalet..


OK, jumpa lagi dalam post akan datang. Ada part II nie. Heheh.. Mcm mcm cerita..